Holla...hari ni Johor keja tau, tak da coootiiii Deepavali ya...!
Citer melancong belum siap lagi so aku nak bagi citer ni dulu la ya. Dah dua minggu rasanya guna produk ni.
RM80
Biasa la aku ni mudah terjebak dengan iklan. Jangan la korang bagi aku tengok katalog ke, apa ke, laju ja tangan aku ni cari maklumat kalau berkenan.
Tak sabar rasanya nak mencuba bedak ni bila dah dapat. Cantiknya terletak dalam pouch ni. Siap ada kad TQ lagi. Class ko Jah...
Macam produk ni katanya 3 in 1. Foundation dan bedak sekali. Senang je calit. Tak payah tepek banyak benda kat muka. Bila travel pun tak payah bawak banyak barang keperluan muka.
Macam biasa disertakan jugak kandungan bahan dan cara pakai bedak ni. Mana la tau ada juga spesis yang sengal tak tau nak guna bedak ni.
Aku tak cakap kalau tak da story pasal guna pakai bedak ni. Pengalaman salah sorang geng bas sekolah aku. Giler ketawa pecah perut bila kitaorang dengar dia citer hari tu. Haha...
Selalunya lepas basuh muka, aku gunakan serum, pelembap siang, foundation dan bedak. Haa..nampak tak berapa banyak step dan barang nak guna. Berjinjit letak dalam beg alat solek.
Dengan bedak ni katanya memudahkan kerja. Tak perlu bawak berat-berat beg alat keperluan muka. Kalau dulu 5 barang keperluan nak bawak, sekarang ni 1 keperluan je. Dah ringan sikit beg tu.
Masa mula-mula guna tu rasa suka sebab memang mudah. Sekali calit, dap, dap ja kat muka dah setel. Boleh keluar rumah terus. Maklum aku hanya guna bedak, celak mata dan lipstik ja. Eye shadow, blusher semua tu memang tak rajin nak pakai.
Senang citer berbaloi la beli Kaay Cosmetic ni sebab memudahkan kerja menyolek. Amat menjimatkan sebab span basah tu boleh diterbalikkan ke arah satu lagi bila dah kering. Lagi satu bau bedak ni wangi, lembut dan sejuk. Best ja...
Cumanya yang aku kurang gemar sebab besar sangat bekas ni. Menjejaskan ruang dalam handbag. Kalau dapat sediakan bekas yang comel kan lagi bagus.
Lagi satu, bedak ni hanya ada satu warna ja. Bila dah lama pakai tu aku rasa muka macam gelap. Geng ofis pun perasan dan diaorang kata warna bedak ni tak sesuai dengan tona kulit aku.
Harap-harap lepas ni pihak pengurusan Kaay Cosmetic ni dapat sediakan bedak mengikut tona wajah pelanggan. Maklum semua orang kan ada warna kulit masing-masing.
Ok la ni ja nak celoteh untuk hari ni. Jumpa lagi. Tata...