Morning uolls...Lapar tak pagi ni? Hehe...
Kalau hari tu aku kongsi citer naik belon, pagi ni nak citer kongsi belayar di samudera buatan manusia.
Samudera ke? Sesuai ke panggil macam tu? Apa-apa ja la Pn blog, yang penting korang faham apa yang aku nak sampaikan ni.
Cruise Tasik Putrajaya
Jeti Putra, Jambatan Putra,
Presint 1, 62200 Putrajaya, Malaysia.
Tel : +6 03 - 8888 5539
Website : http://www.cruisetasikputrajaya.com
Email : sales@cruisetasikputrajaya.com
Waktu Operasi: Isnin - Jumaat: 11 pg - 6.30 ptg
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum: 10 pg - 7 mlm
Ada 3 jenis kenderaan air kat sini dengan kadar bayaran yang berbeza. Korang pilih lah sendiri mana suka ya.
Dari kawasan luar nak menuju ke cruise boat tu aku sempat singgah sekejap kat Souq Putrajaya. Ada pertunjukan burung kakaktua dan pelbagai souvenir boleh di beli kat situ.
Sebelum turun ke bawah tu, aku lalu plak area medan selera yang banyak kiosk jual makanan dan minuman tapi harganya mak ai mahal la. Huhuhu...
Setel berposing area tasik dan beli tiket, aku pun menuju ke arah bot.
Pada mulanya aku pilih nak naik perahu dondang sayang tapi bila fikir cuaca panas sangat dan tak feel la kalau naik perahu kecil so aku decide naik bot la.
Bayaran adalah RM31.80 termasuk GST ya.
Pelayaran mengambil masa 45 minit. Kiranya pusing 1 tasik tu la pergi dan balik.
Mulanya nak duduk diam-diam dalam bot tapi bila fikir lagi sekali (amboi kat sini banyak sangat aku fikir), aku decide nak naik atas la. Wakakaka...
Biar la tak berbumbung asalkan mata ni dapat tengok sekeliling pemandangan tasik ni dengan penuh fokus dan puas hati. Bayar mahal tu, jadi mestilah gunakan peluang yang ada ni sebaik mungkin.
Bot tu bole muat 70 orang sekali jalan. Masa aku naik tu ada grup orang Iran ke orang mana ntah tapi memang ramai la.
Seb baik semua bau wangi-wangi, kalau tak hidu ja la kan? Hohoho...
Walau pun panas terik, tapi tak terasa pun sebab angin menghembus sejuk ke muka. Lupa plak nak pakai topi, baru betol macam pelancong. Gitew aku berangan sampai jadi pelancong.
Dalam pada tu ada la beberapa perahu kecik lain turut sama berada kat tasik tu.
Suka tengok tasik ni, bersih dan tak tercemar. Mesti jauh ke dalam dasar tasik ni kan?
Kalau takda bot lalu, dari jauh nampak tasik ni macam simen yang berkilat. Cantik sangat.
Dari kejauhan nampak la bangunan Putrajaya International Convention Center (PICC), Masjid Besi, Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan, Perdana Putra, Seri Satria, Darul Ehsan Palace, Millenium monument, Taman Wawasan dan bangunan lain lagi.
Pelbagai Jambatan boleh korang nampak antaranya Jambatan Monorel, Jambatan Seri Gemilang dan Jambatan Seri Saujana. Aku paling berkenan replika seakan-akan gantungan langsir di salah satu jambatan tersebut. Tengok sekali pandang macam ular pun ada. Eeee...
Nampak jugak belon besar terapung di awangan. Lepas ni nak naik belon tu. Agak-agak aku gayat tak ek? Pasrah ja la kan kalau dah kat atas tu nanti.
Pelbagai gelagat aku tengok kat atas bot ni. Ada sorang budak perempuan comel ni gasak la dia berselfie. Tak cukup dengan tu dia tarik mak dia yang tengah duduk berangan, bangun untuk ambil gambar dia berposing. Alolo comel sangat la awak ni. Rasa cam nak snap foto together gether je tapi tak terucap dek mulut. So dok perhati ja la gelagat dia sampai sudah.
Ada yang ambil video sepanjang perjalanan. Adoyai rasa bangga sekejap tengok diaorang semua nampak hepi dan memuji keindahan persekitaran Tasik Putrajaya.
Tak tertinggal jugak ada yang memanjat dan naik atas ruang bot sambil hisap rokok. Pakaian seksi plak tu. Peliknya perempuan yang buat bukan lelaki. Eh buka sepatutnya diaorang ni alim-alim ke kalau dari negara sana?
Owh lupa aku nak bagitau, sebelum naik bot, ada sorang jurugambar snap gambar aku kat depan bot. Aku dah agak ni mesti akan kena bayar nanti. Memang betol pun, bila setel perjalanan dan keluar dari bot, jurugambar tu panggil dan tunjuk gambar aku. Bayaran RM15 tanpa frame dan beg plastik. Tak da paksaan untuk korang beli atau tak. Aku beli la semata-mata untuk di simpan sebagai kenangan.
Ok la ni ja yang dapat aku kongsi untuk kali ni. Sebelum tu aku nak cadangkan dengan korang la, better korang naik belon besar tu dulu baru naik cruise sebab belon tu bergantung pada tiupan angin. Kalau angin kuat operasi belon dihentikan. Rugi la kan. Cruise bila-bila waktu korang bole naik. Takda kaitan dengan gelombang atau yang sewaktu dengannya.
Berbaloi la dengan wang yang dikeluarkan sebab dapat melayari tasik buatan sendiri di negara sendiri. Selalu naik cruise negara orang ja kan?
Tahniah pada Perdana Menteri kita Dr Mahathir atas usaha keras beliau menjadikan impian rakyat punya tempat terkenal untuk tatapan dan persinggahan pelancong dari pelbagai ceruk dunia menjadi kenyataan.
Sambung lagi dengan citer lain di keluaran akan datang, daaaaa......!!!