/**/

Pages

Subscribe Twitter

Menjelajah Pulau Samosir, Medan, Indonesia


Biru mata hitamku...

Sambungan entry Pulau Samosir. Kali ni nak citer macam mana mudahnya nak pergi melalui jalan darat. Korang kena berhati-hati la dengan Supir yang ada. Walau diaorang ni baik tapi kekadang tu ada yang ambil kesempatan nak kenakan kita pelancong luar ni.

Plan nak ke Brastagi, Air Terjun Si Poso Poso tapi semua tak menjadi. Melepak kat Pulau Samosir akhirnya. Apa pun best jugak la sebab dapat tengok tempat bersejarah diaorang ni.

Lepak dulu sekitar tasik. Tak terasa bahang panas sebab angin kuat.







Ada jugak beberapa haiwan yang dibiarkan lepas bebas kat situ. Syoknya kacau diaorang ni.







Kalau semalam guna jalan air hari ni guna jalan darat menjelajah pelusuk Pulau Samosir. Best jugak lalu kawasan di kelilingi sawah dan pemandangan yang menarik.




Lebih dekat guna jalan darat ni. Tak payah lah nak masuk celah pelusuk hutan yang ntah apa-apa namanya. Yang bestnya Supir ni rajin melayan kitaorang snap gambar. Risau jugak bila dia kata tak perlu bawak beg keluar dari kereta sebab di sini zero crime (tak da pencuri). Owh bole percaya ka? Aku tetap heret beg aku keluar sama. Haha...








Rumah Tradisional Batak





Kat Medan ni ramai sangat puak Batak. Kebanyakan beragama Kristian. Sepanjang perjalanan korang akan nampak berbagai-bagai bentuk rumah tradisional orang Batak ni. Tapi diaorang ni baik-baik sangat. Senyum je pada kita kalau terserempak di mana-mana.
















Kantor keselamatan pun ada jugak. Macam nak roboh pun ada aku tengok. Sadis sungguh...




Korang akan nampak ukiran lambang cicak dan payudara kat setiap rumah orang Batak.




Maksud cicak adalah mereka boleh hidup menempel kat mana je tempat yang diaorang nak dan payudara tu bermaksud kesuburan iaitu mesti banyak anak. Gitew hebatnya orang Batak ni.

Nak jahat lagi kita pikir menempel tu bole kawin je dengan mana-mana perempuan yang dia nak sebab nak dapatkan anak ramai. Kui-kui...





TukTuk Timbul





Macam tinggal dalam hutan belantara je bila lalu kawasan ni. Tapi rasa suka jugak sebab cuaca redup dan nyaman. Risau jugak ada sang gayut atau pak panjang melintas atau jatuh dari pokok. Kui-kui..

Dalam perjalanan nampak beberapa penduduk naik tuk tuk untuk pergi ke rumah pengantin. Meriah wei tengok diaorang ni. Budak-budak pun ramai jugak tepi jalan tu. Ada yang menuju ke gereja berdekatan untuk belajar agama.










Korang mampu tak nak duduk dalam kereta macam ni?



Kubur Raja Batak





Puas bergambar sekitar tempat aku dibawa ke kawasan kubur Raja Batak, Raja Sidabutar dan ramai lagi. Kubur diaorang ni banyak simbol agama dan semuanya beragama kristian. Seram la wei. Tengok la muka aku serius betul bila nak berfoto kat kubur tu. Masa menulis ni pun naik bulu roma seram teringat semula.
















Haaa...ngeri tak tengok batu-batu pelbagai rupa ikut muka raja katanya.



Hotspring





Dalam perjalanan ke Hotspring, aku ajak supir cari makan tengahari sebab perut dah keroncong. Masa ni la minyak kereta dah nak habis. Cuak jugak dalam hati kot la dia menipu sebab kitaorang bayar duit minyak. Keliling pekan tu tak da plak aku nampak stesyen minyak.

Tetiba dia berhenti kat sebuah rumah dan deal dengan sorang pakcik kat situ. Rupanya pakcik tu jual minyak kereta dan sebagainya. Bole macam tu ek? Huhu...







Makanan kat kawasan bandar ni memang susah sket nak pilih. Lama jugak termenung nak makan apa. Bole di telan la makanan kat sini walau pun agak susah jugak aku nak pilih menu pada awalnya. Gambar tak da sebab aku bungkus ja sebab tak nak lambat sampai kawasan air terjun tu nanti. Kalau dah gelap susah plak nak berfoto.







Ok sambung di entry lagi satu untuk cerita seterusnya sebab banyak tempat aku pergi dalam satu hari. Tunggu...!



Lagi cerita jalan-jalan di Medan :

Melayari Danau Toba
Menjelajah Pulau Samosir
Air Terjun Sampuran Efrata, Batu Kursi dan Muzium Batak
Puncak Retribusi Objek Wisata dan Istana Maimon
Review Hotel : Toba Village Inn




Terlebih lawak dah ni...









Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai