Horas...sampai jugak ke entry akhir jenjalan di Medan. Kali ni nak bawak semua meredah puncak gunung dan bandar Medan.
Aku lebih suka jelajah hutan rimba berbanding Shopping Mall kalau pergi melancong. Kita mesti lah cari kelainan bukan asyik-asyik tengok benda yang seakan sama ja. Tak bosan ke macam tu?
Sebelum teruskan pendakian kitaorang makan dulu kat warung kecil tepi Danau Toba. Pak Supir kata cuba la minum air kopi hangat dan roti di situ. Walau pun tekak kembang tengok peralatan dan makanan kat situ tapi gigihkan jugak telan sebab nak merasa.
Sempat posing jap keliling kawasan tu sebab cantik sangat keindahan Pulau ni.
Cantik giler pemandangan Danau ni. Walla...
Setel makan bergerak la menuju puncak. Waa gayat beb lalu tepi Danau, tepi gaung dan tepi curam. Ah, segala benda tepi la. Kih-kih...
Laluan bercuram jangan cakap la. Tawakkal ja kitaorang kat dalam kereta tu. Kejap bising kejap senyap. Bila jakun mula lah bising. Bila takut semua senyap seribu bahasa. Rindu la perangai comel korang.
Tak da yang menarik kat situ cumanya korang boleh tengok sekitar Danau Toba dengan lebih jelas. Keliling di tanam pokok bunga kertas yang merimbun. Kat sini la jugak kitaorang melepaskan hajat. Semua sakit perut lepas makan dan minum. Redha ja la.
Masa aku naik tu free ja. Supir maklumkan mungkin akan datang akan dikenakan bayaran kat situ. Nasib baik kitaorang datang cepat.
Dalam perjalanan turun ternampak la mata air yang sangat dalam. Tapi tak sempat singgah sebab nak kejarkan masa untuk sampai ke Airport.
Tak sangka betol aku atas puncak gunung ada manusia yang sanggup duduk. Banyak kampung dan banyak gereja kat situ. Siap sekolah lagi ada kat situ. Sempat bercucuk tanam sekali diaorang ni. Tabik spring la beb untuk korang.
Terkesima kejap mata bila nampak kedai Zhulian kat situ. Wooo...terfikir macam mana diaorang bawak naik elektrik kat atas tu. Minyak kenderaan. Hebat betol manusia ni kan.
Kat tepi jalan kerap jumpa kalungan bunga dihias berbentuk tulisan kalau ada majlis keraian, perkahwinan dan kematian. Kreatif jugak diaorang ni kan?
Sebelum pergi Airport sempat singgah ke Istana Maimon je. Tempat bersejarah lain tak pergi sebab semua nak bershopping kat bandar plak.
Rekabentuk Istana tu gabungan gaya Islam, India, Itali dan Sepanyol kata Supir. Kalau pergi Medan korang mesti datang ke Istana ni kalau tak, macam tak pergi Medan kata Supir tu lagi. Istana Kesultanan Deli katanya. Tapi ada aku kisah? Huhu..
Aku tak sempat nak masuk ke dalam sebab nak kejarkan masa nak melayan kawan-kawan bershopping termasuk la aku. Ngeh-ngeh...
Mulanya tak kisah shopping tapi bila Supir bagitau memang murah kat situ, apa lagi kitaorang tak menyabar la nak perabis duit.
Aku tak ingat apa nama Pasar ni tapi memang kiri kanan penuh dengan jualan telekung, baju batik dan kain ela. Rambang mata wei tengok semua tu. Yang bestnya sebab tak perlu mendaki Mall bertingkat-tingkat macam kat Bandung. Jadi urusan membeli belah kitaorang setel dengan cepatnya.
Bila sampai kat Airport, apa lagi masing-masing cari makanan la sebab perut kitaorang dah berkeroncong. Bantai ja la apa yang ada janji perut kenyang. Lagi pun tak perlu beli makan kat flight nanti sebab penerbangan sekejap sangat.
Sempat lagi aku bershopping kat Airport tu bila tengok semua benda murah-murah kat situ. Borong jangan tak borong. Muahaha...
Alhamdulilah sampai KLCC pun awal lagi tak sempat malam pun. Suka sangat bila kapalterbang dah jejak ke tanah. Horas Malaysia. Hehe...
Ok jumpa lagi di lain entry melancong. Daaa....