/**/

Pages

Subscribe Twitter

Fantasi Bola Di Zeven Cafe, Johor Bahru


Jom rasa makanan kat sini plak...


Semalam round 1 Johor tak tau nak makan kat mana. Mula-mula nak pergi Sea & Saw Cafe, sekali sampai non halal uolls...jadi ko saw ja la Cafe tu...huhu.

Dah nak dijadikan rezki untuk Aidil, maka bergerak la Pn Blog ke Aidil Cafe. Call no telefon yang tertera asyik di luar kawasan je. Adoyai..


Zeven Cafe
Jalan Abdullah Tahir, Johor Bahru
(Bersebelahan Banafe Village).





Sampai je, tempat parking memang susah lah. Biasa la kalau dah kawasan berdekatan dengan Banafe Village, memang parking amat mendukacitakan. Apa pun dah sampai so kita parking mana ja la yang boleh selit kan.

Mula tengok keadaan persekitaran Cafe, terdetik hati, eh macam ni ke, awat teruknya? Tak sama betol dengan dalam gambar yang digembar gemburkan di FB, Insta dan sebagainya. Haish...










Awalnya nak lepak kat bawah je tapi bila staf kata ada tempat kosong lagi di atas, so aku gerak la naik ke atas. Bab layanan dari staf, memang tip-top, peramah dan periang stafnya.

Waktu naik ke tingkat atas tu aku rasa dah macam ala2 Hipster Cafe. Tapi terlalu kecil. Ada ruang berhawa dingin dan CCTV lagi uolls kat tingkat atas tu. Kerusi di satu area tu memang comel dan unik. Diperbuat dari tong dram. Macam nak mintak satu je bawak balik. Hahahah tak kelakar okay..










Banyak jugak menu kat Cafe ni. Meh la kita belek dan cuba rasa apa yang patut. No meja cantik beb. I like...

Harap-harap makanan best la kan sebab masa aku naik tu ada grup Cina sedang makan dalam 3 ke 4 orang macam tu la. Sebelah tepi Cina tu ada spagheti bolognese yang baru disentuh bila tengok dari cara makanan tu tergaul.















Staf datang ambil order, dan macam biasa bila aku suruh bagitau semula apa yang aku order dia angguk kepala dan terus blah turun. Whatttt....? Pekak ke apa? Tapi aku chill..relax lagi. Tak pa abaikan lah.


Vanilla Cocoa
RM12.70





Bole tahan la rasanya cuma hairan kenapa tak panas ek? Tapi malas nak banyak songel so aku diam dan terus minum.



El Plato
RM13.70





Ni adalah pisang cheese pelbagai rasa yang kononnya hot kat sini. Apa pun bila dah makan tu memang kira ok la. Bole beli lagi la yang perasa strawberry tu.



Spagheti Bolognese
RM18.70








Yang ni la aku nak citer sket ni. Masa makanan sampai aku dah dapat hidu bau macam lain macam ja. Macam makanan yang rosak dan basi. Tapi tak pa la diam lagi. Bila dah rasa sekali tu mak dato punya la masin tak boleh nak telan.

Mula nak makan je la tak nak banyak songel tapi bila kawan aku cuba rasa pun dia kata masin yang amat so aku decide nak pulang semula order tu.

Masa aku bawak turun tu grup Cina tu tengok ja aku tau. Bila naik semula, diaorang tanya masin kah? Haaa...ok patut la korang tak makan jugak tadi eh.

Kalau nak fikir jahat lagi, eh entah-entah makanan korang tadi tak?

Tak lama lepas tu staf datang bagitau spagheti dah habis. Tadi tu hidangan yang last. Aku tukar plak Aglio Olio tapi tak da katanya. Dah habis. Aik, baru pukul 6 ptg dah habis semua makanan? Awat tak beli ja bahan kat Shopping Center berdekatan kan? Hmmm...

Akhirnya aku terpaksa la tukar Grilled Chicken. Nasib baik sempat snap gambar spagheti tu. Kui-kui...



Grilled Chicken
RM18.70








Yang ni plak ok la, sedap cumanya ayam tu terlalu kecil. Tolong la bermurah hati sket ya en owner bagi la ayam yang besar sket. Cam tak berbaloi rasa dengan bayaran. Tempat lain tu harga lebih murah tapi ayam besar la jugak. Ni dalam beberapa suap je sudah setel.

Harga yang perlu aku bayar. Red velvet tak sempat snap sebab dah suruh diaorang pack nak bawak balik. Berbaloi tak rasa? Walla....



Dan part yang paling hampeh sekali, aku order nugget tapi dapat fries. Lepas tu bila mintak tambah sos, lupa nak bagi padahal gasak la korang turun naik. Alahai staf, awat la banyak sangat problem ni. Ada masalah pendengaran ke apa?

Lepas tu aku dengar dari grup lain yang duduk sebelah kitaorang, semua benda yang diaorang nak order tak da. Dah habis. Aiyoo tak tau la nak cakap apa.

Dari segi tatarias Cafe pun aku rasa out. Senang citer SR8 Cafe lebih baik dan terurus. Aku tengok majoriti yang datang semalam rasa tak puas hati sebab bila keluar muka semua monyok.

Maaf la ya Aidil, anggap lah ni sebagai teguran membina untuk lebih mantapkan lagi susunatur dan pentadbiran perniagaan jika nak bertahan lama. Tak kan kekal hanya berpegang kekuatan pada nama saja. Selaku owner Cafe, mesti lah kena tengok semula harga setanding rasa dan rupa. Pastikan semua permintaan pelanggan dapat dipenuhi.

Macam biasa sebelum balik harus lah berposing sakan sekitar Cafe kan. Nasib baik mood aku hari ni okay kalau tak, tak tau la kan apa jadi kat staf-staf tu. Hahaha...






















Ini ja aku nak cakap kali ni. Pisang cheese terbaik setakat ni. Kipidap Aidil !!!.

Jumpa lagi korang di lain siaran. Babai...!


Eh camna nombor timbang ni makin naik ek? Dah gemuk ke? Huhuhu...



Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai