Macam biasa last entry jenjalan mesti akan review hotel untuk panduan korang dalam memilih nanti.
Sikit ja nak citer tentang hotel ni sebab tak banyak beza pun dengan hotel sebelum ni.
Orchardz Hotel
Jl. Industri Raya No. 8 Gunung Sahari
Jakarta 10720
Indonesia
Tel : 021– 6231 7788
Fax : 021– 6231 7799
Deluxe Room - RM153.95 Per Night
Aku rasa hotel ni yang terbaik la kot selain kedudukan betol-betol tengah bandar. Senang nak ke hulu ke hilir.
Tempat pun terceruk sikit dari jalanraya besar yang hiruk pikuk dengan hon kenderaan bagai.
Walau pun bilik hotel ni agak kecil tapi cukup la untuk kami bertiga. Katil tu muat-muat ja la sebab badan memasing pun tak berapa nak membesar bagai juara.
Tu untungnya berkawan dengan orang yang sama saiz, senang runding. Huhuhu...
Sebelah bilik aku tu, bilik pengantin berbangsa Cina yang telah siap ditempah cantik.
Disebabkan kedudukan antara bilik amat rapat makanya aku boleh dengar orang yang berbual di bilik sebelah. Meh kita skodeng jap. Huhuhu...
Dengar suara berborak ja la, butir-butir perbualan tak jelas la kan.
Kecuali korang skodeng atau rapatkan telinga guna stetoskop macam yang selalu citer Korea buat tu.
Tapi ya la betol ke bole dengar ek? Satu hari nak try buat la. Hahaha...
Hose bilik air tip top. Laju ja air mengalir. Air laut kah? Peralatan mandi macam syampoo dan sebagainya tak mencukupi.
Nasib baik la aku memang jenis bawak semua peralatan mandi kalau nak pergi melancong ke mana-mana.
Syampoo rambut, syampoo badan, ubat gigi, berus gigi, pencuci muka, lotion, semua aku letak dalam bekas kecik-kecik anggaran aku sorang guna la untuk berapa hari tu.
Sebab tu la kalau nak melancong tu aku berkemas sampai jejak 2 pagi baru siap semua benda.
Biasanya aku akan buat list dulu barangan apa yang nak dibawak ikut berapa hari nak pergi melancong tu. So cerewet kan?
Nasib baik dapat geng yang memahami. Terima lah diriku seadanya. Kih-kih...
Haaa...mula la melalut lagi. Jom selidik apa benda yang ada kat hotel ni lagi.
Strika tak da. Kena mintak dengan housekeeping. Leceh betol. Hair dryer pun tak da. Tak suka la...
Box keselamatan pun aku tak nampak kat celah mana. Jauh beza betol dari apa yang aku tengok penjelasan dari Pak Google. Bahaya la, tak boleh pakai betol nih...
Coffee house dia memang besar, luas dan bersih. Makanan pun sedap-sedap walau pun tak sesedap masakan kita. Kiranya masih boleh telan lagi la.
Aku rasa setakat melancong ke Indonesia, kat hotel ni ja la aku makan banyak kali, tiap hari. Makan jangan tak makan eh. Kui-kui..
Staf dan guard memang peramah. Ko tanya je apa diaorang mesti layan dan jawab. Muka senyum je...
Ok la ni ja yang dapat aku kongsi. Rekomen jugak hotel ni sebab berkenan dengan coffee house dia ja la. Ada live band kalau korang datang pada waktu yang tepat.
Jumpa lagi di lain siaran. Daaa....