Kali ni review hotel yang betol-betol terletak di tengah-tengah kotaraya. Agak-agak korang best ke tak best hotel ni? Meh kita terjah.
Dynasty Hotel
218, Jalan Sultan Azlan Shah (Jalan Ipoh)
51200 Kuala Lumpur
Tel :(603) 4043 7777
Fax :(603) 4043 6868
Standard Deluxe Room - RM129.20 Per Night
Ikut lokasi memang best la hotel ni sebab dalam kawasan bandar. Mana nak pergi pun dekat. Masa ambil kunci tu tengok suasana hotel tu macam wow mesti best hotel ni.
Ada 29 tingkat kesemuanya. Aku stay kat tingkat 21. Adoyai dengar pun dah seram. Gayat giler. Mesti tak tidur lena malam ni. Haha dasar penakut macam ni la gamaknya.
Bagi yang duduk di tingkat 21 hingga 29 korang dikehendaki naik ke lif lain yang menggunakan kad. Naik lif hingga tingkat 17 kemudian keluar dan tukar ke lif sebelah yang menggunakan kad.
Adey macam berbelit plak penerangan aku ni. Harap korang faham la eh. Hehe..
Masuk je dalam bilik macam biasa la aku akan cek semua benda. Benda yang aku perlukan semua tak da kali ni. Kalau korang selalu baca citer aku mesti korang tau apa bendanya kan? Uwaa rasa nak nangis la. Tak suka..tak suka...
Keluasan bilik memang puas hati. Katil besar. Meja solek, meja study dan sofa rehat semua ada. Teratur dan kemas walau pun hotel ni bole di kira hotel lama sebab keadaan karpet nipis dan lusuh.
Strika tak disediakan dalam bilik. Bukan jugak customer service hantar. Kena pergi ke bilik khas untuk menggosok pakaian. Jauh ke depan plak tu. Benci betol la. Dah la strika berat, tempat alas tu pun koyak rabak. Aduh geram betol, rasa nak hempuk meja ja masa tu.
Lagi satu kat situ tempat mamat-mamat mana entah dok melepak sambil hisap rokok dan minum air yang memang di sediakan kat situ. Seram sejuk aku dibuatnya sorang-sorang menggosok kat situ. Nak je cabut strika tu bawak masuk dalam bilik. Hahaha...
Hair dryer pun tak da. Yang paling kesian sekali masuk ja bilik air nampak gayung. Ni parah ni, mesti tak da hose jamban. Adoyai...
Bilik air punya la besar. Ada bath up lagi. Susun atur pun dah kena pada tempatnya. Bath up, tempat pancuran air (bagi yang tak suka ber bath up), cermin sebesar bilik (bole nampak segala benda, haha..) tapi tak berfungsi. Haish...
Malangnya jamban tak da hose so kena la pakai gayung. Korang bayangkan camna seksa dan jauhnya nak ambil air. Nak pakai tong sampah ke, eh memang tak lah aku nak buat macam tu.
Bath up ada tapi tak boleh guna. Segala benda rosak. Tak yah mimpi la eh nak berendam air buih bagai. Adoyai lupa plak nak snap gambar bath up tu.
Tempat mandi persendirian plak air tak berapa nak laju, mentol lampu rosak so bergelap lah mandi ya. Sudahnya mandi buka pintu. Tapi pintu dalam la bukan pintu luar tu. Kuang-kuang...
Rasa down sangat masa tu. Hilang separuh kesukaan bercuti. Tu la pengajaran, next time kena call hotel tu dulu tanya segala keperluan ada tak?. Kalau tak da jangan stay situ. Buang duit ja kalau tak memuaskan hati. Kalau murah tak pa. Ni beratus-ratus.
Ececeh membebel plak (terbayang masa ni muncung aku bole sangkut payung sebab kena guna strika luar bilik). kah-kah...
Memang tak pernah pun turun breakfast sebab nak berlama-lama atas katil. Ala setakat makan benda yang sama je tak kuasa aku nak turun lepas tu naik semula. Lain la kalau kat luar negara bole la kan. Eh rindu plak dah lama tak travel oversea...bole la rancang awal ni untuk next year. Inshaallah...
Ok lah ni ja la nak pot pet untuk hotel kali ni. Jumpa lagi di lain siaran di hotel luar negara plak. Babai...!