/**/
Subscribe Twitter

Rangup Ikan Celup Tepung, Terengganu


Celup jangan tak celup...hehe

Phewittt....kali ni nak bawak korang ikut aku menjelajah tempat makan di pantai timur. Kalau post lepas tempat makan area bandar, kali ni aku bawak area pantai plak ya.


Aminida Seafood
Kampung Teluk Ketapang
21300 Kuala Terengganu
Terengganu

Phone: +60 17-922 3585





Plan awal nak makan ikan celup tepung kat kedai Badrul ICT tapi tak buka plak. Sadis betol sebab selalu orang kata kat situ paling sedap antara kedai ikan celup tepung kat Pantai Teluk Ketapang ni.




Dah rezki kedai ni so kita bersantap bercelup kat situ ja la kan. Selain seafood, korang boleh pilih makanan lain yang korang rasa nak makan.




Masa sampai tu semua makanan celup-celup tu dah hampir habis. Yang ada pun dah sejuk. Tapi tokey kedai kata diaorang boleh goreng dan panaskan semula. Nak buat macam mana kena terima jugak la sebab dah takde kedai ikan celup tepung lain kat situ. Dah malas nak pergi cari tempat lain pun ya jugak.

Bukan ikan je yang ada tau. Ada pisang celup tepung, pari celup tepung, udang celup tepung, sotong celup tepung. Haa apa lagi nak.. segala benda boleh celup kui kui..

Ikan seekor RM6. Udang 5 ekor RM11 kot macam tu la lebih kurang. Sotong kira timbang. Tak ingat berapa. Resit pun dah ke mana aku campak. Next time aku alert sket la bole kongsi sekali kan.













Masa menunggu tu aku perhati la keliling. Snap gambar sana sini. Tak ramai yang datang. Mungkin malam ramai kot sebab aku datang tu dah nak petang.
















Aku pilih. udang, sotong dan ikan. Nampak rangup dan sedap je tepung dia tu. Tak sabar nak makan ni.










Bila makanan sampai, terus la hadap udang dulu. Nyum..nyum...kibas..kibas...Nak tau pasal apa aku cakap kibas? Tangan kanan makan, tangan kiri kibas lalat. Adoyai stress giler makan kat situ, nak je aku panggil staf suruh dia kibas lalat tu biar aku dapat makan dengan tenang.

Tak faham la kenapa la tokey kedai ni nole pandang ringan je benda macam ni? Pelanggan akan lari kalau keadaan ni berterusan. Ya la kalau korang tak penat ke nak layan, mana nak makan mana nak kibas lalat. Silap-silap masa korang nganga mulut, ingat sotong yang masuk, rupanya lalat yang masuk. Wakakaka...

Makanan memang sedap. Sos cicah Terengganu ni memang tak bole tanding la. Memang terbaik dan terbukti sedapnya.

ABC tu memang sedap, manis tapi ketulan ais tu besar sangat. Malas nak tunggu minum habis, aku suruh staf bungkus air tu. Bole minum sambil lepak-lepak kat tepi pantai.




Sebelum balik sempat la meronda keliling pantai. Suka tengok ukiran kat lampu jalan tu. Cantik sangat. Pokok-pokok kat situ pun cantik. Macam kat oversea je gamaknya. Angin pun sepoi-sepoi bahasa.













Aku siap beli berbotol-botol sos nak cicah dengan keropok kering nanti. Tapi bukan beli kat kedai ni la, aku beli kat kedai yang jual keropok lekor di Manir. Terbaik beb kedai ni.



















Ok la ni ja nak citer kali ni. Jumpa lagi di lain story...Bye !


Lain kali makan kat semua tempat ni eh...

Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak