Sambung lagi bab makan. Kali ni CEO belanja kitaorang makan kat Chinese Muslim Restaurant. Waa dengar je dah teruja. Best ke idok makanan tu nanti?
Apa lagi laju ja la kitaorang ni gerak, maklum makan free tu. Hehe...
Meh folo aku skodeng apa yang ada kat situ.
Homst Recipe
Lot 1-1 & 1-2, Floor,Block A, Bangi Gateway
Persiaran Pekeliling, Seksyen 15
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
03-891 28760
10 pagi - 10 malam
Staf dah siap reservekan tempat untuk kitaorang peserta seramai 25 orang. Duduk ja, satu persatu makanan dihidangkan dengan cermat. Semuanya nampak wow gitu makanannya. Tetiba plak rasa lapar tu datang bila dah ada makanan depan mata.
Macam biasa, sebelum menunggu semua makanan sampai, kitaorang buat aktiviti masing-masing la. Cer tengok semua ngadap telefon. Fenomena biasa yang korang akan nampak di setiap meja makan.
Makanan yang dihidangkan semua special. Tak tau nak sebut nama semua menu sebab aku tak snap pun gambar menu. Bole terlupa plak kan. Cuma sempat snap gambar kat luar ni ja la. Maklum orang belanja jadi tak ambil kisah hal lain. Korang cer tanya Pakcik Google eh. Sori tau...
CEO order semua resepi masakan menu China untuk kitaorang. Yang paling best adalah menu ikan dan sup tu. Walla sangat rasa, sampai bertambah. Semua peserta pun nampak berselera makan tak toleh kiri kanan. Kih-kih...
Harga untuk kesemua makanan jejak RM890. Tocey CEO yang baik hati belanja kitaorang.
Setel makan, macam biasa aku snap gambar keliling restaurant. Bersih dan tenang ja makan kat situ.
Lagi sekali baju seragam staf warna hitam. Adoyai lemas rasa tengok warna tu. Kalau aku buka restaurant nanti aku nak staf aku pakai baju warna cerah dan garang. Biar dari jauh orang dah nampak, bila dah nampak terus rasa lapar, bila dah lapar terus nak makan banyak. Huhu...
Dalam snap-snap tu, aku sengaja snap gambar staf yang tengah berkumpul kat kaunter. Sorang mamat tu dia pusing kan badan dia bila perasan aku nak snap gambar dia. Kawan dia yang perasan dia berpusing pun terus kacau dia.
Maka jadi lah acara usik mengusik kat situ dan keadaan bertukar riuh bila aku snap gambar semua staf. Siap mintak FB lagi nak add. Hehe...
Ingat dah setel bergambar, rupanya mamat tadi tu ajak aku berposing plak kat luar restaurant. Layan ja la. Friendly katanya...
Tak lupa jugak berposing depan restaurant dengan puan CEO. TQ again...
Ok uolls ni ja coretan untuk kali ni. Jumpa lagi lain kali. Chow ching chong...!