Kalau korang perasan, rumah aku setiap tahun akan bertukar warna.
Tukar macam mana tu? Macam Hulk ke? Wakakaka...
Maksud aku, bertukar kaler cat la. Selalunya aktiviti mengecat ni dilakukan setiap tahun menjelang Hariraya Puasa.
Panglima-panglima sedia membantu mengecat. Warna pilihan pulak akan ditentukan dengan cara undian.
Aku akan bagi warna dan undian dijalankan secara adil. Cewah mengalahkan pilihanraya plak ada adil-adil segala.
Dah 15 lapis pelbagai warna cat tembok dinding rumah aku tu. Juara sangat nih...ngeh-ngeh.
Tahun ni silver colour untuk luar rumah dan millionaire gray untuk bahagian dalam rumah.
Mudah-mudahan boleh jadi millionaire lepas ni. Hehe...Inshaallah...!.
Dek kerana setiap tahun bertukar cat, makanya famili aku dah terkenal dah di kalangan penjual cat di Taman Universiti ni.
Dari jenis cat lama sampai la cat baru yang jenis bancuhan campuran mesin tu.
Kekadang tak tau nak pilih sampaikan owner kedai tolong berikan cadangan warna yang menarik.
Tapi gate dan tembok batu luar rumah memang aku tak akan bagi tukar warna cat lain selain warna merah.
Sampai ada yang kata rumah aku ni rumah orang Cina sebab merah terang macam sampul angpow. Huhuuhu...
Ada sekali tu owner kedai bagi aku borang suruh isi. Katanya borang pertandingan @ cabutan bertuah.
Dia paksa aku tulis. Memang malas nak tulis sebab banyak ruang nak kena isi. Tapi bila kena paksa jadi tulis ja la.
Dalam hati tu kata, hadiah tak menarik. Paling best peti ais.
Tapi dalam hati aku kata ala semua barang elektrik, tapi kalau dapat periuk nasi ni pun cun jugak kan?
Gitew kata gerak hati sendiri.
Tup-tup korang tau tak, satu hari tu aku dapat surat dari Kansai dan diminta datang ke Senheng di Sutera Mall untuk mengambil hadiah cabutan bertuah.
Waaa...dapat hadiah tu, tak sangkanya. Apa lagi, aku pun terus pergi Sutera Mall malam tu jugak untuk ambil hadiah.
Sampai je kat Sutera Mall tu terus bagi surat tu dan terus dapat hadiah periuk nasi.
Cantiknya periuk ni. Syukur alhamdulilah...!
Elok ja dapat periuk baru ni, periuk lama yang dah berzaman tu rosak. Hahaha cam tau ja dah ada pengganti.
Sekarang pakai yang baru plak la.
Tak sangka kan dan tak rugi rasa bila dapat hadiah macam ni. Tak sia-sia mengecat rumah setiap tahun.
Akan diteruskan kerja-kerja mengecat setiap tahun ni.
Apa lagi korang, jom la folo aku cat rumah setiap tahun. Nanti boleh dapat hadiah macam aku dapat ni. Amin....!.
Ok kita sambung borak di lain kali plak ya. Babai...