/**/

Pages

Subscribe Twitter

Petik Epal Di Malang Dan Jatim Park, Muzeum Satwa, Surabaya



Jom petik epal bebanyak...


Segarnya rasa dinihari kat Surabaya ni. Aku rekomen korang stay kat De'daunan ni sebab layanan amat bagus. Pagi-pagi lagi dah ketuk bilik bagitau sarapan dah siap. Nyum2...makan dulu...!.




Dah kenyang, ronda dan posing dulu sekitar hotel baru lah bergerak ke destinasi seterusnya.



Jom kita pergi petik epal. Tak sabar rasanya nak tengok rupa epal Indon ni macam mana, ngeh2...



Wisata Desa Agro BumiAji
Jl. Kastubi, Bumiaji, Kec. Batu, Kota Batu
Jawa Timur 65331, Indonesia

Tel: +62 822-4499-1138





Lebih kurang 3 jam perjalanan aku sampai ke tempat petik epal. Tapi tak nampak macam kawasan yang biasa aku tengok kat blok orang lain, kawasan bertanah rata. Yang ni macam bertingkat-tingkat. Tapi ya la, layan jer la kan.










Tetamu dibenarkan makan seberapa banyak pun epal kat situ tanpa bayaran dan sampai kenyang, termuntah hijau segala. Tapi kalau nak petik bawak balik RP20,000.00 ya (RM6) camtu la.





Aku apa lagi, petik makan...petik makan...tak perlu basuh katanya sebab organik, cuma perlu lap je. Tapi biasa la aku kan, pentingkan kebersihan so aku minta pisau untuk potong itu epal. Huhu...

Epal kecik-kecik pun dah bole makan tapi tak sesedap epal omputih la. Masa tulis ni pun terliur aku teringat masam epal tu. Kuang-kuang...







Epal warna hijau rasanya tak masam tak pahit. Biasa-biasa je macam rasa epal merah omputih tu. Cumanya kering tak berair dan keras plak tu, aku tak suka.

Yang merah plak berair sket dan rasa masam-masam macam epal hijau omputih. Yang ni aku suka sikit.




Haaa...yang ni aku bantai makan banyak, sodap ko kata nyah...




Memula fikir nak beli bawak balik Malaysia tapi fikir balik tak payah la kan, wat berat beg je, dah la tak ambil luggage, tak pasal-pasal kang bayo denda, sapa nak tanggung? Aku jugak, ngeh2...!




Batu Secret Zoo
Jalan Oro-Oro Ombo No.9, Temas, Kecamatan Batu, Kec. Batu
Jawa Timur 65315, Indonesia

Tel: +62 822-4499-1138

Waktu Operasi: 10 pg - 5 ptg





Habis kt situ aku gerak ke JATIM Park 2 (ada Zoo dan Muzeum Satwa). Satwa tu binatang la kot, ahh...bedal la..!. Kat situ ada bayaran tapi aku lupa berapa...sori yer. Korang akan diberi tiket yang perlu dilekat di tangan ya.

Yang pasti tak bole bawa makanan dari luar tapi ada aku kisah?. Aku bawa je roti dan air buat alas perut dalam zoo tu.




Terdapat banyak bahagian dalam ni. Memang tak cukup kalau nak ronda 1 hari kat sini kecuali korang singgah sekejap je kat satu-satu tempat tu. Sila pakai kasut tumit rendah ya kalau tak nak merasa sakit di kaki tu nanti.


Baby Zoo










Kat sini terdapat banyak binatang-binatang dan bole bergambar dengan ular, harimau, orang utan, burung, tapi sedia ongkosnya ya buk...RP50,000.00.

Aku ni memang fobia dengan ular dan yang seangkatan dengannya, jadi tempat-tempat yang ada kebarangkalian ada binatang lembik-lembik ala ular tu aku abaikan ja la . Tak da nya teman nak pergi jengah walau pun sekejap, hoho...


Aquarium
















Sini pulak ada macam-macam jenis ikan atau binatang air yang memang korang tak akan jumpa kat Malaysia. Aku memang tak snap gambar ikan atau belut yang lain macam tu sebab nak dekat pun takut dan geli.


Savannah Animal










Kat sini korang akan ikut haluan yang diarahkan melalui anak panah. Tapi macam biasa aku selalu melawan arus. Ikut suka hati aku je nak pergi mana dulu.

Yang paling best sepanjang jalan kat sini, korang akan diberi soalan dan jawapan macam dalam salah satu gambar yang aku tepek kat atas tu. Ops sila bawa payung ya sebab kawasan sekitar memang terdedah dengan cahaya matahari.


Fantasy Land










Kat sini korang boleh main muzik sendiri, bergambar dengan patung buatan sendiri dan suka-suka korang nak masuk rumah permainan yang disediakan. Biasa yang ada anak kecik la yang masuk area ni. Aku just jengah kejap untuk berfoto je.



