Hai korang, kali ni aku nak cerita pengalaman naik belon besar. Best wooo pengalaman ni.
Kat dalam Malaysia ja ni, bukan luar negara tau. Lagi best, tak jauh pun, Putrajaya je tempatnya.
Skyrides Festivals Park
Jalan P2m, Presint 2, 62100 Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia
Phone:+60 19-682 5185
Dewasa RM45, Kanak-kanak (bawah 12 tahun) RM35 (Mykad)
Dewasa Rm73 , Kanak-kanak (bawah 12 tahun) RM65 (Tanpa Mykad)
Setiap Hari 10pg hingga 10 mlm
Plan awal nak naik belon tu waktu malam tapi bila fikir balik apa ja yang akan nampak kalau dah malam-malam buta tu kan?.
So decide naik waktu siang la. Boleh tengok panorama dan keindahan alam.
Sebelum naik belon tu aku ronda sekitar tempat tu. Sebelah Skyride Balloon ni ada Sky Cruise, Sky Kids, Sky Gallery, Sky Diner , Sky Demo dan Sky Warrior.
Senang citer semua yang kat sini ber sky-sky bagai la. Hehe...
Ada bangunan khas untuk membeli tiket. Masa aku sampai tu penjualan tiket diberhentikan sementara atas alasan angin terlalu kuat makanya belon besar tidak dapat dinaikkan atas faktor keselamatan.
Adey kena tunggu dalam sejam dua, itu pun kalau angin kat udara tu dah ok sikit.
Harap-harap la cepat reda angin kuat tu, kalau tak, mau aku rasa ralat tak dapat terbang di udara.
Akhirnya, masa yang ditunggu dah tiba. Alhamdulilah penjualan tiket dibuka semula.
Sebelum tiket diberi, aku diminta isi borang persetujuan terlebih dahulu.
Keselamatan adalah tanggungjawab sendiri dan pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab kiranya apa-apa terjadi semasa berada di awangan nanti.
Wah, gempak sangat ni. Siap isi borang segala. Dap dup ja jantung jadinya macam ni. Takut campur suka la plak nak naik belon ni.
Kuatkan hati, tulis dan serah pada penjual tiket. Setel kat situ aku dibawa ke satu tempat di mana ruang menunggu untuk mengambil giliran naik ke atas.
Sementara menunggu giliran tu aku diberi air mineral. Nampak staf tengah nak agihkan gula-gula tapi tak sempat dapat sebab dah nak masuk ke ruang terbang.
Ceh, macam nak naik kapal angkasa plak. Terbang..terbang...hehehe.
Dek kerana angin masih kuat makanya penumpang dibenarkan naik dalam jumlah 5 orang sahaja untuk ke atas.
Bila tiba giliran aku, wah makin kencang la degupan jantung tu. Maunya tak, aku kan jenis gayat.
Aduhai Pn Blog, boleh ka bertahan kat atas nanti?. Jangan tetiba aku menjerit nak turun sudah. Kui-kui.
Belon tu hanya dikelilingi besi dan melopong di tengahnya. Hanya ada 1 cable yang halus ja untuk kontrol pergerakan naik dan turun belon tu nanti.
Waa...bole menampung kekuatan belon ke ni?
Ada 2 staf lelaki yang turut serta terbang dengan kitaorang masa tu. Tugas diaorang ni untuk bagi penerangan berkenaan belon ni sambil menjaga keselamatan penumpang.
Peramah sungguh 2 orang jejaka tampan ni. Orang seberang katanya, patutla pertuturan tu berbeza. Dah pupus agaknya orang Malaysia untuk dijadikan pekerja ek?.
Menurut staf ni biasanya kalau angin okay, ramai dibenarkan naik belon ni sekaligus. Biasanya 30 orang bole sekali naik terbang ke udara tu. Tapi masa aku dibenarkan 5 orang je.
Waktu awal nak bergerak ke atas tu, berdebar jugak. Ya la aku ni kan gayat kalau naik tempat tinggi.
Tapi keajaiban telah berlaku kat sini. Selalunya kalau aku berdiri tepi gunung atau tempat tinggi macam bangunan Marina Bay, sure kaki aku dah ketar-ketar.
Hairannya kat dalam belon ni sikit pun aku tak rasa ketar kaki. Malah aku enjoy sangat tengok pemandangan air tasik putrajaya tu.
Pelik kan? Ke aku dah tak gayat?
Nak tau, kita cuba pergi tempat tinggi lain lepas ni, tengok aku ok ke tak lepas tu. Ngeh-ngeh...
Paling best sekali bila belon berhenti pada ketinggian 120 m dari aras tasik. Berbuai-buai di tiup angin. Sejuk ja rasa.
Aku siap merayap berjalan ke hulur ke hilir sekitar belon tu. Siap berfoto-foto dengan staf lelaki tu. Jakun sangat ni. Hahahha...
Selama 15 minit jugak la melayan pemandangan kat atas tu. Syoknya.
Kalau ada peluang, aku nak naik belon api plak. Kat luar negara rasanya ada kan? Nanti terjah situ plak eh. Inshaallah...
Pemandangan paling best bila dapat tengok masjid besi dan belon lebih tinggi dari puncak monumen millenium.
Dengan keindahan tasik yang tak tercemar dengan sampah dan jambatan putrajaya yang gah, memang memukau mata yang memandang.
Memang rezeki aku la masa tu tak ramai orang dibenarkan naik so dapat berlegar-legar ke ceruk mana ja yang aku suka untuk lihat view yang cantik sekitar tasik Putrajaya tu.
kalau tak kerana cruise lalu kat tasik tu, korang akan nampak macam lantai simen luas je dari atas sebab air tak berombak atau beralun. Wah memang cantik la.
Patut dah bayar mahal tu bagi la lama sket terbuai di udara dalam 30 minit ke baru best kan? Apa daaa....
Dari awal naik sampai turun tak berhenti penerangan dari corong radio diberikan tapi satu pun aku tak dengar sebab dok fokus pemandangan bawah. Tak merelip mata tau tangok.
Tak percaya, korang pergi lah sekarang.
Nampak bangunan dan kereta kecil ja macam semut. Nak pijak-pijak je rasa. Hahaha...
Waktu nak turun rendah tu sempat lah aku snap bahagian sebelah iaitu Sky Warrior. Mini viper challenge la lebih kurang. Jap lagi aku ke sana plak la tengok apa yang ada.
Bila dah jejak semula kat bawah tu rasa macam tak nak turun je. Nak naik lagi, nak naik lagi. Best wooo...
Sky Warrior
RM10 (bayar di Sky Gallery)
Hari Biasa: 10.30pg - 10mlm
Jumaat dan Sabtu : 10.30pg - 12tghr
Ahad 10.30pg to 11mlm
Rekod Cabaran: Sabtu bermula 8.30mlm - 9mlm
Ketinggian Peserta: 4 ft (150cm)
Sebelum gelap aku singgah la sekejap kat Sky Warrior tu. Sebelum tu sempat la berposing kat tepi tasik tu.
Bila ada bot lalu, air beralun dan lantai tempat berdiri tu akan bergerak ke kiri ke kanan.
Scary doh takut je jatuh. Tapi best sangat la.
Syoknya tengok tempat-tempat yang mencabar fizikal ni. Tapi tak dapat la nak join sebab dah malam. Lagi pun tak bawak baju basahan sebab bila jatuh ke bawah terus masuk dalam air.
Adoyai napa la korang tak buat pasir ja kan kat situ? Kan lagi senang, tak payah berbasah-basah bagai.
Skykids tak sempat nak masuk sebab hari dah nak gelap. Lagi pun kids, apa ja yang korang expect akan ada. Lain la kalau korang datang bawak budak2 baru la bole singgah.
Nak tau lebih lanjut tempat tu korang pergi ja la tanya Pak Google eh.
Aku nak cepat sebab nak kejarkan pergi ke PICC dan Marina Putrajaya plak nak makan aneka mee yang sedap kat sana katanya.
Ok lah, apa pun pengalaman naik belon ni memang best. Kalau aku tau mana-mana ada lagi belon ni aku sanggup pergi. Muahahahaa....
Ok lepas ni story naik cruise plak ya. Tunggguuuuuu....!!!