/**/

Pages

Subscribe Twitter

Nasi Beriani Gam Di Restoran Shahab, Taman Universiti


Nasi Beriani tip top katanyer...


Balik spa hari tu macam biasa la mesti menyinggah kedai makan. Dah banyak kali makan kedai ni tapi baru kali ni nak up citer pasal kedai makan ni.


Restoran Beriani Shahab
Jalan Pendidikan 3, Taman Universiti
81300 Skudai, Johor

Phone: +60 12-707 5919

Waktu : Setiap hari 11 pg - 7 mlm





Setakat nasi beriani even kat Batu Pahat yang orang dok kata berhantu dan best tu, aku rasa belum dapat tandingi nasi beriani Shahab ni. Tak caya korang cuba la datang sini.

Cumanya aku nak tegur sikit la tentang dekorasi kedai ni yang tak pernah berubah dari dulu.




Pelikkan, kenapa orang melayu kalau buka kedai tak pernah nak fikir cantik dan pentingkan kebersihan kedai? Kekadang tu sudu garfu dan pinggan cawan semua alahai nak guna pun sendu. Faham ja la ya.

Kerusi meja plak kalau dah lusuh tu elok la tukar baru kan. Baru la ada lebih selera nak masuk kedai.

Kalau nak ikutkan ramainya orang datang bertandang, dah boleh sangat dah buka cawangan tempat lain.

Korang jangan kecam aku bila baca ni. Bukan nak kondem bangsa sendiri tapi aku rasa korang pun mesti dah selalu hadap benda macam ni. Jangan tipu la kalau korang tak pernah terfikir apa yang aku fikir kalau pergi kedai makan yang macam tu.

Aku tak cakap kedai ni tapi kebanyakan kedai melayu la ya.













Paling menangkap kat mata aku adalah susunan gambar Sultan Johor dari pemerintah yang pertama sampai sekarang. Haaaa..pilih mana satu yang paling hensem Sultan aku tu?.




Pekerja kat sini semua lelaki tau tak da perempuan. Agaknya upah pekerja perempuan ni leceh kot. Banyak songel gamaknya. Hehehe...










Makanan kat sini plak memang bole dipuji. Sedap hingga menjilat jari. Tengok la nasi dia penuh sepinggan. Paling meletop sekali lauk daging. Air bandung dan teh tarik kat sini pun sedap. Mantop wei...tengok kat bawah ni banyak daging dia. Terliur beb...







Boleh pilih lauk tau kat sini, ada kuah kambing, ayam dan rusa. Dalca pun best. Hidangan mesti disertakan dengan papadom dan acar sekali. Kalau tak nak papadom cakap je dengan diaorang nanti diaorang tak bagi la.













Kalau korang nak makan beriani datang ja la kat sini. Gerenti tak menyesal punya. Cuba la...!

Ok jumpa lagi di lain topik plak. Tadaaa...


Perut kenyang suka hati bole tido..huhu..















Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai