Walau pun bulan Ramadan dah menutup tirai, menjelma plak bulan Syawal, masa untuk bersuka ria meraikan kemenangan dan beraya sakan, namun citer bisnes tak pernah pupus walau di telan masa beribu bulan lamanya.
Macam tu jugak la dengan citer bisnes yang anak ku ceburi masa bulan Ramadan yang lepas ni.
Ikut hati, biarkan ja tak payah tulis apa pun tapi macam aku selalu bagitau la, tiap tulisan adalah catatan harian ku dalam diary sendiri. Bila ada masa dan keperluan, aku akan belek semula apa yang aku tulis dan ingat semula citer yang sepatutnya.
Bazar & Fiesta raya
Laman Tasik
UTM Skudai
Dek kerana lewat bagitau, makanya terlepas la untuk buka bisnes di bazar besar sepatutnya. Semua tempat telah penuh. Rasa rugi kat situ sebab sewa hanyalah RM97 sahaja sebulan. Sewa tapak ja la. Khemah dan peralatan lain sendiri punya la ya.
Memang aku target buka bisnes kat tempat ni sebab ramai orang. Jadi tumpuan sekitar Taman Perumahan yang aku tinggal sekarang ni. Tapi nak buat macam mana, dah lewat sangat nak mohon, so terpaksa lah cari tempat lain plak.
Cari punya cari, kat UTM ada lagi ruang kosong untuk buka bazar. Pada mulanya aku tak berapa setuju sebab dalam 2 minggu pertama ja ramai orang. Lepas tu student dah balik kampung masing-masing untuk bercuti raya. Harapkan staf yang ada ja la.
Dek kerana nak jugak cuba berniaga bazar, maka aku pun mohon la 1 tapak atas nama anak aku untuk menjual air dan pencuci mulut.
Sewa tapak RM400 untuk sebulan. Disediakan khemah dan bekas ais batu. Peralatan lain macam meja, kerusi dan sepatutnya semua aku sediakan sendiri.
Mula la mencari tiap ceruk kedai nak beli balang air dan semua peralatan yang sepatutnya. Pada mulanya nak guna balang air plastik je tapi bila fikir balik macam tak lawa dan risau air akan berbau lain.
Tak sangka plak balang air tu tersangat la mahalnya. RM129.90 tu (untuk 3 jenis air). Apa pun macam biasa aku selalu pilih yang terbaik sebab nak bagi orang makan atau minum mesti lah dari sumber yang bersih dan terpelihara.
Aku memang tak suka betol bila main asal bole je nak buat itu ini. Aku suka semua perfect. Dari pemilihan barangan yang berkualiti sampai la ke susunan terakhir, semua aku nak nampak kemas dan teratur. Sedap mata memandang selain rasa yang sedap.
Aku selalu pastikan barang-barang yang anak aku gunakan berada dalam keadaan bersih dan kualiti rasa air dan makanan mestilah sedap. Biar keluar modal lebih tapi untung ciput asalkan orang yang membeli akan rasa puas dan akan datang beli lagi.
Bazar menjual makanan dan minuman beroperasi dari jam 3 ptg hingga 7 mlm. Bazar kering pulak (menjual baju raya) beroperasi dari jam 3 ptg sampai 12 mlm. Lama sikit masanya sebab bayaran pun mahal RM650 sebulan dan disiapkan elektrik sekali. Untuk bazar makanan tidak dibekalkan elektrik. Tong air batu tu pun kira sewa, kalau hilang kena bayar denda RM300.
Anak aku buka bazar jual 4 jenis air. Air katira, blue lemon, tebu dan cincau bandung. Kadang-kadang buat air kurma madu. Ada jugak dadih, pengat pisang, bubur chacha dan kek batik. Semua dia buat sendiri. Kek batik selalu habis, memang terbaik setakat ni. Aku sendiri selalu mintak 1 bekas tinggal kat rumah untuk makan bila buka puasa nanti.
Ada jugak la aku datang menjengah beberapa kali untuk support bisnes bazar dia ni. Memang seronok sebenarnya bila dapat menjual di kelilingi ramai orang.
Dalam banyak-banyak gerai tu aku rasa gerai anak aku paling cantik dan kemas. Mana tak nya, siap bunting, alas meja, hiasan lain lagi, mengalahkan nak buka kedai gamaknya. Semua sekali termasuk perkakas aku dah keluarkan modal RM1200 tak termasuk meja dan kerusi yang memang dah sedia ada kat rumah aku.
Seperti yang dijangka, memang dalam 2 minggu ja la orang ramai datang. Lepas tu semakin berkurang dan semakin susut. Apa pun anak aku tetap gigih buka bazar ni sampai la 3 hari nak raya baru tutup bazar.
Dalam pada tu makin ramai la kawan yang dia kenal. Lepas ni sure masing-masing tu bercontact dan deal untuk bisnes lain plak tu.
Setakat untung tu memang aku rasa tak berbaloi. Tapi itu tak penting sangat bagi aku sebab ada beberapa alasan yang boleh diterima. Dan yang penting serta berharga sekali adalah pengalaman. Sekurang-kurangnya dia dah merasa penat lelah berniaga, susah senang nak dapat duit, berhempas pulas nak sediakan barang jualan dan apa ja yang sewaktu dengannya.
Dah dari hari tu nak sangat buka bazar, aku layan kan ja la. Sekarang baru la rasa kan ok ke tak. Walau pun aku dengar dia kata penat tapi dalam masa yang sama dia kata seronok jugak bisnes macam tu. Hai, apa-apa ja la nak. Ibu ni sokong ja mana yang baik. Teruskan...teruskan...hehe.
Ok ni ja la nak share pasal bisnes bazar anak ku ni. Lepas ni nak citer pasal raya plak ke tak ek? Tengok la mood..nanti aku fikir semula eh.
Tata titi tutu....!!!