Selamat pagi dan ceria semua. Dalam perjalanan nak pergi kerja tadi ternampak sorang akak bawa handbag yang sangat comel dan menarik. Terus terasa nak up citer pasal handbag la hari ni.
Aku memang suka dengan pelbagai gaya dan corak beg dari kecil lagi. Pernah berangan bila dah kerja nanti aku nak ada hobi kumpul handbag banyak-banyak. Ikut warna dan macam-macam corak dan bentuk. Alhamdulilah angan-angan ku menjadi kenyataan. Aku menjadi seorang pengumpul beg tangan yang tegar. Eh betol ke ayat aku ni? Haha...
Pernah tak korang dengar orang lelaki ni kalau mintak tolong bawa handbag sekejap, mulut tu mula la mengomel. Eh, apasal berat sangat beg ni? Bawak batu ke apa? Ha gitu la rungutan yang selalu kita dengar. Tau mengomel je tapi tak tau apa isi kat dalam tu. Masa bercouple dulu bole plak bawak segala tok nenek barang tanpa banyak bunyi. Kih-kih...
Kekadang bukan penuh dengan barangan peribadi sendiri ja tapi terselit jugak pampers anak la, botol susu anak la dan macam-macam lagi. Paling sadis sekali bila si laki tu letak sekali barang dia dalam handbag tu. Mana la tak berat kan?
Kalau aku memang tak da can langsung la laki aku nak letak macam-macam dalam handbag aku. Kalau nak dengar lagu keroncong yang mendayu keluar dari mulut aku ni bole la cuba letak. Wakakaka....
Berat macam mana pun handbag aku tu, biar aku angkut sendiri. Tak suka la tengok lelaki bawak beg perempuan. Macam kelakar ja rasa. Apa pun itu hak dan pilihan masing-masing. Tak da orang nak marah pun.
Dek kerana sayang dengan handbag-handbag ni ada sekali tu aku simpan tak pakai-pakai. Beg tu semua beli masa melancong ke Guangzhou, China. Bila keluarkan semula dari almari, ada yang berkulat dan ada yang rosak, terkopek dan sebagainya. Terkempam agaknya tu yang jadi macam tu. Menyesal tak sudah betol.
Aku memang rajin mengemas handbag ni kalau dah rasa bosan tengok terletak di tempat yang sama je setiap hari. Ada sekali tu dah punggah keluar semua lepas tu rasa macam nak muntah plak tengok banyak sangat. Macam penat plak nak kemas dan susun semula.
Berjam-jam duduk, bila bangun pinggang sakit. Hai la nasib nak buat macam mana kan? Dah selerakkan kena la kemas semula.
Mula dari hari tu kalau nak kemas handbag aku akan keluarkan ikut susunan sebab kalau tetiba mood malas datang boleh stop masa tu jugak dan sambung lain kali. Tapi biasanya memang aku akan buat terus la tak kuasa nak buang masa buat lain kali, banyak benda lagi nak buat. Kui-kui..
Macam-macam tempat simpanan beg dah aku siapkan. Dari dalam almari, letak kat luar almari. Dari luar almari, letak dalam almari semula. Yang terbaru ni baru la letak dalam almari bertutup. Cuma aku belum gantung je beg-beg tu kat dalam bilik. Rasa semak sungguh kalau masuk bilik tengok benda bergantungan.
Aku memang akan ikut kategori dan warna beg bila menyimpan dalam almari. Menyenangkan untuk nak ambil. Ingat tempat terus capai je. Sebenarnya kita sendiri yang boleh ubah sebab kita yang uruskan keperluan diri kita sendiri. Takkan berseraknya tempat handbag atau apa saja kalau kita ambil dan simpan semula di tempat yang betol.
Jangan la salahkan orang lain kalau bilik sendiri tu berselerak sebab kita je yang tinggal kat bilik tu kan? Umpama macam orang kata, badan kita, kita je yang tau segalanya. Contoh ja la tu kan.
Antara bag yang masih ada dan diguna pakai. Yang lain dah let go.
Ada beberapa bag fevret aku selain jenama Carlo Rino tu. Sling bag ni aku beli kat Europe. Nasib baik sempat beli masa nak ke Paris dari Zurich. Owh rindu plak nak ke Switzerland lagi.
Letak la barang apa pun dalam beg ni, tetap rasa ringan dan selesa bila letak di bahu atau selempangkan.
Dan yang ni plak hadiah dari anak aku waktu sambutan hari ibu yang lepas. Warna fevret tu. Tq anak-anak ibu.
Orang lelaki selalu bertanya, kenapa orang perempuan suka bawa handbag? Kan memberatkan diri? Tak rimas ke ada benda tersangkut kat bahu? meh sini aku nak terangkan sikit tentang bawa handbag ni.
Pertama sekali, boleh mengurangkan risiko kehilangan barang sebab semua letak dalam 1 tempat terus angkut. Cuba korang bayangkan kalau korang pegang beg duit, handphone, alat solek, mana nak cukup 2 tangan tu? Silap-silap bole jatuh dah rosak barang. Tengah shopping pilih macam-macam dah tercicir ntah mana letak. Macam-macam lagi la kemungkinan akan jadi.
Kedua, kalau berhandbag ni automatik penampilan kita nampak lain. Elegant dan moden. kalau yang dah comel tu lagi la nampak comel. Tapi mesti la kena dengan gaya masa tu. Perlu diingatkan kalau nak bawak handbag tu pastikan yang sepadan dengan badan. Jangan badan kecik tapi bawak beg sebesar-besar alam. Nampak macam kartun plak nanti. Hehe...
Ingat di hati tak nak kumpul dah handbag ni sebab dah penuh almari. Lagi pun ada yang tak berpakai lagi. Tapi macam biasa aku selalu terjebak kalau pergi shopping center yang ada sale ni.
Terbaru ni pergi LENO ada buat clearance sale gara-gara ajakan geng bas sekolah. Dalam tak nak membeli, akhirnya rambang mata, maka beratus la duit, laju je keluar dari wallet. Nak buat macam mana, dah suka, apo nak di kato.!
Baru-baru ni aku ada berkenan lagi dengan beberapa handbag. Masa tu lepas hantar stok kat agen. Berfikir banyak kali nak beli ke tak, tapi akhirnya kecundang jugak. Adey...
Ok lah nanti citer lain plak. Dah penat jari maklum lama tak menaip. Kebizian memanjang. Sampai jumpa lagi, sayonara !.