Semua orang ada hobi masing-masing. Tak terkecuali dengan aku. Aku perasan yang aku punya hobi yang pelik untuk seorang yang hidup sederhana. Tak tau lah apa jadi kalau aku kaya. Mesti kalah Imelda Marcos. Huhu...
Sekadar nak berkongsi minat dan macam aku kata blog ni macam diary moden aku, so aku nak selitkan sket hobi aku ni.
Dari kecil lagi aku suka tengok jam, kasut, handbag. Pernah pasang angan-angan kalau dah besar nanti, dah kerja dah ada duit sendiri, nak kumpul barang-barang tu. Tak kira lah murah ke mahal asalkan bila tengok ja aku terus suka.
Alhamdulilah termakbul jugak walau pun bukan semua barangan jenama mahal. Cukup sekadar aku suka tengok dan puas dapat kumpul.
Anak-anak sampai bising tempat kasut aku conquer sorang. Tempat diaorang sikit ja. Nak buat macam mana, terima ja la nak. Hehe...
Bila aku bising diaorang beli kasut mahal sampai beratus ringgit sepasang, diaorang akan jawab, kasut ibu tu kalau campur-campur lagi mahal harga dari kasut kitaorang. Owh pandai la eh korang jawab. Babap nanti.
Macam tu la kalau berbahas dengan anak-anak sekarang ni, tapi tak boleh kalah la sebab kita ibu kita mesti nak menang jugak kan. Kui-kui...
Betul pun cakap diaorang tu. Aku ni kalau nampak ja kasut yang berkenan terus angkut. Kekadang tu bukan 1 ja beli tapi berpasang-pasang. Ada sekali tu aku beli 13 pasang sekali gus. Haha giler punya keja. Nak buat camana dah suka, layan ja la.
Kekadang nak pakai kasut tu sayang. Simpan entah sampai berapa lama baru nak pakai semula. Aku juga ada hobi suka snap gambar barang yang aku belanja. Tak kira la kasut ke, apa ke, tiap apa duit yang keluar aku akan catat dan snap gambar. Berguna jugak gambar-gambar ni boleh tepek kat blog.
Ada sekali tu masa kursus kat Melaka, sempat bershopping di Mahkota Parade. Apa lagi nampak kasut lawa-lawa terus la rembat. Terkejut geng bas sekolah tengok aku shopping kasut. Melopong jap tak percaya. Selalu tengok aku tukar-tukar pakai je kali ni shopping sama terus. Sampai bilik terus snap gambar. Tu dia...
Itu pun letak tempat kasut yang double, kalau tak memang sikit ja la kasut yang dapat muat dalam tu. Dah banyak kali tukar tempat kasut dan selit sana selit sini. Gambar yang kebetulan snap ja ada dari tahun-tahun sebelumnya. Ada jugak yang lupa nak snap.
Rak pertama.
Rak kedua.
Rak ketiga.
Rak keempat.
Kasut Fevret Meed Mickey.
Rasa puas sebenarnya bila tengok kasut yang berderet banyak kat rumah. Aku pulak suka match kan warna kasut dengan baju, jam dan handbag yang aku pakai tiap hari.
Masa muda-muda dulu banyak la high heel, sekarang ni dah kena pakai yang lower heel. Sebabnya sendiri mau ingat dah veteran ni kena utamakan kesihatan dulu la ya. Nak high heel bagai tu waktu tertentu ja la.
Kekadang tu gian jugak nak ber high heel ni, apa lagi redah ja la. Lepas tu hadap la ko sakit kaki la, sakit tumit la, dah warga emas sangat nih...hahaha...!!!
Tapi aku percaya pada pendapat pakar, bila kita pakai kasut bertumit tinggi aka high heel ni, keyakinan diri tu bertambah. Ko bayangkan sekarang, sorang bertumit tinggi sorang bertumit rendah, for sure kita lebih akan pandang pada yang bertumit tinggi. Pasal apa? Kita nampak keyakinan dalam diri yang pakai tumit tinggi tu.
Lagi satu, bila bertumit tinggi, automatik badan melentik dan jalan berubah ala-ala model cat walk katanya. Nampak Elegant sket. Setuju tak?.
Walau pun aku dah kurang berhigh heel sekarang, lebih kepada kasut yang ringkas dipakai tapi aku tetap jaga penampilan. Kalau pakai baju kurung memang aku akan pastikan pakai high heel. Bayangkan kalau dah berbaju kurung tetiba tengok bawah pakai kasut tak bertumit, adoyai rasa macam nak pergi pasar. No class..ececeh jahat tak ek?
Tapi bila aku berseluar jeans memang aku lebih pada kasut yang bertumit rendah. Kekadang terus pakai sandal. Mudah dan ringkas bergerak. Ada sekali tu adik ipar aku tegur, dia ingat kasut budak darjah 6 sebab size kecik. Maklum akak ipar awak ni comel je sebab tu size kasut kecik. Huhu...
Aku memang rajin mengemas kasut-kasut ni. Pantang nampak bersepah kat luar rumah mula la mulut aku menyanyi lagu rock. Anak-anak dah masak sangat dengan perangai ibu diaorang ni. Hahaha...
Kekadang aku susun kasut ikut warna dalam satu rak. Kekadang tukar ikut tinggi dan rendah dalam satu rak. Kekadang tukar balik ikut selera aku. Tapi susunan kasut mesti letak ikut rak yang ditentukan. 1 rak untuk tumit tinggi sahaja. 1 rak untuk sederhana tinggi. 1 rak untuk sandal dan selipar.
Ingatkan bila rak dah penuh nak stop beli kasut. Tak nak kumpul kasut lagi. Tapi tak boleh tahan diri dari membeli rupanya sebab hati membuak-buak bila nampak kasut. Maka terbeli la kasut-kasut kat bawah ni masa shopping raya baru-baru ni. Cantik tak kasut ni korang? Dah terselit satu kasut mak-mak. Hehehe...
Itulah aku yang bernama MEED. Seb baik tak da anak perempuan, kalau tak, sure penuh dengan kasut Mickey Mouse. Silap-silap tikus datang jumpa kawan dia. Kih-kih...
Okay sekian saja nak berkongsi hobi. Lama rasanya tak citer pasal melancong. Nanti aku up story melancong la eh. Daaa...