Hai uolls...ingat tak dulu aku pernah citer pasal rawatan resdung kat Sinar Permata? Kalau masih ingat, bagus tu. kredit untuk korang. Hehe...
Kali ni aku nak citer pasal rawatan resdung lagi. Kali ni buat di Pusat Rawatan Hijrah Permata.
43, Jalan Sri Perkasa 1/2
Taman Tampoi Utama,
81200 Johor Bahru, Johor
Tel:+60 7-241 2661
RM50
Ikut hati takut nak buat lagi rawatan resdung buang hingus ni. Serik rasa buat rawatan dulu. Tapi dek kerana kuatnya hati nak mencuba dan rasa cara rawatan kat sini, aku gigihkan hati melangkah ke sini.
Mula takut jugak nak cuba. Dup dap dup dap degup jantung. Haha penakut sangat ni. Seriau rasa ingat rawatan resdung yang lepas.
Sementara aku tunggu staf mandikan anak dia aku ambil kesempatan la posing snap sana snap sini semata-mata nak ambil keseluruhan tempat untuk tatapan korang.
Meh aku citer step by step cara rawatan dia. Bilik rawatan pun tak berapa nak besar. Muat-muat untuk 2 orang ja.
Mula-mula dia letak putik kapas kat telinga. Ala biasa la tu rawatan awal katanya. Tapi kali ni macam tak da pun bunyi krik krik tu. Agaknya tak da cengkerik melintas kot. Hehe..
Bila aku bagitau staf tak da pun bunyi krik krik tu, dia jawab owh tu tandanya akak tak da resdung di area telinga. Eh bole percaya ke tak ni ek?
Tak lama lepas tu staf suruh aku sedut serbuk. Aku ngelat la sedut sikit ja. Wakaka...
Apa lagi bersin tak berhenti la lepas tu. Dah slow sikit bersin, staf letak plak putik kapas yang basah kat dalam hidung aku. Lepas dia cabut semula putik kapas tu, apa lagi bersin keluar hingus.
Staf mula urut area muka dan hidung aku sambil suruh aku hembus hingus tu biar keluar. Macam mana hingus nak keluar kalau kau picit hidung aku ni. Adey...
Rawatan tu tak ambil masa lama. Kali kedua pun staf buat benda yang sama jugak. Tapi macam biasa hingus aku degil nak keluar banyak-banyak. Malu-malu je dia keluar. Hehe..
Beza rawatan kat sini staf tak letak pun putik kapas yang basah disapu minyak berangin macam kat Sinar Permata.
Rawatan sekejap je dalam 20 minit kot. Tak pulak dia bagi aku pakai cermin mata Alien tu bila akhir rawatan macam kat Sinar Permata hari tu.
Staf ni ada rekomen aku suruh beli penitis mata. Dia kata selain sembur kat mata, bole jugak sembur kat mulut bila kena ulser atau sebagainya. Harga plak mak ai mahalnya RM600 satu botol besar. Dia kata ada jugak botol kecik harga RM250 tapi tu grade lain. Wow ada grade-grade la plak. Huhu...
Dalam pada bercakap tu dia semburnya kat mata aku. Adoyai risau plak la aku alahan nanti. Tapi kan, masa dia sembur tu, tak plak mata aku rasa apa-apa, malah bertambah terang dan tak keluar air mata macam selalu. Dok la asyik kesat air mata yang keluar.
Dia rekomen jugak pelbagai lagi ubat resdung yang ada kat situ. Tapi kali ni aku dah tetapkan hati tak nak beli apa-apa ubat lagi sebab ubat yang beli kat Sinar Permata tu pun tak dimakan lagi. Jus resdung yang dia bagi tu sedap, bole la di minum. Sodap...
Staf tu pun bagitau benda yang sama macam staf Sinar Permata bagitau hari tu, hingus aku ni jenis beku sebab tu susah nak keluar. Kena buat rawatan selang 2 minggu lagi.
Macam biasa la lepas buat rawatan ni hidung memang akan rasa tersumbat dan tak selesa untuk beberapa hari.
Antara dua tempat aku lebih rasa selesa buat rawatan kat Hijrah Permata ni. Aku rekomen la kalau korang nak buat rawatan kat sini sebab lebih sempoi dan santai tapi berbaloi sebab kesannya lebih baik dari sebelum ni.
Bayaran macam biasa, RM50 ja untuk sekali rawatan asas. Bayaran tambahan akan dikenakan ikut jenis rawatan yang korang pilih.
Ok la aku nak stop dulu kat sini. Lain kali jumpa lagi naaa...