/**/

Pages

Subscribe Twitter

Buka Puasa Di Ponderosa Golf & Country Resort Bhd, Johor Bahru


Makan dapat, hadiah pun dapat...wow


Semalam tak da plan pun nak buka puasa kat luar.

Bila anak-anak bagitau nak buka puasa kat luar dengan geng diaorang so aku pun decide nak buka kat luar jugak la.

Jenuh cari tempat sebab tak nak pergi tempat yang sama setiap tahun. Kalau boleh tak nak la kat hotel sebab dah jemu dah.

Cari punya cari akhirnya dapat booking tempat ni.


Ponderosa Golf & Country Resort Bhd
No 3, Jalan Ponderosa 1, Taman Ponderosa
81100 Johor Bahru, Johor

Tel:+60 7-354 9999

Fax:+60 7-355 7400

www.ponderosagolf.com

pgcc@tm.net.my

Dewasa RM68. Kanak-kanak RM25 (5 - 12 thn)








Masuk ja kawasan tu mata terus tertumpu pada replika bola golf yang dibuat begitu unik. Comel jer.

Terpegun dengan suasana sekeliling tempat tu terutama dengan replika golf yang ku anggap unik tu. Kalau malam diletakkan cahaya kat bola golf tu sure lawa replika tu.




Guard akan bagi pas pelawat untuk masuk ke dalam. Jika kad tu hilang, sila bayar RM10 ya.







Sampai sana lagi 20 minit nak buka. Sebelum tu meh la berposing dulu di kawasan luar sebelum hari gelap. Hehehe...







Kawasan dalam bangunan besar dan luas. Di hias cantik dengan beraneka gubahan bunga dan sebagainya.










Buffet buka puasa diadakan di ruang khas sebelah bawah bangunan. Area ni pun turut dihias cantik.




Meriah wei siap ada pentas, D-jay dan persembahan serta cabutan bertuah. Harap-harap tiket aku ni ada ong dan aku dapat la hadiah cabutan bertuah tu. Inshaallah...




Makanan yang disediakan banyak tak terkata. Rambang mata nak pilih. Target utama mestilah kambing golek. Sebab yang lain-lain tu biasa-biasa ja.

Bila dah diumumkan boleh ambil makanan makanya semua berebut la pergi beratur.

Semua tempat makanan dan minuman aku pergi dan aku ambil sikit-sikit. Nak rasa la semuanya kan.









Bahagian nasi arab dan kambing tergolek dok

Memang power habis. Sedap sangat sampai tambah 2 kali daging tu.









Bahagian ulam-ulaman

Aku tak ambil sebab tak minat makan ulam. Kui-kui...






Bahagian salad

Rasa biasa. Tak berapa gemar jugak nak cuba.



Bahagian sup

Sup sayur tak ambil. Sup cendawan cicah roti memang kaw.









Bahagian makanan berat dan lauk pauk

Ketam ja ada, udang takda. Gasak la meratah ketam ja ya.






Bahagian manisan

Cendol banyak rasa santan mentah dan keras. Kuah koktel pun tak sedap. ABC pun tak sedap. Kira bahagian ni semuanya out la.






Bahagian kuih muih

Semua kuih yang ada tak sedap. Keras dan macam kuih semalam gamaknya. Tapi pencuci mulut macam puding honey dew dan mangga tu memang best. My fevret tuh. Huhuhu..



Bahagian buah-buahan

Tembikai, betik dan honey dew manis. Terbaik.



Bahagian pelbagai mee, tahu bakar, sate dan sata

Mee tiaw sedap. Sata sedap. Tauhu bakar sedap. Sate je keras dan sejuk macam semalam punya. Kih-kih.

Bahagian goreng pulak, popia dan samosa sedap sangat. Menyesal tak ambil banyak. Hahaha.

Bahagian air panas dan air sejuk. Air teh tarik dan kopi o terbaik. Air asam boi dan guava best sangat. Air laici, sarsi, oren semua tak ambil sebab dah selalu minum. Jadi sila abaikan lagi pun nanti kembung air plak.

Adoyai, semua gambar kat bahagian goreng dan air blur. Tak dapat tepek kat sini. Tension betol la.




Nampak tak meja kitaorang yang penuh dengan makanan.

Bukan gelojoh atau apa, tapi malas nak bangun banyak kali sebab tu la ambil semua sekali gus.

Dari segi makanan, nasi dan kambing golek tu memang tiptop.










Sambil makan kitaorang di hiburkan dengan persembahan nyanyian dari sesiapa yang volunteer nak naik ke pentas nyanyi lagu raya.

Setel nyanyi diaorang dapat hadiah masing-masing. Suara paling sedap dapat la RM20 kot sebab nampak peserta tu tunjuk.

Ada yang dapat RM10 dan ada voucer ja.


Nombor manakah yang paling bertuah ni?


Adey bila la nak buat cabutan bertuah ni? Bosannya menunggu. Ikut hati nak balik ja sebab nak merayap cari baju raya plak.

Lebih kurang jam 8.15 malam baru la acara cabutan bertuah di adakan.




Dan yang paling best sekali adalah nombor bertuah pertama yang terpilih adalah nombor aku.




Wow sangat ni. Apa lagi sila la naik ke pentas ambil hadiah ya. Alhamdulilah tak sesia tunggu lama.







Tak sabar nak buka sampul hadiah tu. Bila buka ni la hadiah voucernya. Jeng...jeng...tadaa...ini saja ya korang. Kalau dapat duit raya kan bagus. Ni nak suruh datang makan sini lagi ni. Apa pun terima ja la orang dah bagi tu kan.




Dalam pada tu kitaorang diberi makan durian plak. 2 biji seorang tapi aku mintak 3 biji. Pelahap sangat nih...kih3..














Jam 8.30 aku gerak balik selepas berposing sekitar resort tu. Memang cantik la persekitaran sini untuk berfoto-foto.

Rekomen korang datang sebab persekitaran bersih. Takda gangguan dari sang lalat. Cuma bab makanan ada kurang markah sikit la. Hehehe..

Setel kat situ aku singgah Pasar Borong Pandan yang dikenali ramai untuk cari baju raya plak. Dapatlah 2 pasang baju je. Yang lain tak berkenan di mata. Nanti cari kat tempat biasa di Plaza Angsana.

Ok korang sampai sini ja dulu ya. Jumpa lagi di lain siaran dan lain tempat berbuka puasa. Daaa....


Ni baru melantak @ mentekedarah namanya...huhuhu...

Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai