/**/

Pages

Subscribe Twitter

Restoran Asam Pedas Merecik


Terliur ingat asam pedas ni...


Minggu ni minggu makan agaknya. Asyik up citer makan ja kan. Tak pa la selagi ada minat nak menulis, teruskan ja la ya.



Restoran Asam Pedas Merecik
No. 22, Jalan Pulai 62
Taman Pulai Utama, 81300 Johor Bahru, Johor

Phone: +60 19-728 3711

Waktu : Selasa - Ahad 11pg - 11 mlm
Tutup : Isnin





Keadaan restoran bole dikatakan bersih jugak sekelilingnya walau pun bagi aku tak cukup lagi sebab masih tak teratur susunan dan tampalan aksesori. Maklum restoran baru buka. Harap dapat diteruskan untuk jangka masa lama ya.










Macam-macam masakan panas kat sini. Tengok kat menu, harga makanan bole diterima la sebab tak terlalu mahal.

Nasi campur makan tengahari memang tak disediakan kat sini ya. Hanya lauk asam pedas pelbagai ikan hidangan set sahaja dihidangkan waktu tengahari. Kalau yang memang tengah lapar tak digalakkan datang sini sebab hidangan sampai agak lambat.

Order untuk makanan bergoreng hanya dibuat waktu petang dan malam saja.










Aku order set asam pedas ikan pari dan ikan tenggiri. Agak lambat jugak order nak sampai. Perut dah bunyi aneka lagu ni. Tapi berbaloi penantian tu sebab lauk asam pedas tu memang kaw-kaw sedap.

Setakat ni memang belum ada yang bole lawan masakan asam pedas Johor ya. jangan kecam aku eh sebab dah pergi semua negeri bila layan asam pedas diaorang tu tak menangkap sangat kat tekak. Ngeh-ngeh...

Pernah beli untuk makan malam. Tak menghampakan sebab servis cepat plak bila malam. Mee hun sup, mee rebus dan mee goreng sedap. Nasi goreng je yang agak kurang sedap kat sini.




Ok la ni ja nak citer bab makan kali ni. Sambung lain kali ya. Nyum..erkk...kenyang sudaaa...!


Mana satu nak ngap dulu ni ek...?


























































Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai