/**/

Pages

Subscribe Twitter

Festival Filem Malaysia 28, KLCC


Tadaa...artis pertama muncul di pentas. Hehe..

Hai korang, dah seminggu lebih tak berblog. Busy memanjang aku ni mengalahkan perdana menteri gamaknya. Maklum orang penting gitu la kan. Hahaha...

Dah seminggu jugak Festival Filem Malaysia 28 berlalu. Tapi tetap menggamit kenangan. Meriah sambutan terutama pengacara yang kepoci. Kuang-kuang.


Dewan Plenary
Kuala Lumpur Convention Centre
Stall 7, Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur

Tel: +60 3-2333 2888





Sukanya rasa bila dapat kad jemputan ke majlis gilang gemilang tu yang diadakan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 3 September jam 7.30 malam.







Macam biasa aku memang kelam kabut la nak cari baju. Padahal kat dalam almari tu berlambak lagi baju yang belum dipakai. Dah namanya wanita macam tu la kan. Tak dapat nak dielakkan kalau bab melawa nak ke majlis ni.

Tema untuk majlis kali ni adalah hitam. Tapi macam biasa walau pun aku ada baju berwarna hitam tapi aku kurang suka pakai sebab aura akan menurun bila guna warna hitam. Jadi decide la pakai dress biru tapi nak kekalkan hitam aku kenakan dengan handbag dan kasut hitam. Tak macam selalu dari atas sampai bawah sama warna. Hehe..







Walaupun majlis bermula jam 9 malam tapi para jemputan digalakkan datang seawal 7.30 malam bagi mengurangkan kesesakan dalam dewan. Untung jugak sebab dapat lalu red karpet sebelum artis lalu dan juga dapat pilih seat yang best untuk tengok acara nanti.







Macam biasa aku tak kan lepaskan peluang untuk bergambar dengan artis-artis yang aku jumpa. Yang aku tak minat aku tak nak bergambar. Bole camtu? Haha..

Rata-rata semuanya ramah belaka. Suka ke tak suka ke kalau dah bergelar artis korang terpaksa rela la ya untuk tersenyum bila diajak bergambar. Sekarang ni cepat je kalau nak viralkan apa ja yang peminat tak puas hati. Jaga baik-baik.

Artis lelaki sempoi ja pakaian. Artis perempuan ni plak memang macam biasa la, pakaian seksi, mekap setebal 5 inci, kasut setinggi 10 inci, sebab tu la jadi macam gambar yang kat bawah ni. Padahal korang ni rendah dan halus je orangnya. Ngeh-ngeh...



















Sebelum acara langsung bermula di kaca TV, kami diberi arahan untuk mengikut segala yang disuruh. Tepuk tangan, jerit dan sebagainya. Benda macam ni semua aku dah rasa masa tengok program lawak di Studio Pinewood Johor. Setakat tepuk tangan tak pa lagi, yang aku tak tahan jerit pekik penonton.

kalau lelaki tak pa, ni yang perempuan sama jerit, bertudung lagi, siap kena sound dengan orang lelaki lagi, mak ai malunya. Tapi kalau dah jadi peminat fanatik diaorang ni apa peduli, terus buat gila-gila tanpa pedulikan orang sekeliling. Teruk betol la perangai, buat malu kaum je.

Sepanjang program bersiaran, memang ada rasa bosan la. Nasib baik Nabil dan Shery jadi penyelamat keadaan. kecoh la dengan lawak diaorang ni. Kipidap la korang ya. Persembahan Man Bai dan Bunkface pun best. Tak sempat nak jumpa Man Bai, bole bagitau dia kisah kitaorang berlari dan berebut naik bas balik dari sekolah agama dan kenakalan dia masa kecik dulu. Kenangan manis zaman persekolahan.













Dewan Plenary ni ada dua tingkat. Tingkat bawah untuk pelakon dan jemputan VIP. Jemputan biasa-biasa sila la naik ke atas ya dan pilih tempat duduk sendiri. Sebab tu disuruh datang awal untuk memilih ikut keselesaan diri sendiri.

Siaran berlangsung selama 2 jam. Tepat jam 11 malam acara tamat dan siapa yang nak berjumpa artis bergambar atau sebagainya bole la terjah diaorang ya. Tak terkecuali la aku. Hilang nak pergi cari Presiden aku, bole plak aku pergi naik pentas dan bergambar dengan artis-artis diva ni. Mak nak tumpang glamour sekaki katanya. Kih-kih...

























Setel je berposing sakan tu apa lagi balik la kan sebab mata dah kuyu, dah nampak bantal je. Sempat lagi kawan seangkatan snap gambar dari belakang masa nak balik. Malu la tau. Kui-kui...










Sekian ja celoteh aku untuk kali ni sebab dah lama tak bersiaran jadi jari agak kejung nak menaip. Jumpa lagi lain kali. Tata titi tutu...


Rasmi...Aku lah DIVA...haha

Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai