/**/

Pages

Subscribe Twitter

Kursus Strategy & Tactics Guerrilla Marketing


Super Stokis negeri bersama CEO dan penceramah...


Selamat bercuti hujung minggu bagi pekerja gomen dan awal minggu bagi pekerja swasta. Mesti mood santai-santai ja kan? Meh nak ajak layan celoteh bab kursus hari tu yang dah lama terperap dek kekangan masa.


Faculty Guerilla Marketing
Seksyen 15, Persiaran Pekeliling
Bandar Baru Bangi
43650 Bangi, Selangor.
GPS : 2.933462, 101.765105

Tel: +60 3-2143 2386

8.30 pagi - 11.30 malam

Penceramah :
Mejar Amir (FB : Mej Amir Guerrilla)
En. Syamsul Adlan (FB : Syamsul Adlan Mahrim)







Kursus ni ditaja oleh pihak MHAMsb khas untuk Super Stokis syarikat seluruh negeri. Sepatutnya diadakan selama 2 hari tapi disingkatkan jadi sehari saja memandangkan semua yang hadir datang dari pelusuk negeri. Ada yang sanggup terbang dari Sabah untuk menimba ilmu. Tahniah untuk diri sendiri ya.




Syarikat MHAMsb (Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd) ni adalah syarikat pengeluar dan pengedar untuk produk Minyak Herba Asmak atau Minyak Asmak je. Sekarang ni produk tengah hot kat pasaran tau. Sangat-sangat berkesan untuk sesiapa yang ada masalah asma (lelah), semput, sesak dada, susah bernafas, batuk berkahak, selsema dan macam-macam lagi. Nak tau lebih lanjut? Klik je link kat bawah ni :

>> MINYAK ASMAK <<

Pada awalnya ada juga rasa cuak dan segan di hati nak berjumpa ni. Maklum selama ni hanya berjumpa dan kenal di alam maya ja. Grup whatsap dan telegram penghubung bicara.

Yang penting kuatkan hati dan minda, fokus tujuan utama untuk menimba ilmu yang diberi.

Akhirnya dapat juga bersua muka dan berkenalan dengan lebih dekat lagi kesemua 23 Super Stokis negeri yang hebat-hebat jualannya. Masing-masing rasa kerdil antara satu sama lain pada awalnya.




Tapi bila dah berjumpa semua jadi rapat dan macam satu keluarga. Sampai penceramah pelik dah macam reunion plak katanya. So korang bole bayangkan lah macam mana gempaknya kitaorang dalam kelas tu. Huhu...




Masa aku sampai awal pagi tu semua tak da kat class sebab dah turun sarapan awal. Jadi ambil kesempatan la berselfie dengan gambar penceramah. Pelbagai gaya la dibuat macam lukisan dinding plak. Hehe...












Kelas bermula jam 9.30 pg. Banyak jajan dan cenderahati. Waktu kelas berlangsung peserta bebas buat apa saja seperti makan minum kecuali tengok handphone memang tidak digalakkan. Nanti hilang fokus...







Mula tengok macam garang je penceramah ni. Mejar Amir namanya. Seorang yang nampak tegas tapi amat sempoi orangnya. Peramah dan berpengetahuan tinggi.
Bukan bodek ya tapi ni hakikat dan pendangan pertama untuk penceramah yang berkaliber ni.

Ilmu yang diberi bukan ilmu biasa-biasa yang kita boleh dapat kat kursus marketing yang lain. Pengisian lebih kepada sudut business-to-business, terutamanya antara kita dan ejen-ejen di bawah kita.

Sepanjang kelas diadakan, memang tak rasa mengantuk langsung. Sangat bersahaja ucapan dan kata-kata dilontarkan waktu menyampaikan ilmu. Sampai terasa cepat betol masa berlalu.

Tak da la macam separuh kursus tu ada yang suruh peserta bangun la, menari la, apa la lagi gaya dibuatnya semata-mata tak nak suruh peserta bosan dan tersengguk tido.




Pada mulanya aku ingat nak senyap je. Nak dengar je tak nak bertanya atau menyampuk. Tapi bak kata orang, kalau dah biasa dan jadi diri sendiri, memang tak la aku nak senyap. Mula la bertanya macam-macam soalan sampai gempak kelas dibuatnya.

Sampai Mejar Amir gelar geng aku yang berlima ni geng Kak Senah ketawa bawah meja gara-gara citer melankolik dari seorang stokis negeri. Muah ciked la Mejar. Bila ingat balik memang akan senyum sorang-sorang. Hahaha...










Waktu makan tengahari sampai pun tak sedar gara-gara khusyuk mendengar celoteh Mejar.

Aku lambat turun makan sebab ada sesi interview syarikat. Adoi berapa kali cut la sebab gemuruh. Dah ingat dalam kepala apa nak cakap tapi bila nak shoot semua hilang. Maklum dah lama tak di interview. Bukan aku ja yang 4 orang lagi pun sama. Sabar ja la kan Mr Cameraman.

Makan berjemaah kat Restoran Teh Tarik tingkat bawah bangunan Bangi Gateway tu. Masa makan pun kecoh jugak dengan perbincangan dan perbualan sempoi kitaorang. Best betol geng-geng minyak ni.







Sesi kedua kelas ni dari tengahari sampai petang pun tak rasa bosan. Sebabnya banyak perkara baru yang Mejar sampaikan. Kitaorang fokus, tambahan lagi group aku ni memang selalu jadi tawanan Mejar, sebab tu la berganda-ganda fokus.

Ni baru betol orang kata, masuk kelas guerilla, semua harus la jadi gorila, aktif sepanjang masa. Kih-kih...


Sampai tertunduk Mejar dengar cerita Pn Blog...hehe


Untuk makan malam CEO Cikgu Fazilah belanja kitaorang makan special sikit menu Cina katanya. Terbukti memang sedap makanan kat situ. Lupa sekejap kena pantang makan ni. Sekarang timbul pantang jumpa makan. Alhamdulilah perut tak meragam sebab langgar pantang.







Bayangkan pagi hari dah bedal nangka madu yang CEO bawak fresh dari ladang. Lepas tu makan tengahari dan malam tak hengat, dalam takut bantai jugak la kan, dah free, jangan membazir katanya.

Kat restoran pun sempat lagi aku buat kecoh. Kali ni dengan staf restoran. Dari semua malu-malu kucing terus ada yang nak bergambar dengan aku. Berangan jap ala-ala retis la eh. Wakakakaka...

Cerita makan-makan ni nanti aku tulis kat ruangan yang lain ya, Tunggu jangan tak tunggu. Rugi kalau tak tunggu. Kui-kui...




Kelas malam plak memang tak ngantuk jugak sebab Mejar pandai mainkan peranan dalam penyampaian. Semua yang terlibat aku tengok cergas je tak da muka toye pun.

Sepanjang kelas ni apa yang aku dapat adalah... rahsia huhu... OK la, kita kongsi satu je. Ada satu perumpamaan yang diberi tu, memang sesuai sangat. Katakan dalam perlawanan bola sepak, kita perlu ada bola yang berkualiti (produk) dan pemain-pemain yang hebat (ejen-ejen kita). Kita ni pulak umpama Ong Kim Swee (jurulatih) yang perlu fikir strategi, jerit-jerit kat tepi padang untuk pastikan pemain bermain dengan betul. Besar peranan kita tu kan?

Memang kelas ni lain dari yang lain. Aku rekomen korang join la kalau Mejar ni yang bagi talk. Tak rugi tau. Terbaik la Mejar...tak sia-sia bersara awal... kipidap !!!







Yang paling best sekali adalah momen di bawah. Sebelum balik sempat berposing dengan Mejar. Sporting la Mejar ni. Agak-agak korang berani tak buat perangai macam aku ni? Haha...

Bila tanya kenapa bunting tu gambar berpaling ke belakang? Mejar jawab tu style dia..unik gitew...!!! Ok setuju Mejar memang unik!!!







Terimakasih diucapkan pada CEO syarikat atas peluang yang tak berbelah bagi pada kami dan juga ucapan terimakasih jugak untuk Mejar Amir atas ilmu yang diberi.

Inshaallah aku dan geng-geng yang terlibat akan gunakan ilmu dengan sebaiknya.




Tak lupa jugak cenderahati dari CEO, Pn Fazilah dan En Selodi. Cantik sangat semua barang kat dalam beg merah tu.







Mejar Amir dan En Shamsul pun tak lupa bagi cenderahati. Unik sangat key chain tu. Tocey-tocey...!







Stop learning, start doing....gitew...!


Tu dia jawapan anak didik..huhu



Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai