Tadaa...jumpa lagi. Dah tiba masa nak turun dari gunung. Selamat tinggal hotel sejuk, gaung curam dan pemandangan hijau sejuk mata memandang. Inshaallah ada rezeki aku datang lagi ya. Nak melawat Taman Safari pulak ni.
Dalam 3 jam perjalanan sampai la ke Taman Safari Zoo di Malang. Bayaran nya aku tak ingat, nanti aku cari balik eh. Aku ada la tulis segala aliran duit yang keluar masa kat sana, skema tak hengat kan. Bukan kedekut tapi berhati-hati katanya risau berbelanja lebih dari sepatutnya.
Biasa la aku kalau bershopping memang tak ingat dunia. Selalu guna alasan, ala bila lagi nak beli tengah offer ni...huhu.
Desa Jatirejo Kecamatan Prigen
Provinsi Jawa Timur
Tel: (0343) 88 32 22 Hunting, (0343) 42 98 22
Fax: (0343) 88 32 51
Isnin - Sabtu : 08.30 am - 04.30 pm,
Ahad & Cuti Umum : 8.30 am - 05.00 pm.
Zoo ni terbahagi pada beberapa bahagian. Binatang diletakkan ikut benua.
Tak banyak sangat binatang ada kat sini. Binatang pun serupa je macam yang ada kat zoo Malaysia. Bosan sikit.
Tak sempat masuk dalam ni sebab nak kejarkan masa untuk tengok persembahan. Rugi plak bila difikirkan balik.
Buaya plak ada tempat khas bawah jembatan yang dinamakan jembatan buaya. Sila la jengah ke bawah jembatan kalau nak tengok buaya-buaya menganga. Hehe..
Masuk je ke Zoo sini binatang berkeliaran dan aku duk diam dalam kereta yang bergerak. Kalau korang ke sini kalau nak bagi binatang-binatang tu makan dipersilakan la kecuali pak belang yer.
Lalu kawasan ni sila la tutup pintu, kalau tak akan jadi macam 1 trajedi di mana 4 orang mati dan jeep diserang oleh pak rimau...aum..aum...Ni supir la citer. Bohong dia bohong la aku. Siap tunjuk bukti jeep tersadai tu lagi. Ada bangkai lagi gitew.
Pengalaman menarik kat sini adalah aku dapat bergambar dengan Pak Belang dan Pak Singa. Ni betol-betol kejadian tau bukan tipu-tipu.
Masa nak duduk dekat tu punya la gerun. Kejap-kejap ekor dia gerak-gerak. Kejap-kejap badan dan kepala dia pusing sana pusing sini. Adoyai mencabar betol. Nasib ada jugak beberapa keping gambar yang ok kalau tak mesti rasa ralat.
Tapi Pak Singa lebih baik sikit la dari Pak Belang sebab Pak Singa diam sket, maklum faktor usia gamaknya tu yang duduk agak statik jugak tu hanya larat goyang ekor ja. Kui-kui...
Masa tengok persembahan burung kat tepi padang yang dikhaskan, aku agak geram dengan sorang minah Indon ni. Dia dah tau aku tengah nak berposing amek gambar masa pegang burung tu, bole dia nak pegang jugak. Sudahnya jadi macam kat bawah ni la gambarnya. Sakitnya hati rasa nak lempang je minah tu. Haish...
Kali ni lagi gerun sebab diaorang letak kan ular kat bawah tempat duduk penonton. Apa lagi masa diaorang suruh cari tu melenting-lenting la aku terus bangun bediri takut la kat bawah tempat duduk aku yang ada ular. Rasa nak peluk-peluk je orang kat situ sebab memang betul ular tu diletakkan kat bawah tempat duduk penonton depan aku. Haish...
Setel kat situ aku gerak ke persembahan drama ala-ala pirate. Memang best la persembahan ni. Terpukau mata tak berkelip tengok dari mula sampai habis. Tak bosan langsung. Pelakon ensem dan ganteng. Macam biasa aku memang tak kan lepas peluang amek foto dengan pelakon-pelakon ni. Giler glamour katanya. Huhu...
Terbaik la movie ni. Macam real je ular tu nak makan dan pencuri tu semua lari ke arah kita. Siap ada air basah sket la baju kita dek disemburnya mesin air tu. Memang fun giler dalam ni. Kerusi goyang sana goyang sini. Turun kerusi kepala ada noneng. Tapi rasa tak nak keluar plak. Korang mesti masuk sini tau, best sangat.
Kat Taman Safari ni dalam 4 jam jugak la ronda-ronda dan tengok persembahan, movie dan sebagainya. Memang terbaik la Zoo diaorang ni macam Zoo kat Singapore plak. kenapa la Zoo kat Malaysia tak nak buat macam Zoo diaorang kan? Masuk Zoo Malaysia bosan ja rasa. Huhu...
Jl. Raya Oro-oro Ombo 200 Kota Wisata Batu
Jawa Timur
Tel : 081221229942
Isnin - Khamis : 3 ptg - 11 mlm
Sebelum balik ke penginapan di Dedaunan resort, aku dibawa oleh supir singgah di Batu Night Spectangular (ala-ala funfair la kalau di Malaysia). Ok la, not bad, tapi cenderahati memang payah. Yang sepatutnya dibuat cenderahati tak da tapi yang tak sepatut ada, itu yang banyak.
Sempat juga la aku main beberapa games kat sini macam skyfire, kereta atas bangunan dan lain-lain. Meriah betol kawasan ni. Seronok sangat terasa jadi budak kecik semula.
Paling suka kat sini masa naik go-kart. Wah terus jatuh cinta dengan permainan ni. Balik Malaysia nak cari la, nak main lagi.
Tempat yang best sekali adalah Rumah Kaca. Memang susah giler nak cari jalan keluar. Tak ingat berapa lama aku duk dalam tu cari jalan keluar tak jumpa-jumpa. Poyo betol.
Love store pun ok jugak. Banyak barangan berunsur cinta dan romantik ada kat situ. Souvenir ya buka barang lain tau. Otak jangan kuning eh. Uwaa...
Cinema 4D pun best tapi aku tak ingat cerita apa. Tak penting la kan cumanya nak bagitau memang best la kalau 4D cinema diaorang ni. Korang mesti tengok tau.
Mulanya nak masuk gallery hantu tapi fikir balik tak jadi la takut ngigau. Dah la duk negara orang nanti apa-apa jadi susah plak. Lebih baik tak payah terjah walau pun ada rasa ralat dihati. Kih-kih..
Sepeda Udara pun best jugak. Tinggi tapi aku tak gayat pun masa dia bergerak tinggi ke udara. Bayaran pun aku lupa. Jangan marah naaa..
Last sekali baru ronda area night market tapi tak da apa yang menarik untuk dibeli so aku beredar la ke tempat lain plak. Jajan aku tak berapa nak beli sebab tak sedap dan tak minat, ngeh2...
Kt BNS tu hanya ambil masa dalam 2 jam ja la, lepas tu aku bergerak ke hotel.
Memang sempoi la hotelnya, tapi ada banyak patung-patung ala Sarawak. Apa lagi, tak da keja nya aku nak tengok wajah patung-patung yang tak ensem tuh. Aku turunkan la letak dalam laci. Lagi pun takut ngigau..hehehe...!. Jadi beristirehat la aku dengan aman damai kat situ. Esok nak bergerak ronda lagi, petik epal dan sebagainya.
Tunggu next entry ya...! Chow ching chong...