/**/

Pages

Subscribe Twitter

Monumen Kapal Selam, Jembatan Merah, House Of Sampoerna, Surabaya


Ada gaya kapten kapal selam tak? Hehe


Tepat jam 8 pg selepas sarapan di hotel aku menaiki kenderaan yang disewa RP250,000 dari pihak hotel. Plan awal nak ke Jembatan Merah dulu tapi bertukar pergi ke Monumen Kapal Selam.

Monumen Kapal Selam
Jl. Pemuda No.39, Embong Kaliasin, Genteng, Kota SBY
Jawa Timur 60271, Indonesia

Tel :+62 31 5490410

Waktu Operasi : 8 pg - 9 mlm








Sampai ke Monumen Kapal Selam ni memang sesuatu yang tak diduga la. Panjang dan sempit tengok dari luar tapi dalamnya besar bole memuatkan beratus orang kalau perlu. Pintu masuk arah lain dan pintu keluar arah yang berlainan pulak.










Macam-macam ada kat dalam kapal selam ni. Tempat tidur kapten dan pekerja. Kompas yang berserabut dan semua peralatan yang perlu la ada kat sini.







Best jugak tau kat dalam ni sebab bole buat macam kapal sendiri. Pegang segala benda, stering kapal dan lain-lain lagi.







Yang paling aku gelak sekali adalah perkataan Torpedo Buritan. Apakah maksudnya itu? Huhu..







Apa pun rasa puas la dapat naik dan tengok sendiri kelengkapan berperang yang ada dalam kapal selam tersebut. Selepas puas meneliti dan membaca apa yang tertera sebagai menambahkan ilmu pengetahuan aku pun bertolak ke Jembatan Merah pulak.



Jembatan Merah
Jl. Kembang Jepun No.192, Nyamplungan
Pabean Cantian, Kota SBY
Jawa Timur 60161, Indonesia





Supir bagitau Jembatan Merah jadi monumen bersejarah di bandar Surabaya lepas terjadinya pertempuran pada 10 november 1945. Pertempuran apa tu aku tak ingat. Korang tanya lah pakcik google eh. Hehe...

Tak menarik langsung pun sekeliling Jembatan Merah ni. Sesak dan kotor. Aku berhenti kejap ja pun semata-mata nak snap gambar buat kenangan. Jangan orang kata tak sampai. Kui-kui..

Dah setel snap gambar semua aku pun bertolak ke Muzeum Rokok @ House Of Sampoerna. Mesti baju melekat bau tembakau bila keluar kilang nanti kan?.







House Of Sampoerna
Taman Sampoerna No.6, Jawa Timur 60163
Indonesia

Tel : +62 31 3539000

Waktu Operaasi : 9pg - 10mlm





Masuk dalam muzeum rokok ni percuma ya. Supir bagitau bangunan tu adalah kilang asal pembuatan rokok. Paling win sekali kat sini adalah rokok gudang garam. Teringat arwah bak aku hisap rokok cap gudang garam ni. Memang semerbak bau. Wangi jugak. Huhu...




Bila masuk ke dalam bangunan tu memang semerbak bau cengkih, tembakau dan herba lainnya. Manyak syok maaa itu bau. Patut la penghisap rokok tegar begitu asyik bila dapat menyedut putung rokok tu. Huhu...







Macam-macam bentuk mancis dari pelbagai bentuk dan sticker yang berlainan.




Cuma nya dalam bangunan ni di tingkat penghawa dingin tidak disediakan. Panas mak ai tak terkata. Tapi redah jugak la sebab nak tengok kilang memproses rokok. Ada jual tshirt, souvenir dan macam-macam lagi.







Sempat jugak aku snap gambar owner kilang, pakaian lama diaorang dan segala sejarah kilang ni.



















Sempat lagi ronda Shopping Complex dan makan sekejap kat situ. Meriah wei makan kat sini sebab pelik, jagonya ayam..huhu.













Aku pun bergerak balik untuk mencari kedai souvenir tapi hampa sebab tak banyak barang yang boleh didapati kat Surabaya ni untuk dijadikan cenderamata. Maka itu marilah kita berangkat ke airport untuk penerbangan pulang ke Malaysia.




Kat airport terjadi sesuatu yang tak disangka, nak tau apa? Jeng-jeng...aku terlupa nak sediakan duit tax sebanyak RP150,000, aduhai. Nasib baik staf kat situ terima duit RM. kalau tidak, tak balik la jawabnya aku, huhu...

Jadi korang ingat yer, sampai je mesti asingkan siap-siap duit tax, takut terbelanja. Kat balai berlepas pun beg nak di cek lagi, apa daa, pasrah ja la...




Perjalanan dari Surabaya ke LCCT mengambil masa selama 2 jam. Apa lagi nak hilangkan nervous atas tu aku oder makan la. Kuang-kuang...



Akhirnya aku selamat sampai ke Malaysia tanah air tercinta. Syukur alhamdulilah, amin!!!




Dalam banyak-banyak tempat yang dah aku pergi di Surabaya ni la yang banyak tinggalkan kesan dan pengalaman yang tidak terduga. Dari perjalanan pergi sampai lah ke perjalanan balik semua ada masalah. Tapi kenangan terindah terpahat kat sini. Muah ciked untuk Surabaya !.



Lagi cerita jalan-jalan di Surabaya :

Melancong Ke Surabaya
Gunung & Kawah Bromo, Pasir Berbisik & Bukit Teletubies
Taman Safari, Batu Night Spectangular
Petik Epal, Jatim Park 2, Muzeum Satwa
Monumen Kapal Selam, Jembatan Merah, House Of Sampoerna
Review Hotel : Bromo Permai 1 Hotel, De'daunan Hotel, Garden Palace Hotel




Mana la pergi kapal selam aku nih...haish !

Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai