/**/
Subscribe Twitter

Shopping Murah Di Tanah Abang Dan Cantik Masjid Istiqlal , Jakarta


Jom sambung ronda..!

Pada mulanya plan nak ke Monas dulu tapi fikir punya fikir baiklah aku bershopping dulu.

Kali ni aku decide nak ke Tanah Abang untuk bershopping.

Aku sewa kereta dan supir khas untuk dihantar ke Mall Tanah Abang sebab malas nak tunggu teksi dan kos RP500,000. Perjalanan ambil masa 20 minit. Adoi tengok jalannya, jem tak hengat, nasib la ya.

Tanah Abang
Jl. Fachrudin 5, Jakarta 10240, Indonesia
Tel: 0215491468



Sampai je kat Tanah Abang, mak ai beso nyer Mall tu. Bertingket-tingket. Alahai larat ke nak jalan ni?.

Banyak cabang pintu masuk kat Tanah Abang ni. Sebelum pergi tu baik korang tengok dulu map atau tanya Pak Google. Kalau tak, nanti jadi macam aku, letih berjalan cari pintu keluar.



Kalau dah nampak kedai yang bole tawar menawar tu baik la korang terus angkut je beli, kalau nak harap cari balik kedai tu sampai Mall tutup pun belum tentu jumpa semula kecuali ada Detective Conan tolong korang. Kih-kih...




Tapi...haaa...ada berita baik pulak, kat tengah-tengah Mall tu ada disediakan urutan kaki. Siapa yang dah mula sakit kaki berjalan tu boleh la hulur ja kaki kat situ.

Baju hijau si pengurut kaki...


Tapi buang masa la kan. Sebab tu aku nasihatkan korang agar survey siap-siap tempat yang korang rasa berkenan nak memborong.

Memang rambang mata la tengok pakaian kat situ. Murah dan berkualiti.


Tapi kalau dah nama kaki shopping, apa lagi, mulakan langkah, dari satu tingkat ke satu tingkat.

Fuh...akhirnya 6 jam duk dalam tu. Lotih jangan kata la. Tapi tak kan ambil orang yang nak urut-urut kaki tu.

Banyak jugak benda yang baru aku jumpa kat situ. Best la jugak. Dapat rembat telekung, jeans, blaus dan kemeja batik dan banyak lagi la. Aku siap beli baju renang untuk aku satu famili.




Korang kena beli size baju yang betol-betol sesuai sebab size diaorang lebih kecil banding size orang kita. Contoh kalau korang pakai baju size M korang kena beli baju size L kat sana. Kalau tak, bole jadi sarung nangka nanti. Kih-kih...

Kasut kat sini tak berapa nak cantik jadinya aku tak beli la kasut-kasut yang banyak bersepah sana sini tu. Buat berat beg je pun nanti.



Dapat beli souvenir untuk sedara dan kekawan kat sini. Memang berbaloi habis.




Kalau yang datang sini ada plan nak berniaga memang disarankan sangat-sangat dan kalau boleh korang ambil je bisnes kad tiap kedai yang korang singgah beli tu. Senang keja korang nanti tak payah nak tercari-cari lain kali.

Kemudian aku plan nak suruh supir hantar ke Monas tapi cuaca mendung nak hujan dan ada perarakan pulak jadinya teksi tak dibenarkan lalu kat situ.

Adoyai nak tak nak lupakan ja la hasrat nak ke Monas tu untuk kali kedua.

Masjid Istiqlal
Jl. Taman Wijaya Kusuma,
Daerah Khusus Ibukota Jakarta, Indonesia



Makanya aku gerak ke Masjid Istiqlal je. Selesai bergambar aku mencari souvenir sekitar situ tapi memandangkan hujan dah turun so aku plan nak balik berehat ja la kat hotel dan malam keluar ronda lagi.




Tapi bila sampai kat hotel dah jam 7 malam. Dah lepak-lepak rasa malas plak nak keluar. Makan kat coffee house hotel tu dan lepak la lagi kat bilik. Huhuhu...


Normal la tuh...!

Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak