Semua benda ada tempoh masa hayat. Tak kira manusia, haiwan atau pun benda @ barang.
Macam tu la apa yang jadi pada barang kesayangan aku. Apa lagi kalau bukan cik cermin mata. Bukan calang-calang tau cermin mata ni sebab dia adalah cermin mata fevret.
Lama dah cik cermin mata ni berkhidmat untuk aku. Adalah dalam 4 tahun. Tu pun kalau tak kerana aku dah masuk dalam grup rabun dekat, aku memang tak kan tukar yang baru.
Cermin mata ni stylish, ringan, mahal dan yang penting bila pakai rasa terletak je kat muka. Suka giler first time dapat cermin mata ni. Jenama pun bukan calang-calang hebat tu. Hehe...
Walau pun dah ada yang baru, aku tetap bawak cermin mata ni kalau ke mana pun aku pergi. Spare katanyer.
Nak dijadikan citer atau asbab, cermin mata ni musnah waktu di Selangor.
Masa tu sesi perkenalan antara para peserta kursus yang diadakan di Selangor. Biasa la kita wanita ni kalau dah berjumpa tak cukup bersalam tangan je, mesti nak berlaga muka paling tidak pun 3 kali laga.
Masa syok berlaga pipi tu la tetiba ja aku dengar praaaappppp...sekali tengok owh cermin mata ku retak. Tidak...
Sedih ada jugak sebab cermin mata kesayangan tu. Selesa sangat bila pakai. Tapi nak buat macam mana dah tiba masa so aku redha ja la...
Nasib baik ada bawak cermin mata sekarang ni, so gunakan la sebaiknya. Terima kasih cermin mata-cermin mataku yang telah dan sudi menemaniku ke mana saja aku pergi dan bila saja aku memerlukan khidmatmu.
Nanti jumpa geng baru la ya cik cermin mataku. Huhu...