/**/
Subscribe Twitter

Gunung & Kawah Bromo, Pasir Berbisik & Bukit Teletubies, Surabaya



Teruja menanti munculnya mentari pagi & gunung Bromo...

Jam 3 pg aku naik jeep menuju ke gunung penanjakan utk melihat matahari terbit. Waa teruja, bole tu sedar padahal baru berapa jam je sampai dan terlena, hehee...!




Sejuk jangan cakap la, macam kat negara omputih dulu. Nasib baik aku pakai long john, kalau tak, ada gigil-gigil, hahaha..! kalau korang nak tengok matahari terbit, lebih baik tengok dari gunung penanjakan 1 sebab view kat situ lagi cantik dan jalan elok sikit. Rasa teruja la sebab 1st time naik gunung semata2 nak tengok sang mentari timbul....gitew...!.




Dah ramai dah orang kat atas nun. Ada yang minum kopi dulu nak panaskan badan. Aku ok2 je cumanya rimas dengan orang-orang asing yang folo jual macam-macam nih, yeyek...!. Tapi nak tak nak termakan jugak pujukan depa nih. So sewa la baju sejuk sebab katanya di atas nun sejuk bangat buk, sewa RP20,000.00 (RM6). Bole la...



Gunung Penanjakan



Kekdahnya masa nak mendaki tu aduh semput jugak dong, tu la tak pernah bersenam tetiba ader hati nak mendaki, hambik ko, berenti-berenti kejap-kejap tercungap-cungap...huhu. Tapi nak cepat sebab nak pilih spot view yg cantek, hmm...poyo jew !.

Bila kat atas tuh tak da la sejuk mana pun. Mungkin aku dah pakai long john kot. So korang, sapa-sapa yang dah pakai long john tu jangan bazir ongkos sewa baju sejuk, rugi dong. Even RM6 pun, bole buat beli souvenir kat atas tuh.




Jam 4 pg, mentari dah nak muncul dah. Wah teruja you, berebut2 semua nak ke depan. Meh sini aku tunjuk gambar, haaa...lawa kan...? Tapi mamat sekor ni wat spoil gambar, bole ko duduk tengah-tengah orang, ko ingat ko sorang nak tengok?. Memang kurang sivik la. Pakkal je ni tempat ko, kalau tak, dah lama aku hentak ko, .kah2...garang tak akak kawasan ni...?













Huh masa tengah sibok tengok mentari tu,masa tu la aku ditarik oleh jurugambar ntah dari mana datang. Tunjuk port yang lawa katanya nak berfoto, hmm...buang masa kat situ berapa lama. Port nya tak da la lawa mana pun, tapi layan ja la kan.

Lepas tu aku naik semula ke atas gunung untuk tengok sekali lagi pemandangan dan subhanaallah cantik sangat-sangat ciptaan tuhan...!!!.













Selesai berposing sakan kat situ aku terus turun nak ambil foto yang dah diambil oleh mamat poyo indon yg mengekor tak habis-habis. 1 foto RP30,000.00 (RM9), aku nak sekeping je di suruhnya ambil 2 kpg, berbagi rejeki katanya, uwek.

Foto kalau lawa tak pa, ni ntah apa, tapi bagi jugak la. Kalau korang nak beli souvenir baik beli kat atas ni, lebih murah dan tak akan ada di jual di bawah gunung.













Lepas tu supir ajak turun ke bawah gunung pulak, yang termasuk dalam package, melawat Kawah Bromo. Tapi sebelum tu tuan punya blog haruslah snap gambar banyak-banyak...bukan senang wei nak sampai sini, kui2...!.













Jalan menuju ke bawah teramatlah curamnya. Adeh, takut aku dibuatnya. Subuh hari tadi tak perasan sebab gelap. Laju plak di bawaknya, gerun jap tak berani tengok gaung kiri kanan. Sampai je kat bawah, terus gerak plak nak menuju ke Kawah Bromo yang berkepul-kepul asap ke, sulfur ke, arghh tak tau la.




Yang pastinya nak naik keatas tu kena mendaki 250 anak tangga, huhu. Mampukah aku naik ?. Baru dengar dah semput. Kalau daki apa la jadi agaknya. Tak apa fikir pujuk hati bukan senang nak datang sini. Jadinya aku harus lah gagahkan kaki naik ke puncak...hoho...


Kawah Bromo



Nak berjalan ke sana dah la 1 hal jauh, tapi diberi pilihan samada berjalan atau naik kuda. Aku pilih naik kuda la, bayaran sekitar RP150,000.00. Nampak tak korang dalam gambar bawah ni, tempat jauh dan kumpulan kuda-kuda bawak pelanggan. Nasib baik aku pilih naik kuda, kalau tak jenuh lah nak menapak.




Sampai je moh la kita ke atas. Mulakan pendakian, tanah yang bersepah2 kat tangga agak menyukarkan langkah la, adey, berhenti ntah brapa kali. Tapi nak gagahkan jugak sampai sebab tengok orang lebih tua pun bole sampai ke atas tu.







Aku berehat sekejap ambil nafas pastu daki semula. Dalam 3 kali berhenti untuk 250 mata anak tangga. Nak rasa megah ke tak ek? Huhu....




Sampai je ke puncak, wah rasa bangga yang amat, poyo je kan..? Tapi hakikatnya kegayatan ku semakin hampir, macam ada yang tarik-tarik je kaki nih. Ayoyo, semua orang kat situ aku pegang untuk gerak dari 1 tempat ke 1 tempat untuk berposing. Bau sulpur kuat la jugak tapi tak sekuat di tangkuban perahu.










Selepas dh puas snap gambar sana sini, moh la kita turun semula. Haa bab turun ni aku ok jer. Tak gayat pun. lalalalala













Sampai di jeep supir tanya mau pergi ke Pasir Berbisik dan Bukit Teletubis tak? Bayaran Rp200,000.00. Hmmm...fikir punya fikir pergi ja la kan. Bukan selalu dapat jejalan camni. Tapi korang nak tau, katanya Pasir Berbisik, pssst...pssstt...tapi tak dengar apa pun. Poyo betol, drama ja lebih....

Alasan tak dengar pasir tu berbunyi sebab masa tu angin tak kuat. Aku pun sempat la tulis nama aku atas pasir yang berombak halus tu. Pastu pergi plak Bukit Teletubies. Tak nampak pun macam teletubiesnya. Tapi tak apa kita snap je foto di sini. Posing ala-ala macam pre-wed je gitu sumer orang kat situ, perasan lebih hehe...


Pasir Berbisik






Nampak tak tulisan nama aku kat pasir tu?. Lama jugak la melekat nama tu sebab tak da angin. kalau tak mesti pasir halus tu semua dah masuk ke mata. Apa pun kenangan betol la kat sini. Kenangan apa? Biarlah rahsia tu aku simpan sorang. Bagi suspen sket kui2...




Sempat lagi aku jengah ke Bukit Teletubies. Macam mana la bole kata teletubies, tak da rupa langsung pun. Apa pun memang cantik la pemandangan kat sini. Menghijau dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Kalau shooting filem hindustan bagus ni bole lari sana lari sini gelek sana gelek sini. Hehehe...


Bukit Teletubies









Dah setel kat situ aku gerak balik ke hotel untuk breakfast. Yang terkejutnya, tak sampai berapa minit jer dah sampai kat hotel. Rupanya dekat la sangat, bole jalan kaki jer, hampeh btol. Terbang RP200.000.00. Apo nak dikato...










Lepas bersihkan diri aku check out untuk ke Taman Safari Indon (zoo katanya). Meh la kita kesana plak...



Lagi cerita jalan-jalan di Surabaya :

Melancong Ke Surabaya
Gunung & Kawah Bromo, Pasir Berbisik & Bukit Teletubies
Taman Safari, Batu Night Spectangular
Petik Epal, Jatim Park 2, Muzeum Satwa
Monumen Kapal Selam, Jembatan Merah, House Of Sampoerna
Review Hotel : Bromo Permai 1 Hotel, De'daunan Hotel, Garden Palace Hotel




Di dera mendaki gunung...haish penatnya..!

Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak