Selamat pagi uollsss.....ngantuk ke idok?
Tak mo lelap lelap la, meh aku share 1 story lagi. Saja ja dah tak da benda nak share, jadi la citer ni kan untuk hari ni.
Maklum lama tak bersiaran dek kerana kepupusan idea disebabkan masalah teknikal dan praktikal. Bulan pose katanyer....!
Lepas penat menguruskan macam-macam di siang hari, makanya di malam hari aku rasa macam nak rehatkan badan, tak mo buat kerja-kerja lain selain nak merelaxkan otot-otot yang ada.
Dalam pada terkebil-kebil tengok TV tapi otak ke lain sebenarnya, tetiba aku teringat pada masker safi balqis yang dah berbulan jugak kot aku beli.
Macam biasa, benda yang dibeli tu akan diletakkan kat ceruk mana ntah sampai nak cari semula tak jumpa. Kalau jumpa pun dah expired tak boleh guna lagi.
Sebab tu la anak-anak aku kekadang membebel kalau tengok aku beli macam-macam. Bapaknya tak banyak bunyi sebab dah kenal aku macam mana dah malas nak bising. Wakakaka...
Apa lagi, meh la kita teruskan pembacaan seterusnya ni.
Masker Pencerah Safi Balqis
RM5.90
Aku ni bukanlah suka pakai masker bagai ni. Memang tak pernah kot rasanya. Salah satu sebab adalah aku agak sedikit bimbang kalau nanti masker ni tak sesuai dengan kulit aku.
Datang plak masalah kulit merah, panas rasa macam terbakar. Walaupun sebenarnya aku memang gunakan semua produk safi untuk penjagaan kulit muka. Baru-baru ni ja dah bertukar ke produk ephyra.
Dek kerana tak pernah pakai, makanya berkali-kali la aku baca nak memahamkan kekdah menggunakannya.
Sebelum tepek kat muka, aku bersihkan dulu wajah macam biasa yang aku buat sebelum tidur. Lepas tu apa lagi, tepek ja la terus masker tu kat muka.
Walla..rasa sejuk sangat. Bestnya !!!
Setahu aku bila kita gunakan masker, kita tak boleh bercakap dikhuatiri akan effect pada muka. Eh ya ka? Betol eh macam tu? ke propa ja ni?
Dek kerana lurus bendul aku memang tak bergerak atau bercakap. Anak aku pun dok tergelak-gelak tengok aku dok statik macam patung cendana. Bhahahha...
Tapi serius wei, memang sejuk la pakai masker ni. Ikut arahan kat situ guna dalam 15 ke 20 minit saja. Tapi aku guna 30 minit sebab air kat masker tu ada lagi so sayang nak buang. Eh, betol ke aku sebut air ni? Hentam ja la kan?
Setel 30 minit, bila keluarkan masker tu dari muka, still dapat rasa lagi kebasahan dan kelembapan di muka tu. Fresh sangat. Berseri-seri rasa muka tu. Tak tipu tau.
Korang boleh tidur terus tanpa perlu cuci muka lagi. Tak payah pakai krim malam semua tu. Bangun esok pagi muka tak berminyak.
Kebaikan masker ni yang lainnya korang bole la tanya Pak Google ya. Macam biasa, aku akan hanya bercerita pengalaman menggunakannya sahaja.
Nampaknya lepas ni tiap 2 minggu sekali aku akan guna kot masker ni. Harga pun murah.
Ada rasa nak cuba guna masker Korea la, apa ntah lagi la, tapi risau plak tak serasi dengan kulit.
Sori tak da gambar aku pegang plastik masker tu sebab dah terbuang, lupa plak bole share kat blog ni. Len kali aku alert ya.
Apa lagi korang, pergi lah cari masker safi sekarang bila korang rasa muka korang tu dah hilang kelembapannya. Nampak kering dan kusam je.
Inshaallah masker safi ni akan membantu untuk menyegar dan menceriakan semula wajah korang.
Sampai sini dulu ya untuk kali ni. Daaa....