Sampai-sampai Putrajaya ja malam tu aku terus cari kedai makan. Perut udah keroncong buk !. Macam-macam irama lagu dah keluar. Mintak diisi segera ni buk. Huhuhu...
Pusing punya pusing jumpa lah Cafe ni. Meh la kita cuba makanan kat sini plak.
Umai Cafe Putrajaya
Jalan P8e2/10, Presint 2, 62100 Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia
Tel:+60 12-239 6118
Waktu operasi setiap hari: 9pg - 11mlm
Email : umaicafe@yahoo.com
umaicafe13@gmail.com
Restoran Umai Cafe ni terletak di Bangunan Anjung Alaf Baru Putrajaya, antara Masjid Sultan Mizan (Masjid Besi) dan Monumen Alaf Baru.
Umai Cafe ni ada 2 tingkat. Masa aku sampai tu hanya dibenarkan guna tingkat bawah sahaja sebab tingkat atas untuk yang dah booking awal. Biasanya untuk lebih dari 10 orang satu meja.
Aku sempat meninjau kawasan atas sekejap cumanya tak sempat nak snap gambar seluruh tempat. Sori ya. Ni pun mintak belas ikhsan dari Pak Google. Masa aku naik tu tak sebersih ni pun. Kui-kui...
Kat tingkat bawah ramai la plak dan meja semua besar-besar. Bersepah sekali susunan. Semaknya rasa. Pakkal la dah lapar, kalau tak aku dah cari tempat makan lain dah. Haish...
Pelbagai jenis masakan panas seperti masakan thai, masakan melayu , mee rebus Umai, laksa utara, bihun sup utara, nasi lemak, western ada kat sini.
Berjenis-jenis bubur, jemput pisang, cucur udang, lempeng kelapa dan lempeng pisang.
Aku oder laksa penang dan air cikong suam. Tapi di hantarnya air cikong sejuk. Adey, tak boleh terima ni terus aku mintak tukar yang aku oder. Kita bayar okay bukan free so tak salah kalau kita bertegas sikit.
Dek kerana terliur plak dengan gambar makanan dalam menu tu, nasi goreng umai special, so aku order la jugak sebab nak rasa sedap ke tidak. Tambahan pulak ramai yang order nasi goreng tu. Semakin la membuak rasa nak cuba. Ala-ala nasi goreng kicap je tapi boleh la untuk ditelan. Gambar aku dah tepek kat atas eh. Hehehe...
Setel makan, aku lepak jap kat situ sebab dok bersandar kekenyangan. Sambil lepak tu aku perhati la keliling cafe tu. Aku rasa owner patut jaga sikit lah keadaan cafe dia ni. Kena ubahsuai cantik dan lebih kemas serta teratur kedudukan. Ni tak, orang nak lalu lalang pun tak selesa sebab susun atur meja yang tak berapa nak kemas.
Kat dinding tu patut cat la baru atau letak sikit barang yang boleh jadi bahan tarikan. Menu pun tukar la yang baru sebab yang ada tu dah koyak rabak, tak nampak tulisan.
Cafe tu kan betol-betol di tengah-tengah kawasan Putrajaya dan mesti menjadi tumpuan warga yang datang termasuk pelancong asing. Jadinya kan lebih baik kalau owner ambil berat sikit bab kebersihan dan keadaan sekitar cafe tu. Ni tak, aku tengok dah macam cafe kat kampung-kampung ja.
Maaf la ya owner cafe. Aku menulis berdasarkan apa yang aku nampak dan rasa. Sila buangkan jauh-jauh sifat negatif dan sila terima teguran membina ni untuk kebaikan perniagaan anda untuk terus maju dan dikenali semua orang.
Ok la jangan buang masa, meh la kita berposing sekejap area cafe ni dan cepat-cepat la balik bilik. Dah ngantuk sangat ni. Esok datang lagi kat sini sebab nak naik belon dan cruise serta menikmati keindahan sekeliling Putrajaya ni.
Chow dulu korang. Jumpa kat entry lain plak. Babai...!!!