/**/

Pages

Subscribe Twitter

Khusyuknya Guna Massage Pillow


Terbukti berkesan...


Citer ni dah lama tapi aku sengaja up lambat sket sebab nak tunggu keberkesanan produk. Gitew...

Kali ni nak share 1 lagi benda yang berguna. Tapi kali ni tak beli di Go Shop tau. Aku terjebak di pameran yang lepas di Persada Johor.






Pelbagai barang dan jenama ada kalau kat pameran macam ni. Sedia kan duit ja la kan. Terbontang beso mata tengok semua yang ada. Rasa nak angkut semua benda. Aku berkenan dengan barang-barang yang aku tepek kat sini.










Ronda punya ronda mata tertangkap la satu produk yang memang aku berkenan. Apa lagi, massage pillow la. Jadinya cuba la duduk sekejap nak merasa best ke tidak. Hmm..macam berkenan, bestnya kena urut, lagi-lagi kat bahu. Memang terbaik la. Harga pun murah.




Tetiba salesman datang. Aduh apa lagi aku kena goreng la dengan mamat ni. Tapi memang betol pun apa yang dia sampaikan. Alat tu mudah, selamat dan berkesan. Tak tau la kenapa senang sangat terjebak beli padahal kat rumah tu ada benda lain lagi yang masih boleh guna. Huhu...




Tapi serius wei tak menyesal beli benda ni sebab tersangat la bagus dan comfortable. Ecewah terus terkeluar cakap omputeh...kui-kui.


Massage Pillow

RM300





Bestnya guna massage pillow ni, bole bawak je ke mana korang nak. Bole guna urut kat mana-mana. Contoh kalau korang nak relax menonton TV kat ruang tamu, korang amek ja massage pillow ni dan apa lagi bersandar la ya sampai terlena.

Macam aku, memang ke mana ja aku nak relax aku akan bawa. Kat ruang tamu sambil tengok TV sambil berurut. Kat dapur sambil tengok TV sambil berurut. Kat dalam bilik sambil tengok TV sambil berurut.

Kadang-kadang aku letak kat pinggang (berat sikit la nak pegang), kat lutut dan betis. Bole juga guna di kaki tapi aku tak letak kat kaki sebab aku dah ada mesin pengurut kaki yang lain.

Selalunya aku guna bila relax kat dapur sebab sekali harung kat situ, urut bahu, urut kaki, tengok TV. Walla...rasa dunia aku yang punya...!




Kalau travel plak aku akan bawak letak dalam kereta. Bila lenguh je, apa lagi cucuk je kat plug yang disediakan dalam kereta tu lepas tu pakai la kat mana je yang aku rasa nak guna. Biasa letak kat bahu la. Tak payah pegang sebab dah ada tali untuk diikat di seat kereta.

Kiranya tak rasa rugi la beli benda ni sebab macam-macam bole guna tak kira kat mana je.

Apa lagi korang, pergi la pakat-pakat beli ramai-ramai. Kalau tak tau nak beli kat mana, bole komen kat bawah ni, nanti aku bagitau kat mana korang bole dapat benda ni dengan harga yang murah.

Ok hari ni nak bebel ringkas je. Len kali bebel lama-lama eh. See u soon. Daa....


Sedapnya dapat urut hari2 mcm nih..








































Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai