Jumpa lagi di entry jalan-jalan jelajah Pulau Samosir, Medan. Kali ni nak melawat tempat yang lebih cantik dan bersejarah. Perut dah kenyang tenaga dah ada, apa lagi terus ronda la.
Air Terjun Sampuran Efrata
Tak jadi ke Hotspring, Supir terus bawa ke Air Terjun Sampuran Efrata. Mak ai jauhnya perjalanan ke situ. Tak banyak kenderaan lalu dan tak ramai yang datang kawasan tu. Supir kata tempat tu jauh sebab tu la tak ramai datang tapi air terjun tu memang cantik katanya.
Sepanjang perjalanan memang rasa tenang je sebab kawasan keliling yang hijau dan cantik. Walau pun cuaca panas tapi rasa sejuk ja sebab angin danau toba yang menghembus lembut. Cewah gitu ayat jiwang Pn Blog.
Sempat lagi ajak Supir berfoto sama. Jeng..jeng...
Ada jugak beberapa anak orang Batak mintak sedekah tak kira duit atau makan area situ. Aku bagi makanan ja la pada diaorang sebab Supir kata diaorang kurang makan kat situ.
Dari jauh dah nampak air terjun tu kecik je turun ke bawah. Tak sabar rasanya nak jejak dan main air kat situ.
Laluan berbatu tapi redup sebab dikelilingi daun pokok yang rimbun sekitar air terjun tu.
Mata aku terpaku kejap tengok air terjun tu yang sangat indah aku rasakan pemandangannya. Ikut hati nak ja terjun berenang main air.
Masa ni la aku ambil kesempatan makan dan minum dulu nasi campur yang berbungkus tadi bersama supir ni. Korang mampu buat macam aku tak makan asal bole ja tak kira tempat janji perut kenyang terisi. kredit kat situ untuk Pn. Blog. Ngeh-ngeh...
Sebelum balik ambil kesempatan la merendamkan kaki sekejap. Sejuknya rasa air ni. Best betol la, rasa nak mandi terus. Huhu...
Tak puas main air kat air terjun tu aku turun plak main air kat bawah batu berdekatan air terjun tu. Cuaca panas dapat plak berendam kat air, walla sangat ni.
Batu Kursi Parulubalangan
Sebelum masuk ke kawasan sejarah ni aku melepak jap kat sekitar tempat yang banyak di tanam pokok jagung. Dah sama tingginya pokok jagung tu dengan kitaorang. Petik ja kalau nak tapi kitaorang semua takut nak petik, nanti orang kat situ ikut. Ceh berimaginasi halus plak kitaorang kat sini.
Seram jugak bila tengok rupa bentuk batu kat situ. Ada beberapa susunan kerusi batu tempat Raja Batak menjatuhkan hukuman pada pesalah waktu tu. Hukuman bukan calang-calang tau, penggal kepala terus. Tak berani plak nak ambil gambar kat tempat pemenggal tu. Rasa sangat menakutkan macam batu-batu tu merenung kita ja. Jangan la ada yang mengigau plak malam ni.
Apa motif pun aku tak tau segala batu semua dibuat patung berbentuk. Ish..ish..
Muzium Batak
Dah nak maghrib baru la sampai kat sini. Memang sengaja pun datang last kat Muzium ni sebab dekat dengan tempat bershoping. Masuk ja kat dalam Muzium ni mata aku tertumpu pada semua ukiran-ukiran patung kat situ. Seram wei rasa nak turun je. Semua gambar yang di snap kat sini jadi blur. Apasal ek jadi macam tu?
Sekejap je kitaorang melepak dalam Muzium ni. Tapi dalam sekejap tu pun sempat jugak snap gambar pakai baju tradisional batak. RM10 je untuk 15 minit. Phewittt....
Habis ja ronda keliling Muzium, apa lagi semua tak sabar nak bershoping perabis duit. Memang murah la kat sini berbanding jualan kat bandar Medan. Macam-macam jugak la kitaorang beli sampai berjenjet beg semuanya. Yang pastinya tshirt la yang paling banyak kitaorang borong.
Sampai je hotel, perut meragam lagi minta di isi. Apa lagi kitaorang pergi la ke kedai berhampiran. Ingat dekat rupanya jauh. Penipu betol Supir ni tau. Dah la kau tidur sebab penat, kau tipu plak kitaorang eh.
Tapi kitaorang suka aja sebab bole exercise cuma risau ada anjing dan kawasan agak gelap. Mula-mula order makanan kat kedai yang popular katanya tapi bila dapat mi hun soto tu rasa tak boleh nak makan so aku buang ja dan singgah makan kat kedai ala-ala restoran hebat.
Harga makanan agak mahal tapi kitaorang layan je sebab sambil makan sambil diiringi persembahan tarian Batak. Tak sangka diaorang tarik aku join tarian tu. Waduh...
Sayangnya moment kat situ tak dapat dirakam sebab semua handphone habis bateri. Bila dah kenyang balik hotel apa lagi, cari bantal terus hilang dari radar. Haha...
Sambung esok plak. Dada didi dudu...