/**/

Pages

Subscribe Twitter

Macet (Jalan Raya Sesak) Di Mangga Mall Dua & Pasar Pagi, Jakarta


Syurga Shopping...


Alhamdulilah, kali ni aku nak share bercuti ke Jakarta pulak. Nampaknya destinasi melancong tahun ni banyak ke Pulau Indon. Ngeh-ngeh....

Seperti biasa aku bertolak dari Johor sehari sebelum hari berangkat jam 10 malam. Sampai di LCCT jam 5 pg. Relax tido sekejap sebelum bersiap dan solat subuh.

Penerbangan ke Jakarta kali ni jam 10 pagi. Memandangkan awal lagi aku melepakkan diri lagi kat dalam kereta. Satu setengah jam sebelum tu aku bersiap la nak keluar dari kereta untuk bersarapan dulu.

Selepas mengambil beg dan segala keperluan yang perlu dibawa, aku pun menutup pintu kereta dengan kuat (terlepas huhu).

Tiba-tiba pintu kereta ku tak boleh buka. Sistem auto lock kereta aku tu rosak. Aduh, macam mana ni, buntu fikir.

Lagi satu setengah jam je dah nak berangkat. Perut lapar, kereta tak boleh buka, ya allah macam mana ni?

Tanpa rasa malu aku minta tolong pemandu wanita yang sedang berada dalam kereta bertanya dia ada alat tak untuk mengumpil pintu kereta aku tu. Malangnya dia tak ada alat yang aku nak tu.

Apalagi, aku tahan sorang lelaki yang kebetulan lalu kat situ. Dia kata dia pernah kena macam tu juga tapi dia panggil bomba untuk buka.

Masalahnya dah kesuntukan masa. Adoyai, nampaknya tak dapat la aku pergi ke Jakarta kali ni. Huhuhu...

Tak habis-habis dugaan tiap kali nak bercoootiii lagi-lagi ke Pulau Indon ni. Macam ada badi plak. Huhuhu...

Tapi dengan izinNya, saat aku bersusah hati tu, ada la seorang insan datang membantu.

Dia perlukan pembaris untuk ompel dan buka pintu kereta aku tu.

Apa lagi, melilau aku mencari pembaris di kedai runcit dan restoran area situ. Alhamdulilah ada kedai runcit tu sediakan cermin panjang ala-ala pembaris.

Aku pun pinjam dan bagi pada uncle keturunan India tu untuk mengumpil kereta aku.

Dia ompel cermin di sebelah pintu pemandu dan akhirnya dapat buka pintu tu. Owh betapa senangnya. Mula la terfikir sesuatu tapi cepat-cepat padamkan dari fikir benda yang jahat kat uncle tu.

Fikir positif mungkin dia ada pengalaman yang sama macam aku ni.

Aduhai, pengalaman yang penuh bermakna bagi aku bila dapat tengok sendiri dengan mata macam mana orang bole buka kereta dengan senang.

Sebab itu pentingnya kereta kita ada safety alarm dan di lock gear atau di tempat sepatutnya.

Apa lagi bila dah setel semua aku bergegas beli McD untuk mengalas perut sementara menunggu lagi 45 minit nak bertolak.

Haha panjangnya intro kali ni. Meh sambung baca citer jenjalan Jakarta ni.




Penerbangan mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Jakarta. Aku tiba Jakarta jam 12 tghr.




Landasan nya lebih kurang sama macam Hong Kong, di mana di kelilingi laut.

Ada bas yang sedia menanti korang untuk di bawak ke terminal airport tu. Best woo tak yah penat-penat menapak.




Airportnya pulak tak lah segah dan tak secantik airport di Bandung. Biasa aje. Tak da tarikan langsung.













Keluar ja aku tahan teksi yang berwarna biru (Blue Bird) nama company nya. Berdasarkan pengalaman orang lain yang aku baca di blog-blog diaorang.







Jalanraya di Jakarta ni sesak dengan kenderaan dan huru hara sebab masing-masing tak mengikut peraturan jalanraya.




Yang memeranjatkan lagi, jalanraya tengah bandar boleh banjir?. Wah air dari laut melimpah ke, seriau je aku. Ngeh-ngeh...

Sepatutnya dari airport bole sampai 20 minit je ke hotel tapi hari tu pemandu ambil masa 45 minit nak sampai ke hotel. Aduh lambatnya.!

Pemandu teksi tu pula salah hantar aku dan geng-geng ke hotel yang salah (confuse nama hotel sama, nama jalan lain) atau dia sengaja, aku tak tahu la pulak.




