Satu hari tu aku terdetik nak singgah satu kedai kat Bandar Baru Uda ni lepas setel hantar stok kat agen. Rasa macam nak cari dan amalkan makanan fresh. Tak nak dah kalau boleh makan atau minum bahan yang di proses. Ececeh cakap cam rajin sangat nak buat. Tapi setakat ni alhamdulilah tiap hari buat tak pernah miss demi kesihatan diri.
Barang-barang ni semua aku beli kat kedai ni ja. Lebih bagus la dari beli di pasaraya yang terlalu banyak jenama. Susah nak pilih mana satu yang paling bagus.
Cantik susunan dan meriah dengan pelbagai jenis makanan. Tergamam sekejap masa masuk kedai ni. Terbang la RM175 untuk minyak Zaitun, kurma, aprikot, habatussauda dan jajan manis sekaligus petang tu.
Wadi Doan
Jalan Padi Emas 1
Bandar Baru Uda
81200 Johor Bahru, Johor
Tel: +60 7-244 6270
Waktu : Setiap hari 9pg - 10mlm
Dari umur belasan tahun lagi memang aku dah amalkan sebaik bangun je dari tidur aku akan minum segelas air tanpa memberus gigi lagi. Arwah mak dan arwah cik aku yang ajar tapi orang dulu mana tau bagi sebab. Bila aku tanya, diaorang kata bagus je terutama untuk pencernaan. Tu je info yang dibagi.
Tapi bila dah makin dewasa lagi lah dah veteran macam ni, bila dah baca kebagusan minum air sebaik bangun pagi aku bersyukur sangat sebab ikut kata orang tua-tua dulu ni. Sebenarnya petua yang diaorang bagi tu semua ada manfaat untuk diri cuma diaorang tak pandai nak terangkan detail. Bukan macam sekarang semua di hujung jari. Tanya pakcik google je. Huhu...
Bila dengar Pn. Doktor dah cakap kat ceramah lagi la berkobar nak gunakan ilmu yang dapat dan kongsikan kat sini. Lepas ni aku akan kongsikan semua petua yang aku ada untuk tatapan muda mudi zaman sekarang. Muga bermanfaat untuk kita semua. Inshaallah...
Kalau dulu aku hanya minum air masak suam saja bila bangun pagi. Sekarang ni aku minum air rendaman kurma. Ok meh aku citer ikut turutan apa yang aku dah amalkan sekian lama dan pertambahan amalan baru.
RM25
Sebelum tidur aku akan rendam 3 biji kurma dalam air suam segelas. Aku rendam kurma safawi madinah sebab dia agak keras. Esok paginya aku akan minum air dan makan kurma tu sekali. Minum air kurma tu sebelum berus gigi dan makan kurma tu selepas gosok gigi. Apa pun ikut korang la nak buat macam mana. Yang penting kenyang dapat makan dan minum di awal pagi.
MINYAK ZAITUN
RM95
Masa perut kosong aku minum minyak zaitun 1 sudu, minyak kelapa dara 1 sudu dan madu 1 sudu. Dalam 3 minyak tu, nak telan minyak kelapa dara adalah azab sikit sebab rasa dan bau yang kuat tapi bertabahlah wahai hati. Pujuk diri untuk telan agar sihat selalu.
Minyak ni memang baik untuk minum, nak buat masak pun bole jugak. Jangan silap beli kat pasaraya antara minyak zaitun minum dengan minyak zaitun untuk masak saja ya. Sebab tu aku rekomen beli kat kedai Pak Arab.
RM76
Minyak kelapa dara ni aku beli kat UTM. Pure tau dan ada botol kecil dan besar. Tak pasti plak bila minum kena goncang atau tak tapi biasanya aku tak goncang la. Tak nak terlalu kuat bau dan rasa kelapa tu. Hehe...
RM ikut gred
Madu asli dari Yaman ni memang pure dari negara Yaman. Harga memang beribu la sebab aku memang menjual madu ni. Dah tak pandang dah madu lain sebab bila rasa semua tak sedap. Tak tau la kalau madu ni dah habis nak cari kat mana plak.
Aku beli madu gred paling atas sekali dan ada juga second gred. Memang rasa berbeza. Siapa nak beli atau tanya apa-apa, boleh komen kat bawah ni ya. Yummy...
Lepas sarapan aku akan makan kurma sebiji lagi. Untuk makan biasa-biasa ni aku beli yang lembut sikit macam kurma madu atau ikut suka tekak la.
RM20
Lepas makan tengahari aku akan telan sebiji habatussauda. Aku memang tak suka sebenarnya bab telan pil atau softgel ni, rasa tersangkut kat tekak je, lebih suka minum yang cecair. Nanti nak cari minyak habatussauda la plak. Rasa dia memang kekal lama jugak kat mulut tu. Kalau sendawa mesti bau habatussauda. Kaw-kaw...
RM25
Petang plak bila rasa nak mengunyah, aku makan aprikot kering, ikut tekak aku berapa biji nak telan. Kurma pun akan makan sebiji lagi. Memang stok aprikot dan kurma ada kat rumah, ofis dan handbag. Rasa lapar ja makan. Gitew...
RM10
Kalau datang nak makan yang manis aku akan makan jajan manis arab ni. Yummy betol. Aku belajar makan ni pun dari besan boss aku yang memang berasal dari Yaman masa dia datang Malaysia hari tu. Aku ambil stok madu pun dari dia sebab dia tokey besar bisnes madu kat sana.
Lepas makan malam aku makan lagi sebiji kurma dan sebelum tidur lagi sebiji. Kalau malas atau takut terlupa aku telan terus 2 biji kurma tu. So genap lah makan 7 biji kurma sehari.
RM ikut harga pasaran
Dan terbaru ni aku baru dapat tahu tentang kebagusan lemon. Kalau di FB suruh rebus lemon dan halia malam dan minum keesokan harinya tapi dek kerana kemalasan, aku hanya perahkan lemon campur madu dalam air panas dan minum bila dah suam kuku air tu. Katanya bagus untuk buang toksin dan pecahkan lemak yang degil. Mudah-mudahan berkesan. Biar lagi comel lote deh...
Orang gastrik pun boleh minum tapi selang selikan hari. Lemon lebih bagus dari limau kasturi ya sebab dia bersifat alkali bila dah masuk dalam perut, sebab tu orang yang ada gastrik digalakkan ambil lemon berbanding limau.
Semua makanan dan minuman ni adalah untuk kesihatan diri. Selain untuk kecergasan diri ianya boleh membantu untuk lebih awet muda macam aku, hehe perasan jap. Inshaallah...
Sekian untuk tatapan dan renungan minda kali ni. Nanti aku share citer yang lain plak ya. Babai...