Kali ni nak review hotel kat Terengganu pulak. Maklumat adalah seperti di bawah. Dah macam tulis surat plak. Uwaa...
Grand Puteri Hotel
Jalan Masjid Abidin
20100 Kuala Terengganu
Terengganu
Tel: +60 9-621 5555
Check in : 3 ptg
Check out 12 tghr
Superior Double Room - RM143 Per Night
Dari luar tengok hotel ni macam best ja sebab nampak macam gah lain dari yang lain. Harap-harap kat dalam nanti akan nampak best jugak la kan.
Aku sampai awal jam 1 tghr. Terpaksa lah menunggu lagi 2 jam untuk check in. Badan dah berpeluh dah rasa tak selesa sebab seharian travel. Aku sampai terlena sekejap kat kerusi hotel tu.
Biasanya diaorang akan bagi check in awal kalau bilik tak penuh tapi masa tu hujung minggu semua bilik ada penghuni. Biasa la masing-masing kalau nak check out lambat terhegeh-hegeh.
Sampai bilik ja aku rasa ok la bilik ni sesuai la dengan harga yang beratus tu. Selesa nampak.
Macam biasa strika ada, hair dryer ada, hose jamban ada. Tu dah cukup menggembirakan.
Bilik mandi plak lantainya sekata. Jadi bila mandi habis air terpercik ke luar. Basah seluruh bilik air. Tak best betol.
Tiba masa nak mandi tetiba cari towel tak da. Bila call house keeping diaorang kata towel baru belum sampai. Adey bole macam tu ek? 1st time kena setakat stay hotel selama ni. Nasib aku bawak towel sendiri so pakai la towel sendiri dulu sebab nak keluar merayap plak.
Ya la tak kan datang jauh-jauh nak melepak je kat bilik, rugi la kan. Pergi la merayap keliling bandar tu. Lepas merayap rasa lapar pergi la makan plak. Lepas tu baru balik hotel. Kan bagus macam tu.
Sebelum keluar ingat nak minum air dulu. Bila ambil cawan, mak ai terkejut den...korang nampak tak apa yang aku nampak? Ish..ish...tak berbasuh, pengotor betul la. Tak tau samada tak basuh, terlupa, terlepas pandang atau staf yang sengaja sebab pemalas. Baru nak puji dah spoil mood pulak.
Aku rasa staf pemalas kot sebab masa nak mintak towel pun lembap nak bagi. Padahal dah ada tapi bukan nak bagi dulu dah nampak aku nak keluar bilik. Kena bertanya plak. Agaknya diaorang ni suka nak masuk bilik masa kita tak da agaknya. Hmmm...terlupa plak nak komplen masa check out hari tu.
Macam biasa walau pun dapat breakfast sekali, aku malas turun. Tapi bila teringat balik, la napa tak turun ek, mana tau makanan dia lain. Kan kat pantai timur ni? Haish menyesal sungguh...
Parking kereta plak kat sekitar hotel atau dalam tempat parking yang disediakan berdekatan dengan hotel tu.
Ok lah kalau korang datang boleh la stay kat hotel ni. Kelemahan sikit sebanyak hotel ni adat la kan. Terima je la jangan banyak songel. Tata titi tutu...