/**/

Pages

Subscribe Twitter

Menggamit Memori Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang UTM


Eh sedondon...macam berjanji je...huhuhu...


Semalam diadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2015 untuk staf di UTM Skudai dan UTM Kuala Lumpur.

Teringat pulak memori indah masa aku menerima anugerah tersebut pada tahun 2014.




Macam-macam kerja aku dah buat. Lepas habis belajar di Kolej aku terus kerja. Tak sambung ke peringkat lebih tinggi sebab kekangan kewangan dan kasihankan mak yang tak berapa sihat di Johor.

Masa tu umur aku 20 tahun. Setiap hari dok belek suratkhabar cari kerja. Ada jugak mohon kerja di pejabat kerjaan iaitu di FELCRA tempat aku buat praktikal.

Semuanya aku buat sendiri. Dah biasa berdikari. Sorang-sorang ke sana sini cari kerja. Gigih betol aku masa tu nak cari sesuap nasi. Bila kenang semula, kira berani la aku ni kan survive sendiri. Bangga dengan diri sendiri.

Aku tak tau la kenapa aku memang tak berminat nak kerja di kilang lepas sekolah atau pun masa tunggu keputusan SPM.

Bukan aku menghina pekerjaan kilang tapi masa tu aku selalu terpikir, kerja kilang ni untuk orang yang takda pelajaran. Kalau nak kerja kilang tak payah la belajar tinggi-tinggi.

Tak berbaloi kalau dah belajar jauh-jauh, tetiba habis belajar kerja kilang je.




Mungkin masa tu aku di kelilingi jiran-jiran yang rata-rata bekerja kilang di mana perangai masing-masing memang teruk. Lagi lah orang tua dulu-dulu memang selalu mengutuk orang yang kerja kilang ni.

Agaknya dari situ kot aku memang tak berapa berkenan nak kerja kilang.

Lain pulak pendapat kawan aku. Dia kata dia lebih suka kerja kilang dari kerja pejabat sebab dia lebih rela penat badan dari penat otak.

Kalau penat badan, balik rumah bole rehat. Kalau penat otak, sampai rumah belum tentu otak tu bole rehat.

Itu lah pulak persepsi kawan aku sorang ni walau pun masa tu pencapaian akademik dia lebih tinggi dari aku.

Orang kilang jangan kecam aku tau bila baca statement ni. Tak boleh nak kata apa la kan, persepsi dan mentaliti masing-masing dalam memilih bidang pekerjaan ni.




Waaa...panjang plak aku membebel ni. Ok berbalik pada pekerjaan tadi, kerja pertama aku adalah Cikgu Tadika. Boss aku berasal dari New Zealand, kawin dengan orang kita. Baik sangat boss aku ni. Comel dan peramah sangat. Lembut je suara dia kalau beri arahan.

Aku memang tak minat nak mengajar budak-budak ni tapi dek kerana suka dengan cara boss aku ni tetiba ja aku pasang angan-angan kalau ada rezeki lebih aku nak buka Taska dan Tadika. Cita-cita tu masih lagi berada di hati ni sampai sekarang. Tunggu masa yang sesuai je nak laksanakan. Korang doakan ya.

Dek kerana gaji kecik masa tu jadi aku mohon kerja lain pulak dan diterima bekerja di syarikat insuran kereta motor milik warga Singapura melayu sebagai Kerani Akaun. Gaji lumayan tapi tak sampai setahun aku kerja kat situ sebab aku tak sanggup bersubahat dengan boss aku tu.

Tiap pagi kawan-kawan dia akan datang dan bercerita pasal snooker dan sebagainya. Dengan asap rokok semua tak larat aku nak hidu tiap hari. Dan yang buat aku ambil keputusan nak berhenti sebab tak sanggup setiap hari kena belikan dia makan pada bulan puasa. Zaman dulu ada kedai makan melayu yang dibuka secara sembunyi untuk yang tak berpuasa. Teruk kan masa tu? Haish...




Sementara tu kawan boss aku yang bekerja di Syarikat Insuran P&O (Boss P&O) offer aku kerja kat ofis dia. Tapi aku rasa macam tak sanggup pulak sebab dia selalu citer kat tempat kerja dia tu staf memang akan selalu balik lewat malam. So aku rasa macam tak perlu la kot nak kerja teruk sampai macam tu sekali. Memilih plak tu. Huhuhu...

Dalam masa yang sama aku dapat tawaran kerja di Public Bank tapi di Kuala Lumpur. Hongkong & Shanghai Bank Kuala Lumpur pun offer aku jugak tapi aku terpaksa tolak sebab kesian pada mak aku sorang-sorang kat Johor.

Alhamdulilah boss P&O berbangsa Cina tu tak marah malah dia carikan aku kerja di tempat kawannya seorang pengusaha bas di bandar Johor ni.

Aku terima tawaran kerja kali ni sebab dapat macam-macam kemudahan, antaranya aku dan keluarga dapat naik bas free untuk ke mana saja. Lama jugak aku kerja di Syarikat Pengangkutan tu dari zaman anak dara sehingga la dah beranak dua. Bermula sebagai Kerani Tiket sampai la ke Juruwang.




Semasa mengandung anak ke tiga, aku dapat tawaran bekerja sebagai Pembantu Tadbir di UTM Johor. Walaupun gaji yang diberi masa tu kecil berbanding yang aku dapat waktu kerja swasta, tapi dek kerana desakan orang tua-tua agar terima sebab kerja gomen katanya ada pencen, jadinya aku resign kerja lama. Begitulah mentaliti orang tua kita dulu.

Di tambah lagi dengan kata-kata orang keliling, ada bagitau sedara mara diaorang mohon dan interview berapa kali tapi tak dapat-dapat. Aku mohon dan interview sekali ja terus dapat. Jadi rezeki tu baik lah aku terima.

Alhamdulilah atas doa dan kesabaran, bermula dari gaji yang rendah sampai lah ke tahap gaji sekarang, dari seorang pekerja sementara, kontrak dan kemudian diterima sebagai pekerja tetap dan berpencen, aku masih kekal di sini. Aku bersyukur sangat-sangat padaNya.







Diam tak diam dah 15 tahun aku berkhidmat di UTM ni. Dan syukur sekali lagi sepanjang perkhidmatan aku telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk tahun 2013 di mana majlis penyampaian diadakan pada tahun 2014.

Alhamdulilah bersyukur aku sekali lagi padaNya. Amin ya rabbal alamin.!

Bak kata pepatah melayu, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada yang tahu. Itulah ibaratnya macam aku ni.

Walau pun banyak rintangan dan halangan, akhirnya anugerah penghargaan berpihak dan jadi milik aku.











Bila dapat surat jemputan penghargaan tu mula la keliling bandar cari pakaian yang sesuai (macam la kat dalam almari tu dah takda baju). Biasa la orang perempuan ni kalau ada majlis tertentu mesti nak pakai pakaian serba baru. Tak macam orang lelaki, ringkas dan orang jarang ambil pot kalau pakai baju yang sama je. Kui-kui...

Hari yang ditunggu pun tiba dan rasa teruja tu makin bertambah. Majlis tertutup ni diadakan di dewan Sultan Iskandar, UTM dan dihadiri oleh penerima anugerah sahaja.

Ada jugak yang pakai dress glamour dan berelip-relip, haish.. kalau aku tau aku pun join sekali pakai baju merelip-relip macam tu. Ni dah disuruh pakai baju kebangsaan so pakai ja la apa yang jumpa tu. Kang kalau pakai yang merelip kang terover la plak. Huhuhu...

Macam biasa sebelum majlis bermula acara melepak santai berborak memang biasa la kan. Siap punch kedatangan lagi. Bila Yang Berhormat datang baru la masing-masing duduk tegak-tegak sambil memerhati dan mendengar apa yang disampaikan sambil menikmati hidangan yang disediakan.

Sementara tu penerima yang bakal naik ke pentas diminta untuk beratur dihujung dewan mengikut giliran untuk mengambil sijil masing-masing dari Yang Berhormat.




Ofis aku kali ni pecah rekod sebab 3 orang sekali gus dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) untuk tahun 2013. Boss-bos aku dan aku (Pengarah, Timbalan Pengarah dan aku).

Malangnya Timbalan Pengarah masa tu tak dapat join terima anugerah sebab dia menghadiri persidangan. Makanya aku dan Pengarah aku ja yang hadir.







Kami dapat sijil anugerah dan sijil simpanan premium bernilai RM1000 setiap seorang. Alhamdulilah syukur sekali lagi untuk rezeki ni.




Dalam pada tu aku masih tak dapat lawan lagi hubby aku, sepanjang perkhidmatan dah 3 kali dia dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Pertama masa kami baru berkahwin, Kedua masa dapat anak ke tiga dam terbaru adalah bulan April yang lepas tahun ni. Jeles aku rasa kat situ. Hahaha...

Masa kerajaan mewah dulu ofis dia siap bagi jam berjenama mahal pada staf yang terima APC. Best kan .!

Apa pun rezeki masing-masing. Dapat APC ni pun satu anugerah yang tak ternilai sebab masih ramai lagi yang dah bekerja puluhan tahun tapi masih tak dapat lagi anugerah ni.

Terasa berbaloi kerana keringat dan khidmat yang dicurahkan dihargai.

Inshaallah akan ku galas amanah kerja ni sehingga la saat berpencen nanti. Kena tunggu lagi 12 tahun ya bermula dari hari ni. Semuga aku diberi kekuatan mental dan fizikal untuk menggalas amanah yang diberi ni. Amin...!




Ok lah cukup sampai sini ja story aku pasal APC ni. Jumpa lagi lain kali. Tata titi tutu...!


Betol ke alasan ni cikgu?. Hehehe...
Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai