/**/

Pages

Subscribe Twitter

Manjakan Diri Di Coco Beauty Spa


Jom kita ber spa...


Dek kerana kebizian yang teramat, memang tak berkesempatan nak membelai diri di Spa macam tahun lepas.

Bulan ni aku tak kan lepaskan peluang untuk ke Spa semula sebab dah lama sangat tak merasa berspa ni. Selalu asyik ke rumah orang untuk mengurut badan. Sebulan 2 kali aku akan pastikan badan ni diurut. Maklum dah ada tukang urut peribadi. Call je buat appointment. Alhamdulilah.

Kali ni nak cuba ke Spa yang berdekatan dengan rumah je. Jom aku citer seterusnya.



Coco Beauty Spa
35 & 35A, Jalan Kebudayaan 1
Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor

Tel : +60 16-213 2613

Operasi: Selasa, Khamis, Jumaat, Sabtu 10 pg - 6 ptg

Tutup: Isnin dan Rabu





Kalau tengok dari luar kedai memang aku terfikir, macam tak best je spa ni. Luaran dah buruk dalaman mesti la teruk kot. Apa pun pasrah ja la masuk jugak la ke dalam kedai. Lepas bincang-bincang aku pun setuju ja la dengan rawatan dan harga.

Pakej spa kali ni adalah sauna, back massage & mask, lympathic massage untuk 2 jam rawatan. Harga group on adalah RM35. Harga biasa adalah RM188. Kalau nak urut satu badan saja RM88. Layan ja la apa pun jenis massage janji dapat lembutkan urat-urat yang dah tegang tu.

Untuk lelaki pun ada jugak tapi facial wajah ja la. Urut-urut tak da ya. Sori...










Masa dia suruh salin pakaian yang disediakan, aku ambil kesempatan la snap sana sini apa yang sempat kat dalam tu. Kekadang ada owner spa tak benarkan kita rakamkan gambar kedai diaorang.

Tengok dari perkakasan macam tak berapa nak mahal dan tak kemas. Macam barang lama dan tak tersusun. Malas dan tak berapa kreatif gamaknya staf ni. Staf pun sorang tu ja. Sebab tu kena buat appointment awal kalau nak buat rawatan kat sini.







Rawatan pertama adalah urutan di belakang badan dan tengkuk. Waa, sedapnya rasa walaupun rasa sakit masa dia tekan tu. Kuat gila tangan tu tekan badan aku ni. Hahaha...

Setel ja dia sapu mask kat belakang badan. Sejuknya rasa. Nyaman rasa nak tidur je. Dah kering dalam 20 minit dia bersihkan semula dan mula mengurut 1 badan plak guna lotion yang tak berapa nak wangi.

Walau pun cara urutan dia sedap tapi aku tak puas hati sebab dia tak urut tapak kaki. Mula urutan dari badan, kaki dan kepala.

Selesai urutan dia arahkan aku ke tingkat atas untuk bersauna plak. Tak dapat snap gambar bahagian atas sebab handphone letak kat locker yang disediakan.




Sauna selama 20 minit tapi kalau tak tahan bole la keluar awal. Aku rasa ada setengah jam aku dalam tu. Terover la plak. Huhu...


Bilik sauna macam ni la ada kat Coco Beauty Spa


Sebelum balik staf sediakan minuman. Biasa dapat air teh bunga ke atau sebagainya tapi yang ni air kosong je. Minum la sikit ja sebab aku ada bawa bekal air sendiri. Tak lama melepak kat situ sebab staf tak berapa nak peramah.




Ok ni ja la nak sembang pasal spa kali ni. Jumpa lagi di lain review. Daaa.....


Sedapnya macam nak terlena ja...





Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai