Kali ni aku nak citer sikit sebanyak berkenaan hotel kat Putajaya ni. Pada mulanya aku nak stay kat hotel yang gah sikit, Marriot dan yang lain-lain. Tapi aku lebih suka pada hotel yang baru dibina sebab mesti lagi bersih dan kemas keadaannya kan?
Kalau tengok dari luar memang la nampak macam kecik ja. Tapi bila masuk ke dalam mata korang mesti terpukau dengan keadaan sekitar hotel ni.
Dorsett Putrajaya
Lot 3 (Lot 3C5) Precinct 3
Wilayah Persekutuan, 62000 Bandar Putrajaya
Putrajaya, Malaysia
Tel :+60 3-8892 8388
Web: www.dorsetthotels.com
Deluxe Room - RM154.93 Per Night
Hotel ni berkonsep moden dan menampilkan pelbagai ciri unik. Terdapat 218 bilik yang disediakan dengan beberapa kategori.
Terletak berdekatan pejabat kerajaan Malaysia utama seperti Perbadanan Putrajaya, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kastam, Kementerian Kesihatan, Kementerian Keusahawanan, Mahkamah Persekutuan Malaysia dan banyak lagi.
Kiranya tengah-tengah lambakan bangunan kerajaan la, kalau nak pergi ke satu-satu bangunan tu korang boleh jalan kaki ja ya.
Masa check in tu aku mintak untuk menghadap ke arah tasik tapi dah kehabisan bilik. Aduhai ruginya rasa. Tu la siapa suruh jalan sana sini dulu baru check in, ha merasa la sekarang kan ruginya tak dapat tengok keindahan tasik Putrajaya.
Sebelah hotel ni ada disediakan pasaraya untuk senang korang berbelanja kalau perlukan barangan dengan tiba-tiba. Memang best sangat ni. Mudahnya nak bershopping makanan.
Pelbagai kemudahan lain antaranya gimnasium, spa, bilik persidangan, dewan dan kolam renang berkonsep infiniti. Aku tengah fikir ni perlu tak aku pergi berenang kat pool tu yang terletak di tingkat 9 iaitu tingkat teratas sekali.
Keluar ja dari lif menuju ke bilik, waa rasa sangat best. Jalan di karpet yang tebal, harum wangi sekitarnya dan nampak tenang serta selesa untuk beristirehat.
Bila masuk ja dalam bilik aku rasa sedikit hampa sebab bilik yang aku tempah sepatutnya lebih besar. Atau apakah mata aku tertipu dek gambar dalam website hotel tu? Ciss...
Mulanya nak call mintak tukar bilik lain tapi sebab dah kepenatan, mata pun dah nampak bantal je jadi terus lah ke bilik air untuk mandi bersihkan diri dan terus nak tidur.
Sementara nak hilangkan peluh tu aku snap la apa yang patut. Peralatan dan kemudahan memang klas ko jah, tip top tahap diva.
Bilik air hotel sekarang ni aku perasan la kebanyakkannya semua telus pandangan. Boleh nampak siapa ada kat dalam bilik air tu. Camna tu kalau ada aktiviti skodeng dijalankan? Redho ja la kan, nak wat camna.
Ada strika, peti simpanan, hair dryer, hose jamban, dan toiletries semua cukup. Paling best sekali dapat beg hotel. Suka sangat ni.
Nak buka pintu memang la berat sangat kayunya tu tapi bagus jugak la sebab kalis bunyi. Korang nak jerit ke nak memekak ke silakan. Buka TV kuat-kuat pun tak mengganggu jiran sebelah. Bab ni memang aku puji la hotel ni.
Lampu luar bilik dan replika burung pelbagai warna memang memukau mata yang memandang. Tabik spring la. Baru la betol hotel cantik di tengah-tengah Putrajaya dan masih mampu untuk stay brapa malam pun korang nak.
Tak jadi nak mandi di pool sebab kemalasan melanda dan malas nak tukar baju basahan. Cumanya aku berposing ja la sekitar pool tu. Cantik sangat pemandangan dari atas ni. Semua boleh nampak. Tak payah naik belon besar tu. Tapi aku memang plan pun akan naik belon dan cruise pada hari tu.
Ok la ni ja yang dapat aku kongsi untuk korang kali ni. Tunggu la entry lain pulak ya. Bye...!