Bayaran RP140,000. Sampai je hotel aku terpaksa menunggu selama 1 jam untuk check in kerana pihak agoda tak inform ke hotel tu, aduh dah la penat tak hilang, kena tunggu lagi, buang masa betol...

Akhirnya dapat la aku check in dan merehatkan diri dalam bilik dengan sepuasnya sebab jam 5 nak keluar bershopping ke Mall pertama iaitu Mangga Mall Dua dan Pasar Pagi.

Menurut kata pemandu teksi tu Mall ditutup jam 10 malam sebab tu aku berlepak-lepak dulu hilangkan lelah baru keluar semula.







Kali ni aku minat nak mencuba naik Bajat (kenderaan roda 3) yang katanya murah dan cepat sampai ke Mall sebab pandai cilok jalan yang sesak tu.



Mangga Dua Mall
Jalan Mangga Dua Raya (Mangga Dua Selatan)
Jakarta Pusat, DKI Jakarta 10730, Indonesia

Tel: +62 21 78546900





At the end aku sampai Mangga Mall Dua dalam jam 5 ptg. Yang peliknya, semua kedai dah tutup dan ada yang sedang berkemas-kemas nak balik. Awalnya tutup. Huhuhu...

Rupa-rupanya dapat info yang tak betol dari pemandu teksi. Cisss...










Kedai kat situ semua buka jam 7 atau 8 pagi dan tutup 6 petang. Ada juga yang tutup jam 8 malam. Ikut owner kedai la nak macam mana.

So better korang pergi se awal yang bole sebab nanti tak sempat nak bershopping. Tu belum kira dengan jalan yang macet. Ececeh berbahasa Indon plak Pn. Blog. Heee...







Sempat jugak lepak kat bahagian jual barangan elektronik. Gajet kat situ memang murah la kan. Handphone, Kamera, Laptop semua ada tau korang. Murah, murah, mai singgah. Kui-kui...

Tapi nak buat apa beli jauh-jauh macam kat Malaysia takda kekdahnya. Kalau ada rosak apa-apa mana korang nak cari supplier nak merepair barang tu semua?

Haaa...sila pikir 20 kali la eh kalau nak beli gajet kat situ.








Pasar Pagi Mangga Dua
Jalan Mangga Dua Raya No.168, Ancol, Jakarta Utara
DKI Jakarta, Indonesia, Ancol, Jakarta

Tel: (021) 29704020





Setel area tu aku gerak plak ke Pasar Pagi Mangga Dua. Ala dekat sangat seberang jambatan ja pun. Dah penat pun gagahkan jugak kaki gerak ke sana.

Sepanjang jambatan tu korang bole tengok banyak pakaian di setiap pelusuk kedai. Memang giler murah wei harga baju-baju ni. Sempat rembat baju tido seksi 3 pasang. Suka sangat. Hahaha...







Sampai je sana , pun sama jugak, banyak kedai dah nak tutup dan ada yang tengah berkemas pun.

Tapi dalam pada tu dapat la jugak aku shopping handbag kat situ. Murah-murah, apa lagi beli la banyak-banyak . Handbag berjenama terkenal plak tu, harus la beli, jangan lepaskan peluang ni.

Nampak gaya kena tambah bagasi la balik nanti. Lari bajet dong, hahaha...

Lebih baik korang bawak wang tunai sebab kat sana susah sikit kalau guna kad kredit atau lain-lain. Tapi jangan bawak banyak sangat sebab kat situ ada banyak pencopet @ penyeluk saku. Jangan risau, ATM ada je kat situ nak ambil duit banyak mana pun. Senang urusan korang.







Tempat makan kat area situ pun banyak jugak. Tapi biasa la aku lebih rela makan roti je. Sampai hotel baru makan kat coffee house.

Kalau yang jual kat kaki lima tu plak korang bayangkan la asap kenderaan semua berdesup desap, mesti tercemar makanan tu. Walau pun bau jagung bakar tu begitu menyusuk hidung untuk terus makan tapi belum tergamak aku nak beli dan makan. Sori dong...!

Keluar dari situ pun dah jam 8 mlm. Aku decide nak pergi ke Monas tapi macam malas la pulak. Dah penat, di tambah pulak jalan yang macet (jalan jem), jadi aku rasa elok je berehat kat hotel.

Dah la jalan jem, teksi susah dapat, owh amat kecewa. Hmmmm...




Last-last aku lepak je kat bilik sampai tertido...!!!

Ok sambung next entry plak. Tata dulu....


Sesuai sangat nih. Hehehe...







Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai