/**/

Pages

Subscribe Twitter

Gelak Tawa Hari Raya 2016 di Kuala Lumpur


Mana-mana pun sempoi ja jumpa...Luv uolls my sweet cousin !


Hai korang, sambung lagi citer Hari Raya. Kali ni aku ke Kuala Lumpur pulak. Selepas puas berbincang dan kebetulan hari Ahad Johor diberi cuti peristiwa, makanya famili aku dan famili kakak bersetuju untuk beraya kat rumah adik aku di USJ plak.

Sebelum bertolak tu dok la memikir mana nak letak anak-anak bulus aku nih. Risau la kan 4 hari kitaorang tak da kat Johor. Tanya semua pet shop semuanya mahal-mahal. Bukan sekor ja aku nak letak, 6 ekor tau. Korang kira la kalau dah sekor RM15 sehari, kalau dah 4 hari berapa plak nak kena bayar? Oh tidak...bukan pelokek tapi berjimat. Kui-kui...!

Akhirnya aku decide semua anak bulus tu masuk dalam kandang. Letak sekali makanan dan minuman siap-siap. Haaa...pandai-pandai la korang ya nak hidup. Mesti semua dah pandai berdikari kan macam selalu...!

Bertolak ke Kuala Lumpur lepas solat Jumaat. Sebelum tu sempat la jumpa mak saudara dan sepupu sepapat aku dulu. Korang nak tau, kitaorang jumpa kat mana?

Jeng...jeng...kat Kulai ja pun, berdekatan kubur arwah suami sepupu aku sebab dia nak melawat kubur dulu sebelum ke rumah saudara mara yang lain. Nasib baik jumpa sekejap kat situ, kalau tak ntah bila la nak jumpa. Maklum masing-masing kalau berjanji pagi jumpa tengahari, janji tengahari jumpa petang, semua berderet macam keretapi sebab tu la tak pernah tepat waktu. Bhahahaha...




Gigurl only...sama tinggi je smua...kuang2..!




Jalanraya tak berapa nak sesak la. Maybe semua dah mula nak balik dari arah bertentangan. Alhamdulilah cepat sampai ke Kuala Lumpur.

Sampai KL jam 8 malam. Mulanya nak singgah jumpa Pak Mydin. Dah masuk parking tak jadi sebab tengok macam tak banyak lagi kedai buka sempena cuti raya ni. So gerak la ke rumah adik aku. Kitaorang dihidangkan dengan steamboat untuk makan malam. Waa...sedap ni. Meh la kita cari dapur ni nanti bole buat kat rumah plak bila rasa nak makan. Ececeh...







Dah nak tido kakak aku sampai plak. Apa lagi gomol la cucu dia yang cinonet nih...




Plan awal nak merayap je kat KL, tak nak pergi beraya. Tapi kena paksa dengan kakak pergi ke majlis kahwin kawan anak dia. Dah la tak bawak baju kurung, nak sopan punya pasal pakai je baju adik aku. Nasib baik sesaiz walau pun aku comel sikit. Hehehe...

sebelum keluar adik aku buatkan Laksa Johor untuk sarapan pagi. Sedap u...tq tau. Sori susun atur tak cantik sebab tak terfikir nak tepek kat blog. Gitew....




Dah setel kat majlis kahwin di Bangsar, kitaorang gerak ke jalan TAR plak. Memilih baju dan tudung sampai berjam-jam kat situ. Hambek semua yang berkenan, penuh bakul menambun dengan baju, bila sampai cashier melopong tengok bil. Cam tak caya je jumlah banyak cmtu? Amboi, masa memilih tak hengat, bab nak bayar mula lah terkebil-kebil. Letak ambil letak ambil, sudahnya bayar la semua. Lari bajet habaq hang. Uwaaa...!










Kalau dah bershoping biasa la kan mesti sampai jejak malam. Yang bestnya lagi, sampai je rumah bole keluar lagi untuk jumpa Pak Mydin. Maklum Duta Mydin kan harus la singgah. Kih-kih. Bershoping lagi kat situ. Bahagianya rasa. Terapi minda tu. Setuju tak?

Esok sebelum balik Johor, kitaorang ramai-ramai singgah ke GM Klang plak. Nak ke IKEA tak sempat dah petang takut jem lambat plak sampai Johor nanti. Plan nak singgah sekejap je tup-tup tengok dah jam 4 petang. Walla...




Jalanraya tak berapa nak sesak la sebab ramai dah balik awal kot. Cumanya dari Macap la dah mula jem sebab semua guna lorong kecemasan. Kesian pada motor-motor terpaksa gunakan hon nak lalu lorong tu. Mana la Pak Polisi ni semua. Cakap bergegar kata nak saman la bagai tapi batang hidung pun tak nampak waktu diperlukan. Apa daaa....

Sampai Johor jam 10 malam dek kerana jem tu. Hantar anak aku ke Kolej dulu baru balik rumah. Buka je gate, bising semua anak bulus kat dalam kandang. Ngiau-ngiau, rindu dan lapar la tu kot. Alhamdulilah semua ada dan sihat. Len kali bole tinggal lagi la eh. Doakan tuan korang ni murah dan mewah rezki lagi biar dapat sediakan korang kandang yang lagi besar ya. Inshaallah.

Ok la ni ja citer raya kali ni. Tak berapa menarik cumanya rasa bahagia sebab dapat berkumpul adik beradik dan berjumpa sepupu tersayang. Tu yang penting. Alhamdulilah.

Sayang korang. Muah ciked...!


Tq tau sebab supply makanan secukupnya...kih3...







Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai