Selamat pagi dunia katanya. Macam mana mood hari isnin minggu pertama ni? Kalau tak da mood, meh baca story akak ni.
Bila dah kawin, dah beranak, dah jadi mak-mak, mula lah badan bertukar size.
Senang sangat lemak tu nak duduk bertapa kat badan. Ish..boleh pergi jauh-jauh tak wahai sang lemak. Hehe..
Meh story sket salah satu cara nak membenteras lelemak nih.
RM15
Macam-macam cara nak hilangkan lemak. Kalau dulu korset la yang jadi juara untuk tutup lemak. Aku tak terkecuali la terjebak dengan korset morset ni. Ada sekali tu entah apa yang merasuk aku beli korset beribu ringgit guna kredit kad. Haa..merasa la sampai sekarang tadah telinga kena sound dengan Mr Right.
Dulu pakai korset rasa menyiksa diri. Tak boleh makan banyak. Macam mana la orang zaman dulu sanggup guna korset semata-mata nak dapatkan pinggang macam kerengge.
Dek kerana kemalasan, maka korset tu sekarang almari yang pakai. Lagi pun bila fikir balik, macam aku tang perut ja yang muuuunnnciiiittt. Yang lain maintain..hehe.
Perut aku pun tak da lah buncit sangat. Cuma sendiri yang rimas tengok ada sikit lemak sana sini. Jadi rasanya macam tak perlu kot pakai satu badan macam korset tu. Kalau la ada barang yang boleh kecikkan bahagian perut ja kan bagus.
Baru-baru ni ada produk seluar dalam atau 'spender' yang boleh cover terus sampai tutup perut. Boleh cover perut buncit tu. Kui-kui. Apa lagi macam biasa Pn Blog terjebak lepas tengok video yang diviralkan.
Korang pernah dengar tak nama brand yang tengah top sekarang ni? Kalau belum, jom aku bagi sket info tentang produk ni. Munafie Slimming Pants nama diberi. Nasib baik Munafie, bukan Munafik. Haha..
Hakikatnya di alam nyata tidak lah semudah perut nak sembunyi dalam seluar tu. Macam kat video tu tengok bukan main lagi terus jadi slim. Perut tu nampak macam lembut sangat masuk ke dalam. Sungguh tak masuk akal. Agak-agak la kan yang nak buat video ni. Mohon jangan tertipu ya. Hehe...
Aku beli dua jenis Munafie sebab ada yang kata tiruan dan sebagainya. Aku tak nak komen original atau tak tapi aku akan komen pengalaman guna produk munafie ni.
Munafie warna merah ni, ukuran dan garisan atas pinggang lebih pendek dan kecil. Bila pakai tak berapa nak tegang kat perut dan bergulung. Rasa tak berapa selesa sebab asyik nak dok tarik ke atas dan betulkan gulungan seluar.
Munafie kelabu dan krim, ukuran dan garisan atas pinggang lebih besar dan lebar. Rasa terletak dan menegangkan perut. Tidak bergulung dan sangat selesa. Jadinya aku prefer pakai jenis kelabu dan krim tu.
Kebetulan agen aku ada jual produk ni. Aku beli la dengan dia sebagai tanda sokongan walau pun berlambak jual di kedai berdekatan.
Memang terbukti mantap seluar ni sebab boleh cover sampai tutup perut. Beli 6 helai sekali harung, pelbagai warna. Agen aku siap bagi percuma lagi jenama seluar yang lain. Tocey Jane...muah ciked!.
Motif nak pakai selalu? Nak tau tak? Sebab selesa dan nak cepat ramping biar macam pinggang kerengge katanya. Harap-harap kekal la pakai sampai perut jadi comel lote. Kui-kui...
Ok sekian untuk hari ni. Tata...