/**/
Subscribe Twitter

Tema Kelabu Kalbu Hari Raya Aidilfitri 2016


Selamat Hari Raya dari Meed & Famili...


Dah seminggu kita bergembira meraikan kemenangan di Syawal yang mulia. Sikit sebanyak bole lah aku bercerita tentang sambutan di bulan mulia ini. Lama tak berpot pet di alam maya ni rasa dah kekok sikit dah. Huhuhu...

Tahun ni kami adik beradik beraya di negeri masing-masing. Kakak aku di rumah mertuanya di Perak dan adik aku di rumah mertuanya di Selangor. Aku ja la terkontang kanting kat Johor ni sebab dah takda mertua. Yang ada ipar duai, bapak dan mak sedara belah suami saja.

Kalau dulu, masak untuk makan pagi raya akan disediakan oleh arwah mak. Satu perangai yang aku perasan, arwah mak suka sediakan juadah malam-malam hari. Kekadang tu sampai 3 pagi baru dia tidur. Aku harap aku tak ikut la resmi macam tu.

Tapi tu la orang kata jangan suka mengata orang, nanti kena batang hidung sendiri. Tahun ni pulak, aku start masak malam raya terlalu lewat. Korang bayangkan 4 jenis lauk aku nak masak. Nak dekat jam 12 malam pun aku tak start masuk dapur lagi. Ntah apa aku belek agaknya pun aku tak tau. Kih-kih.




Panglima-panglima ada yang pasang lampu kelap kelip, pelita, cat bilik aku, pasang langsir dan pasang wall paper kat dinding dan cermin. Masing-masing ada tugas sendiri. Siapa siap cepat boleh la relax cepat.

Yang aku perasan aku dok sibuk isi kuih kat balang dulu, ketepikan kuih untuk aku bagi kakak dan adik aku nanti. Tup-tup aku tengok jam dah nak 12 malam. Tolong...satu apa pun tak buat lagi. Arghhh...

Dah macam citer Cinderela, jam 12 malam baru semuanya bermula. Cuak jugak beb jam berapa plak la nak siap ni. Apa lagi, sementara rebus ketupat nona tu, aku blend la semua benda yang perlu.

Aku memang suka masak sorang-sorang kat rumah. Tak suka ramai-ramai kat dapur sebab tak suka berkecah. Biasanya sambil masak sambil aku kemas. So siap masak dan siap kemas dapur. 2 in 1 katanyer. Hebat tak Meed Mickey...???


Pertama aku masak rendang daging.




Kedua aku masak kuah kacang.




Ketiga aku buat ayam masak merah.




Keempat aku masak lodeh.




Kali ni kesemua resepi aku adalah resepi dari adik dan adik ipar aku yang diaorang masak kat rumah aku tahun lepas. Memang tiap-tiap tahun aku akan masak tukar-tukar resepi. Tapi lepas ni aku nak cipta resepi sendiri biar jadi ikutan orang lain plak. Ngeh-ngeh.

Jam 2 pagi semuanya siap. Waa lega rasa...bole masuk tido. Yahoo...2 jam ja semua benda beres. Hebat la sangat ni kononnya. Hehehe...




Esok pagi lepas sembahyang raya, macam biasa sesi bersalaman bermaafan dan berposing pagi raya.






Macam biasa sesi mengepow ayahanda dijalankan terlebih dahulu. Memang dapat ongkos banyak la dengan ayah diaorang ni. Sukaaaa....













Disambung pulak sesi mengepow bonda plak. Cam biasa ongkos dari dulu zaman kecik sampai dah besar ni sama ja ya aku bagi. Tak lebih tak kurang. Statik gitew katanyer. Kui-kui.










Kemudian ziarah kubur arwah mak dan bak aku serta mak mertua aku.








Lepas tu berkunjung ke rumah bapak dan mak sedara serta kakak suami. Kalau aku tak tepek gambar tu maknanya gambar blur, tak clear, sebab tu la kekadang rasa stress kalau mintak orang lain snap kan.






Tak lupa singgah rumah bapak sedara aku dan sepupu aku jugak.






Sempat berposing kat luar rumah sepupu sebab ada hutan rimba yang kalau dalam gambar nanti sure nampak cantik. Eh, bukan foto aku ke yang nampak cun tu? Ngeh-ngeh...










Hari kedua pulak aku stay kat rumah sebab ada beberapa tetamu yang bagitau nak datang. Siap kan apa yang patut untuk sambut mereka. Tunggu punya tunggu masing-masing yang kata nak datang awal, tak dapat datang sebab ada orang ziarah rumah mereka plak.

Dah petang baru la diaorang datang rumah aku. Sampai la ke malam tetamu datang. Aku masakkan nasi dan lauk lain ja sebab lauk hari pertama masih ada lagi. Walau pun rasa penat tapi suka bila tengok tetamu makan dengan selera apa yang dihidang.

Tak dapat aku nak tepek gambar kat sini semua tetamu yang datang hari kedua tu sebab semua yang anak aku snap tak clear. Tensen jugak sebab HP aku ni selalu buat hal akhir-akhir ni. Nak mintak tukar la tu. Uwaaaa....!




Owh terlupa plak nak citer aku dapat hamper raya dari pihak HQ Oceanlife. Tq ya CEO PN Amiza yang cute dan COO En Zafry Idzwan yang handsome. Lepas raya baru buka hamper ni. Tocey-tocey...







Ok ni ja celoteh untuk kali ni. Esok nak beraya di Kuala Lumpur plak. Nantikan cerita seterusnya. Bye...!!!


Masa raya ni la meriah dapat angpow raya...


















Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak