/**/
Subscribe Twitter

Keretaku Merajuk


Uwaaa...terbang fulus nih...

Walla...bertimpa keretaku masuk wad. Lepas satu, satu sakit. Masuk tak lama, ubat tak seberapa tapi ongkosnya yang terbang beratus. Nak buat camna redha ja la.




Mula-mula cik Wira yang sakit. Nasib baik aku ada ramai hero. Diaorang la yang bantu wira ni dari tersadai di tengah jalan. Terimakasih panglima-panglima ibu.

Esok hantar workshop ingatkan bateri tapi rupanya altenator ja. Benda kecik tapi beratus. Dah sampai masa tukar la kan. Terbang la Rm280.




Esoknya cik Saga plak tak bole start. Geng bas sekolah la yang tolong plak kali ni sebab tersadai kat ofis.

Ingat kan bateri tapi dah cuba jumper tak boleh hidup jugak. Mula ingat guna kereta MYVI tak jalan cuba la plak kereta Volvo, pun tak nak hidup. Nak panggil mekanik tak da plak yang free masa tu. Tokey workshop bagi pinjam bateri dan jumper je.

Anak aku datang masa tu dah nak malam. Dah gelap tak nampak apa pun. Anak cuba start tapi tak boleh jugak. Dia kata bukan bateri ni sebab dah guna bateri dan jumper dari bengkel pun tak boleh hidup jugak. Anak kata mungkin starter atau benda lain ni. Student class malam pun dah tolong tolak tapi tak nak hidup jugak cik Saga ni. Adus...

Akhirnya tersadai la satu malam kat ofis. Tido lah bertemankan embun ya malam ni.










Esoknya panggil la towing datang ambil cik Saga. Bila dah sampai bengkel, check sana check sini, bateri ok, semua ok. Dah nama Mekanik so diaorang suspek mesti kunci cik Saga ni sebab cover kunci dah terbarai. Mesti cip sensored dalam tu dah hilang.

Pergi la plak kedai kunci berdekatan. Tokey kunci ikut aku pergi bengkel dan ternyata memang kunci yang problem. Maka kena lah buat kunci dan cover yang baru. Cip sensored oh cip sensored, macam tu pun dah RM200 harga kau ya. Nak buat macam mana bayar ja la.










Itu lah dia bak kata orang jangan bercakap nak tukar kereta ke atau beli kereta baru ke, nanti kereta yang sedia ada tu akan rosak tiba-tiba ja.

Dah beberapa kali aku lalui pengalaman kereta merajuk ni. Ampun ya cik Wira dan cik Saga, lain kali aku lebih berhati-hati dan akan pujuk korang ja selalu. Sayang la korang kereta-kereta ku. Daaa....


Seksi mekanik...xoxo...









Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak