Minggu ni aku nak citer pasal melancong plak. Last tempat untuk melancong ke Indonesia.
Kali ni nak bawak korang berangan-angan atau bagi info sikit sebanyak kalau melancong ke Medan. Mudah-mudahan membantu melancarkan perancangan perjalanan percutian korang.
Haaa....sebelum terlupa, nak bagitau kat sini bila sampai sana korang akan dengar perkataan HORAS bermaksud selamat datang. Selamat bercuti di Medan !!
Penerbangan ambil masa 45 minit ja dari KLCC ke Medan. Dekat macam Johor ke Kuala Lumpur ja. Tapi dalam pada dekat tu pun macam biasa la muka Pn. Blog ni akan masam dan senyap seribu bahasa. Hehe...
Bila dah mendarat jejak tanah je baru bole senyum dan berborak. Haish...bila la nak hilang rasa penakut aku ni kan?.
Alahai kecik ja airport Medan (Bandar Polonia) ni. Pak Supir dah sedia menunggu dengan kereta Avanzanya. Ingat dah tua tapi muda tu. Nama pun pelik. Ridu nama supir ni. Peramah dan sempoi ja orangnya.
Plan awal dia ajak terus ke Danau Toba (Parapat) baru lah ke hotel. Aku folo je la kan. Perjalanan ke sana ambil masa hampir 5 jam. Dia cadangkan aku makan tengahari dulu dan rekomen restoran yang ada makanan sedap katanya.
Kedai makan RM Beringin Indah 1 ni merupakan kedai kenalan dia jugak sebab dengan jujurnya dia kata kalau dia bawak pelancong atau sesiapa datang makan kat situ dia akan dapat komisyen. Gitew orang sana berkongsi rejeki macam motto yang diaorang selalu bagitau.
Aku ajak dia makan sekali. Dan pastinya nak cuba menu utama iaitu burung goreng. Memang sedap la rasanya sebab semua rempah sebati. Sampai 2 ketul aku telan. Burung puyuh la katakan.
Macam biasa diaorang akan hidang semua lauk depan korang so pilih la lauk mana ja yang nak makan. Kalau tak nak makan jangan sentuh sebab bila ambil untuk rasa sikit pun korang akan disuruh bayar satu pinggan hidangan tu.
Tempat solat pun ada tapi berkongsi lelaki perempuan. Adoyai terkial-kial tak bebas nak buka tudung. Kui-kui...
Danau Toba
Ajibata, Parapat
Indonesia
Cantik betul keindahan alam semulajadi sepanjang perjalanan menuju Parapat. Macam kat oversea. Eh, tapi betol la kan memang oversea pun kan. Kih-kih...
Akhirnya sampai la ke Parapat dan aku dibawa ke jeti untuk naik feri menuju ke Pulau Samosir melalui Danau Toba. Perjalanan lebih kurang 1 jam jugak kot. Ada 2 pilihan feri kat sini. 1 feri boleh bawa kenderaan sekali. 1 feri lagi hanya feri penumpang biasa ja.
Setel ambil tiket aku tunggu kat kedai berdekatan. Ada beberapa orang jual cermin mata dan paksa aku beli. Tak da maknanya nak layan sebab mahal. lagi pun cermin mata aku dah sedia gelap so tak sibuk-sibuk la nak beli buat perhabis duit ja.
Tetiba mata aku terpandang satu pemandangan yang tak sepatutnya. Cer teka apa? Jeng..jeng...gimnastik air bogel katanyer...kuang-kuang !!!
Suka plak tengok bebudak ni melenting meliuk badan terjun dari jeti tu. Adoyai dalam la..seriau plak aku tengok kalau la tersalah langkah boleh patah tulang belulang korang dik oi.
Nampak je kelibat feri tak sabar rasanya nak segera sampai ke Pulau Samosir tu. Apa ja la agaknya yang ada di jual kat situ kan?
1 jam jugak nak bergerak semula feri tu sebab menunggu kereta berbaris masuk.
Aku pilih tingkat atas la sebab tak nak kena panas. Puteri lilin sangat ni. Hehe..
Tempat duduk atas ada aircond. Sambil tengok pemandangan mata aku ternampak dua tiga budak berenang kat dalam danau tu. Mak ai dah macam ikan plak korang bukan main lagi jinak berenang. Best dan kagum sekejap tengok.
Ada penumpang baling makanan, duit atau apa ja la, nanti budak-budak ni akan kejar dan cari. Terhibur plak tengok gelagat diaorang ni.
Cantiknya sekitar pemandangan danau ni, macam kat laut dah rasa. Angin sejuk sepoi-sepoi ja lalu kat pipi.
Supir aku ni gasak la bercerita katanya danau ni terhasil dari letusan gunung berapi. Bila dah berhenti muncul plak mata air yang ntah datang dari mana yang keluarkan air tak berhenti sampai la terbentuknya danau atau tasik yang besar ni.
Dalam danau ni ada banyak ikan sebab tu ada banyak rumah kecik sekitar danau ni. Air pun tawar kata supir tu lagi. Layan ja la citer dia ni kan. Pet pot pet pot. Haha..
Dah puas layan kat tingkat atas feri aku turun plak kat bawah. Saja nak ambil gambar dan nak berfoto-foto tepi feri berlatar belakang kan panorama indah ni. Bersih giler danau ni macam lautan simen berkilat plak sekali tengok.
Nak dijadikan cerita masa sibuk snap gambar, kawan aku ni dia gasak la hayun-hayun kaki kat tepi lubang feri. Aku dah tegur jangan buat macam tu nanti selipar kau jatuh.
Tup-tup belum habis cakap gedebap benda jatuh dalam air. Sekali tengok selipar kawan aku tu. Haaa merasa la kau kan aku dah tegur tak nak dengar.
Dari kesian nak simpati kitaorang gelak plak ramai-ramai. Nasib baik dalam kereta ada selipar supir bole pinjam. Tak pasal-pasal kena beli selipar baru kat pulau. Huhu...
Sampai je Pulau Samosir destinasi pertama adalah kedai menjual selipar sebab ada geng yang kehilangan selipar di makan ikan. Walla...
Entry ni aku tak citer la apa yang ada kat pulau ni sebab aku letak kat entry lain. Nanti aku bebel kat sana eh. Senang citer 2 kali aku ke sini tapi ikut perjalanan yang berbeza. Kalau ni jalan air esok jalan darat.
Lepak kat Pulau ni dalam 2 jam jugak la sebab nak kejarkan feri untuk balik semula ke Parapat. Sampai Parapat aku singgah minum kat gerai berhampiran Danau. Tengah sedap makan minum ada la makhluk ni dok datang mengacau. Tapi jangan risau sebab dia tak usik orang, cuma tengok ja. Nak berkenalan kot. Hehe...
Sempat jugak singgah kat kubur orang besar daerah Parapat tu. Supir la bagitau. Layan ja la kan...
So korang, kalau nak tau citer selanjutnya tunggu sambungannya nanti ya. Daaa....