Dah selalu pergi melancong, tapi ke Surabaya ni baru la terhegeh-hegeh nak update. Teringin la plak nak gatal-gatal mencoret sepatah dua kata untuk panduan orang lain dan tentunya kenangan istimewa untuk diri sendiri.
Jom jangan banyak songeh lagi, meh folo aku mulakan pengembaraan aku bercuti di Surabaya.
Gerak dari JB dengan kereta jam 8 mlm. Sampai LCCT jam 1 pg. Lepak kat kereta melelapkan diri sampai jam 5 pg. Lepas bersihkan diri dan solat subuh, drive kereta ke tempat parking. Mak ai...dah berderet orang ramai parking dan kerana tak da parking yang dekat terpaksa la aku parking jauh dalam 30 minit berjalan la nak ke airport semula.
Flight aku jam 9.30 pg so masih ada waktu lagi untuk aku bermalas-malasan, tukar duit RM ke PR (Malaysia ke Indon). Baru nk call celcom aktif roaming, aktif bank apa yang patut. Semua buat dalam satu masa. Terer kan? Hahaha...masa yang sikit tu la nak wat semua benda.
Lepas tu rasa menyesal sebab tukar duit di airport teramatlah ruginya, rugi dalam RM50 camtu. So korang kalau nak tukar duit, tukar la siap-siap kat tempat korang duduk eh. Termonong kojap den, huhu....apa-apa dah tak bole nak tolong dah, so aku pergi makan la kat marybrown....
Tiba la saat yang di tunggu untuk terbang..ngeh2...sila beratur yer...Tapi nak di jadikan cerita, sampai je giliran aku, bila cek passport tarikh expired tak sampai 2 bulan, so aku tak dibenarkan naik flight...haaa...? Apa dah jadi ni? Adoyai member tak nak tolong aku check in...Jadi kekawan sila lah cek passport masing-masing sebelum nak kesana sini yer, kecuali ke Singapore. Expired semestinya sebelum 6 bulan mesti renew okay, pengajaran betol, adeh...!
MISTERI Tasik Danau Toba, Medan TERBONGKAR !! |
Imigresen nasihatkan aku untuk renew dulu baru bole terbang semula. Haa...mana nak cari? Tak kan la nak balik JB kot? Kah2, bole pikir sejauh tu? LOL...Aku disarankan ke Putrajaya utk renew. Wei Putrajaya pun aku tak pernah sampai wei, camna ni? Tapi tak pa, kita ada waze, canggih, so apa lagi sila lah gunakan yer. Setakat ni waze ni memang tak pernah mengecewakan la. Ok bergerak la kita ke Putrajaya, kuang2....
Perjalanan ke Putrajaya dari LCCT tu makan masa dalam setengah jam la kalau tak sesat. Wow besau kawasan nya wei. Haaa rupanya ni lah hikmahnya. Kalau tak kerana terpaksa kena pergi renew ntah sampai bila la aku akan sampai ke Putrajaya nih. Hmmm menarik jugak la tempatnya walau pun tak seindah mana, hehehe...
Bila sampai je tercari-cari la mana Pej Imigresen nih. Adeh susahnya nak cari. Hooo patut laa, cuba korang tengok tulisan tunjuk Pej Imigresen tu camna? Kena pusing kepala tuh nak baca. Patut tak jumpa. kah2...Ni aku nak kena jumpa Najib ni suruh dia tukar menteri yg berkenaan dengan tempat nih, gitew...
Bila sampai plak banyak la orang-orang asing maksud aku bukan Alien tapi Nepal dan yang sewaktu dengannya. Bau jangan citer la, mak ai, harum, pui...Bila tanya dengan petugas mana tempat renew passport dia kata bukan kat situ, kena pergi tempat lain dalam 15 minit perjalanan...APA...? Adoyai flight pagi dah terlepas, tinggal flight petang dan malam, berkira2 nak pergi jugak ke or nak balik JB semula. Fikir2 baik teruskan lah sebab semua dah bayar, haru sungguh...!
Sesat la jugak aku nak cari blok yang di bagi. Hmm...Panas hati pun ado, sabo je la !. Sampai je tengok ramai orang beratur. Nombor jangan cakap la, terdetik lagi hati nak teruskan ke idok ni ek? Haaa...orang Johor mesti ada perkataan ek. Kalau tak, tak sah dan bukan orang Johor namanya, setuju tak kekawan?
Bila ambil nombor, petugas kata kalau nak cepat buat di kios belah huuuujung nun. Ikut nombor lama plak, waa...masa ni dah berbunga sket la hati sebab rasa cepat bole ambil flight tghr plak...Tapi tak seindah yang dibayangkan. Sampai je kiosk beratur mak ai panjang tuh. Kiosk apa nama ni?.
Lepas tu jem dan rosak memanjang, hampeh btol, nak tak nak kena tunggu la. Kalau macam ni baik buat ja kiosk ni kat LCCT. So sapa2 yang ada problem macam aku ni bole terus buat tak payah pergi jauh2. Kalau ada kenderaan tak pa, kalau yang tak da, lu fikir la sendiri...kuang2...
Ok berbalik pada kiosk, 1 jam jugak la aku stuck kat situ. Perut pun dah lapo. Bila giliran sampai petugas tolong buatkan. Aku pilih buat 1 tahun ja la. Kos RM100. Kalau 5 tahun kos RM300, tapi untung yang 5 tahun sebab tak rugi jangkamasa 6 bln itew. Hati dah lega ingat dah siap rupanya ada problem lagi, dia mintak plak sekeping gambar dan salinan IC. Haish apakah, grrrr....tensi aku dibuatnya.
Dah la mesin kat situ rosak so kena pergi kedai kat luar fotostat IC, 60 sen sekeping. Ambil gambar plak kena RM10 untuk 4 kpg yer. Tapi tak pa la, at least ada jugak gambar baru aku. Ingt dah setel, tapi hmmm...kena plak tunggu kat kaunter lepas jam 2 baru ambik. Apa ko ingat aku ni tak da kojer lain ke nak nunggu sampai berjam2 kat situ? Haa...masa ni la aku gunakan kepakaran aku mengayat. Harap-harap menjadi la..heheh...
Alhamdulilah berkat ayat power aku, akhirnya dapat la aku selesaikan dalam masa tak sampai 3 jam. Ok marilah kita gerak ke LCCT semula...
Sampai je terus booking flight ptg. At least sampai sana petang jgak la kan sebab penerbangan makan masa hanya 2 jam setengah jew. Apa lagi bila booking tiket baru aku dikenakan bayaran tambahan RM240 seorang yer. Haaa, tak pa la, nasib badan, nak murah sangat tambang kan?. Haaa tu dia, amek kau, hoho...
Apa pun alhamdulilah dapat pergi jugak, syukran.!. Flight aku jam 3.45 ptg, dapat duduk kat belakang bahagian sayap, adoyai, bergoyang-goyang la badan aku ni. Dah la aku ni penakut sebenarnya naik flight nih. Bila terbang atau mendarat aku tak takut tapi bila kat atas tu yang aku takut, macam-macam fikir.
Dalam flight sure aku diam jew. Fikir la bila nak sampai. Kalau 6 jam kat atas tu (masa aku pergi Europe), 6 jam la aku diam, tak boleh tido, kalau goyang sikit mula la gabra, ahhahaaa, kesian kan aku nih, jakun tahap gaban, uwek....!
Jam 5 ptg (waktu sana awal sejam dari Malaysia) aku sampai kat airport Juanda Surabaya. Kecil je airport nya. Tak secantik airport Bandung. Nak bergambar pun tak cantik. Dah gelap pun. Lepas check out supir ku Pak Mada namanya dah setia menunggu. Aku bayangkan orang nya tua rupanya ganteng, muda...
Masa pergi medan pun supirnya muda. Tapi ya la dah bahasanya Pak, ikutkn ja la. Bayaran untuk supir dan hotel semuanya RM1515.00 untuk 3 hari 2 malam. Aku dibawa naik kereta Avanza terus ke Bromo yang memakan masa selama 3 jam perjalanan. Cuaca sejuk, dah gelap so tak dapat tengok pemandangan sangat. Apa lagi, gasak tido la dalam kereta.
Sedar-sedar rasa sejuk, rupanya sedang melalui cerunan ke hotel yang di tempah di Hotel Bromo yang terletak di puncak. Suasana gelap, risau jugak takut diapa-apakan supir ni tapi alhamdulilah mereka semua baik2 saja.
Jam 11 mlm sampai hotel. Bukan hotel la sebenarnya kalau kat sini, macam ala2 chalet la. Masuk je, adoyai sejuk gila. Nak pijak simen pun tak mampu dowh !. Nak mandi jauh sekali tapi biasa la aku, kalau tak mandi tak boleh nak tido. Supir pesan esok jam 3 pg supir lain akan ambil di hotel pergi ke puncak gunung naik jeep. Haaa...bole ke aku bangun nih?. Air panas tak disediakan, pastu...pastu....pastu...korang fikir la sendri, huhu...!
Ok sambung lain entry plak ya. Daaa...