Happy Land







Korang akan dihidangkan dengan pelbagai tarian menarik dari pelbagai maskot. Seronok wei tengok diaorang joget. Kat sini jugak ada roller coster yang boleh tahan tinggi dan berpusing-pusing. Mula takut aku nak naik tapi sahut cabaran MEED BOLE so gagahkan diri naik. Wow memang best rasa tak nak turun. Huhu...


Angry Birds Space







Ni tempat budak-budak ya. Tapi ada aku kisah, ramai ja yang naik kereta langgar ni walau pun diaorang dah tua. Apa lagi jangan lepaskan peluang yang ada. Jom terjah. Sengaja langgar orang sebab suka tengok diaorang terpelanting. Haha...


Rumah Hantu dan Rumah Robot







Rumah hantu tak masuk sebab takut la apa lagi. Rumah Robot tu pun tak masuk sebab malas nak sakitkan badan kena tembak bagai. Gambar kenangan je la kat depan eh. Huhu...


Camel Ride







First time gak kat sini aku naik unta. Mak ai, lembap dan busuk, kuang-kuang. RP20,000 ja kalau tak silap aku bayarannya. Memang lembap giler unta ni bergerak. Patut la ada pepatah kata lembap macam unta. Eh ke kura-kura? Apa ja la. Haha...


River Adventure










Seronok naik bot ni. Siap masuk dalam lorong gelap. Ada pertunjukan api dan air akan disimbah kat badan korang. Tapi sikit ja la airnya tak la sampai basah semua baju korang. Tu pun ikut posisi kedudukan korang la. Nasib la kan...


Cafe Istana Semut




Replika dia ja yang me;etup tapi cafe tu macam biasa je. Apa pun ni jadi salah satu inspirasi aku kalau aku nak buka restoran atau cafe nanti. Nak ada kelainan. Macam cafe hantu ke, kat tiap meja ada replika hantu atau macam ni cafe semut. Atas meja mesti ada replika semut. Baru rare...


Tiger & Lion Land










Selesai sudah semua lorong aku redah. Penat kaki macam nak krem jangan cakap la. Lepas ni ada 1 lagi tempat yang perlu di hadap. Meh la kita ke sana walau pun kaki tak mengizinkan.



Muzeum Satwa Jatim Park 2
Jl. Oro-Oro Ombo no. 9, Batu, Indonesia

Tel: +62 341 5025777

Waktu Operasi: 10 pg - 6 ptg





Kat sini macam-macam ada. Binatang yang diawet tapi nampak real sangat. Nasib baik aku gagahkan diri masuk dalam ni. Kalau tak rugi beb.
















Ada jugak replika kekonon macam di salji. Aduhai teringat main salji masa kat Europe. Gitew...










Setel kat dalam muzeum tu aku gerak keluar plak. Tapi sebelum tu nak tunjuk satu tempat paling best. Tempat mengecas handphone.

Kat Surabaya ni mana-mana tempat lagi la kalau shopping mall, diaorang memang akan sediakan tempat mengecas handphone. Bagus kan? Ada yang kenakan bayaran dan ada yang percuma. Siap diberi kunci lagi untuk keselamatan handphone kita dari dicuri.




Aku perasan la di indonesia ni memang gemar adakan Taman Safari ala-ala funfair, tapi bagus juga untuk parents, tak buang masa nak layan anak-anak sebab ada semua di satu tempat je.

Maklum dari satu tempat ke satu tempat yang lain ambil masa berjam-jam perjalanan. Tu tak kira jem lagi, so berbaloi la. Dalam tu ja berpusing-pusing dah 5 jam. Letih yang amat jangan cakap la. Tapi kalau korang tak larat jalan korang bole je naik train yang disediakan ni.










Sebelum bertolak balik ke hotel, supir bawa aku ke tempat membeli buah-buahan kering dan jajan yang boleh dibawa balik ke Malaysia. Aku beli yang mana aku tak pernah nampak kat Malaysia je la. Yang lain tu semua dah rasa so tak heran la kan. Kat sini murah so boleh lah korang ke sini ya.




Aku bertolak balik ke hotel semula sebelum meronda ke tempat lain plak area bandar sebelum balik ke Malaysia keesokan harinya...stay tune...!



Lagi cerita jalan-jalan di Surabaya :

Melancong Ke Surabaya
Gunung & Kawah Bromo, Pasir Berbisik & Bukit Teletubies
Taman Safari, Batu Night Spectangular
Petik Epal, Jatim Park 2, Muzeum Satwa
Monumen Kapal Selam, Jembatan Merah, House Of Sampoerna
Review Hotel : Bromo Permai 1 Hotel, De'daunan Hotel, Garden Palace Hotel




Bayangkan kalau ketam boleh memanjat, apa jadi...?

Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai