/**/

Pages

Subscribe Twitter

Tinggi Dan Gah Tugu Monumen Nasional ( Monas ), Jakarta


Tingginya...sayup je tengok..!


Penerbangan balik jam 6 petang, jadi ada masa lagi untuk aku berjalan-jalan sekitar bandar Jakarta dan kali ni target adalah ke Monas.

Aku gerak ke Monas jam 10 pg. Cuaca sangat la panas. Plan naik bajat tapi cancel sebab tak nak terhuyung hayang selain cuaca panas. Asap kenderaan dan keselamatan amatlah tidak terjaga.

Pilihan terakhir adalah naik teksi tapi malangnya teksi tak dibenarkan masuk ke dalam Monas. Tambang teksi RP140,000. Jauh jugak nak masuk ke dalam bangunan Monas tu tapi aku gigihkan jugak la berjalan.

Kiri kanan jalan penuh dengan kereta polis. Bawak payung tapi tinggal kat hotel, bagus sangat la tu...Hehehe...






Monas
Central Jakarta, Indonesia

Masa lawatan: 7 pg - 12 mlm

Bayaran masuk RP7000.





Plan awal pada mulanya berangan nak naik ke puncak Monas tapi malangnya lif di situ sedang dibaiki sehingga akhir Disember baru beroperasi semula. Kecewa la jugak.












Jadi hanya dapat ronda-ronda dalam tingkat 1 dan luar bangunan tu ja. Sempat la rembat tshirt dan replika monas yang sangat unik tu.
















Kat dalam tu aku diberi penerangan serba sedikit berkenaan sejarah Monas tu. Cantik je ayat aleh-aleh disuruh beli gantungan kereta Rp15,000. Terkena sudah...






















Lepas dah puas ronda aku pun decide nak balik hotel berkemas apa yang patut. Tapi takda plak kenderaan lain kat situ selain teksi sebab ada perarakan ke demonstari apa ntah masa tu.




Pada mulanya aku nak naik teksi lain, tapi teksi tu sebok nak tunggu.

Rupanya dia nak menipu aku biar bayar lebih. Stress aku dengar tapi bila fikir-fikir balik tak pa la, sedekah aje la, dia nak tipu tu urusan dia dengan tuhan. Aku redho...




Akhirnya aku sampai jugak di airport setelah meredah jem selama 2 jam. Nasib baik aku keluar awal, kalau tak, naya tertinggal flight.










Ada 2 jam lagi untuk aku melepak kat airport tu sebab tiba awal. Sempat la jugak cari souvenir lagi. Dah penat lepak-lepak aku ke balai berlepas.







Hujan lebat, flight pulak delay, adey...last-last penerbangan aku jam 8 malam. Sebelum tu isi la perut yang kosong tu dulu. Sedap makanan kat situ.







Ni ada satu cerita dalam flight, masa kapalterbang nak mendarat, penumpang kan tak dibenarkan ON segala bagai barang elektrik.

Ada sorang pakcik dan makcik ni bole jawab call dari anak dia. Adoi, aku diam lagi. Tapi lepas tu sekali lagi hp dia bunyi dan dia angkat jugak, so aku pun tegur la jangan jawab telefon tu.

Masa nak landing kali ni sedikit kuat hentakannya. May be pasal pakcik tu guna HP kot.

Masa tu Hp dia bunyi lagi. Panas betol hati aku. Apa lagi, aku sound puas-puas la. Haish susahkan orang je. Pakkal orang tua, kalau orang muda memang dah lama kena tangan dengan aku ni. Dasar kampungan...

Yang si anak tu apa ke bangangnya nak call bagai. Masa call pertama, bapak ko kan dah bagitau dia dah nak mendarat, jadi kenapa ko gatal tangan call lagi?

Buatnya masa ko call tu flight bapak ko tu jadi apa-apa padahal dah selamat nak mendarat, tapi disebabkan gangguan ko sebaliknya berlaku, ha sapa nak jawab tu?




Yang si peramugari dan peramugara ni pun patutnya lebih alert la.

Korang ada lesen la nak marah penumpang kalau guna gajet pada waktu yang dilarang sebab akan menyusahkan orang lain.

Hmmm...tak tau la nak kata apa lagi.

Apa pun, akhirnya aku selamat sampai ke tanahair tercinta dengan penuh kesyukuran. Alhamdulilah...amin...!




Inilah coretan untuk percutian kali ini...agak scary jugak la...!

Jumpa lagi di coretan yang lain. Babai...


Sapa tau ni kat mana? Kui-kui...




Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai