/**/
Subscribe Twitter

Review Bromo Permai 1 Hotel, De' Daunan Hotel, Garden Palace Hotel, Surabaya


Hotel paling best di Surabaya...


Hai korang, masa untuk review hotel plak. Mula-mula malas nak review sebab stay banyak hotel masa kat sana. Tapi rasa macam tak complete cerita kalau tak da review segala ni. Hehe...

Hotel pertama di Surabaya.



Bromo Permai 1 Hotel
Dusun Cemara Lawang, Desa Ngadisari, Kecamatan Sukapura
Probolinggo, Jawa Timur, Indonesia

Tel : +62 335 541049





Senang citer Bromo Permai 1 ni tak bole di iktiraf hotel sebab nampak lebih kepada hostel je. Bromo Permai 1 ni adalah antara tempat tinggal yang paling dekat dengan Kawah Bromo, Pasir Berbisik dan Bukit Telletubies. Jadi korang jangan tertipu dengan pak supir tau.

Diaorang ni pandai, lepas turun dari Gunung Penanjakan untuk tengok matahari terbit diaorang akan offer korang untuk ke tempat yang aku sebut kat atas tu. Memang la dari kawasan gunung tu jauh. Jadi saranan aku, lepas korang turun dari gunung tu, korang balik bilik dulu. Dah cerah sikit, baru korang gerak sendiri ke 3 tempat yang aku sebut kat atas.

Memang tersangat dekat tau korang kalau jalan kaki. Jimat duit korang bole buat shopping barang lain. Kalau tak supir akan mintak bayaran dari gunung ke kawah Bromo, dari kawah Bromo ke Pasir Berbisik dan bukit Telletubies. Korang bayangkan berapa banyak duit habis kat situ padahal kalau jalan kaki dekat yang amat. Rajin dengan tak ja la nak menapak. Huhu...







Sekali pandang macam kat hostel askar ja kan? Tapi suasana dalam memang best la. Sejuk sangat kat dalam bilik ni. Untung la owner tak perlu pasang aircond atau kipas. Nak pijak lantai pun tak mampu sebab dah macam pijak ais. Giler ko tak nak pakai kasut hotel kat dalam tu? Haha...







Toiletries memang tak disediakan dalam bilik air. Tapi aku tak kisah sebab aku selalu bawa sendiri. Nasib baik hose ada.

Paling tak dapat terima, water heater tak disediakan. Mak ai macam mana nak mandi dengan air sejuk macam air batu ni? Nak pijak simen tu pun azab dah rasa. Apa lagi masak air la campur kat baldi biar panas. Haa cerdik tak aku?

Peti ais tak da. Hair dryer dan sterika pun memang tak disediakan. Kecewa yang amat. tak suka, tak suka la pakai baju tak iron. Uwaaa...




Tapi nasib aku agak baik sebab bilik yang aku dapat bersih dan cantik. Bilik kawan-kawan aku semua buruk dan kotor. Nasib la kan? Kui-kui !.

Makanan kat restoran ok la kira bole telan la walau tak sesedap mana. Cumanya aku rasa korang patut duduk kat Bromo Permai ni sebab dekat sangat dengan Kawah Bromo tu. Tak payah naik gunung nak tengok matahari.

Apa pun dah pasti semua akan pilih untuk naik ke gunung sebab pengalaman dan kenangan seumur hidup tu. Apa lagi korang, cepat lah pergi Surabaya.

Tempat kedua yang aku tinggal pun tak layak dipanggil hotel. Ala-ala hostel jugak.



De Daunan Home and Garden Boutique Hotel  
Jl. Trunojoyo No. 2, Junrejo, Kec. Batu
Jawa Timur 65141, Indonesia

Tel : +62 341 594466





Bilik kat sini di kelilingi sayur-sayuran yang ditanam owner. Keluar je dari bilik mata terus nampak kehijauan. Bak orang kata hijau mata hitamku. Tapi bagus kan untuk mata dan pernafasan sebenarnya bila tengok hijau keindahan semulajadi.




Nampak kecik dari luar tapi bila masuk dalam bole tahan besar biliknya. Yang tak bestnya banyak betul patung-patung macam di Sarawak bergantungan dan ada yang diletak atas meja sebagai perhiasan. Apa lagi cepat-cepat la aku angkut letak bawah katil. Takut nak tengok patung tu semua. Hitam je warna.

Bilik air kat sini takda hose. Pakai gayung untuk guna air dalam kolah. Nasib baik air bersih, kalau tak memang tak mandi la aku. Kih-kih.

Strika, hair dryer semua tak da. Macam ni lain kali aku kena tanya la kalau nak melancong. Kena bawak strika sendiri senang nak pakai bila-bila pun. Aircond memang takda la. Kipas je banyak kiri kanan depan belakang. Ko ingat orang Malaysia ni lapar kipas ke? Haha...







Yang aku suka dekat luar bilik ni ada disediakan buaian. Kalau tak nak berbuai korang bole duduk je berihat kat ambin yang disediakan. Ukiran kayu diaorang ni memang tip top. 100% aku bagi pujian.

Paling tak sangka dan paling best sekali bila pagi je staf datang ketuk pintu bagitau sarapan dah disediakan. Waa macam layanan Diraja Jawa gitew. Perasan kejap eh.

Makanan untuk sarapan pagi pun best. Ala-ala orang putih makan katanyer. Roti, kuih, nasi goreng, mee semua disediakan dan dihidang atas meja. Tak perlu beratur sendiri ambil sarapan. Kan macam layanan puteri raja kan? Tak percaya, korang duduk lah kat sini. Booking awal ya sebab selalu penuh tempat ni.




Tempat ketiga plak baru lah bole dikatakan hotel. Memang besar, bersih, kawasan luas, senang citer puas hati la duduk kat sini.



Garden Palace Hotel Surabaya  
Jalan Yos Sudarso No.11
Jawa Timur 60271, Indonesia

Tel : +62 31 5321001

Standard Room - RM164.56 Per Night





Bilik luas yang amat. Kalau bawak 1 famili besar ni kira berbaloi la. Dua katil besar, ada sofa panjang lagi, karpet tebal tenggelam, bau wangi, memang terbaik la hotel ni. Internet pun laju. Staf peramah. Memang puas hati duduk sini.













Bilik air besar, toiletries, hose, hair dryer semua ada disediakan kat dalam tu. Strika dan segala keperluan lain semua ada. Aku jamin korang tak akan menyesal stay kat sini.







Cumanya ada gangguan sikit masa aku tengah sedap tidur. Aku tersedar bila pintu bilik aku diketuk kuat. Takda maknanya aku nak pergi buka lagi la bila dengar suara lelaki kat luar tu. Confirm aku rasa dia ketuk salah bilik sebab suara macam orang loklak, mabuk la agaknya tu. Nasib baik la sekejap je dia buat drama kat luar tu kalau tak memang aku tak cukup tidur dibuatnya. Haish...










Esoknya bila aku citer dan komplen kat staf, memang diaorang kata kat hotel tu memang selalu ada orang mabuk salah ketuk bilik. Dah tau macam tu cepat la korang ambil tindakan ni tak buat bodoh je. Apa daaa !.

Apa pun aku memang rekomen la korang duk kat sini. Selain dekat dengan bandar, kawasan memang besar dan puas hati.







Ok la korang, aku nak stop dah ni. Jangan lupa pergi Surabaya sebab banyak tempat menarik yang korang boleh pergi dan jelajah kat sana.




Jumpa lagi di entry melancong yang lain. Tata titi tutu...!



Lagi cerita jalan-jalan di Surabaya :

Melancong Ke Surabaya
Gunung & Kawah Bromo, Pasir Berbisik & Bukit Teletubies
Taman Safari, Batu Night Spectangular
Petik Epal, Jatim Park 2, Muzeum Satwa
Monumen Kapal Selam, Jembatan Merah, House Of Sampoerna
Review Hotel : Bromo Permai 1 Hotel, De'daunan Hotel, Garden Palace Hotel




Agak-agak nak stay tak kat hotel macam ni?

Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak