Minggu ni rasa macam nak share tempat makan ja la. Biar semua seronok dapat tau tempat makan yang best-best. Meh kita ke restoran kat bawah ni.
Restoran Mat Binjai
1081-Q, Jalan Sultan Sulaiman
20000 Kuala Terengganu
Terengganu
Tel: 09-624 2639 / 09-615 6639
Waktu Operasi: 8 pg - 6 ptg
Tutup: Jumaat
Memang tak plan nak jalan-jalan cari makan kat Terengganu ni. Tapi bila mata dah terpandang signboard kedai ni terus la aku teringat, eh kedai ni macam pernah masuk jalan-jalan cari makan la. Apa lagi, jom la terjah kita rasa betol tak apa yang dipaparkan kat TV hari tu.
Waktu aku datang tu memang peak hour la time orang lunch. So ramai la jugak kat dalam restoran tu. Sesak nak gerak pun berlaga bontot. Hahaha...
Masa tengok menu tu, aku rasa bole la untuk dimakan semua masakan tu. Bila minta nasi dan lauk je, staf kata, akak duduk dulu ya, nanti saya hantar.
Waa rasa macam dapat layanan sang puteri. Tapi pikir balik, eh ko tau ke apa yang aku nak makan? Sabor ja la.
Sementara tu aku perhati la keadaan keliling kedai. Hmmm...tak berapa selesa sebab tempat sempit dan tak teratur. Kebersihan pun aku bagi B. Ececeh senang je kan nak bagi macam tu. Restoran ni dua tingkat tapi masa aku datang tu tingkat atas dah penuh. So sila turun semula ya. Hehe...
Pakaian staf pun aku rasa tak berapa nak kemas. Aku perasan jugak beberapa mata pelanggan yang dok perhati kat staf-staf tu. Tak tau la adakah fikiran diaorang tu sama dengan apa yang aku fikir waktu tu atau sebaliknya.
Pelbagai menu kat situ sampai tak tau nak pilih mana satu. Tapi jangan risau tunggu ja la staf hantar yang mana satu.
Atas meja dihidangkan beberapa jenis buah-buahan. Kat meja aku ada sebakul rambutan. Staf kata bole ambil dan makan ja sebab tu tokey kedai bagi makan free ja. Apa lagi, ngap, ngap dan ngap la.
Staf datang bawak macam-macam hidangan. Terperanjat aku dibuatnya. Terfikir dah macam makan ala-ala nasi padang masa kat Bandung, Medan dan semua tempat di Indonesia.
Bayaran dikenakan untuk makanan yang korang makan saja. Kalau apa yang korang tak nak makan sila letak tepi ya. Kalau ambil sikit ja pun dah dikenakan bayaran.
Aku dah ketepikan siap-siap apa yang aku tak nak makan. Cuma telur penyu, lala dan budu je aku nak rasa sikit. Tak pa la bayar pun bayar la. Lama giler tak makan telur penyu.
Last makan masa kecik-kecik dulu masa tengok penyu bertelur dan kitaorang ambil telur dia lepas tu rebus dan makan.
Teringat lagi masa tu pergi ramai-ramai waktu malam guna lampu picit. Ngendap penyu bertelur. Masa pakcik tu ambil telur aku nampak penyu tu menangis sebab keluar air mata. Tak tau la sebab sakit lepas bertelur atau pun sedih sebab orang dah ambil telur dia. Masa tu kecik sangat tak tau apa pun cuma kesian je tengok.
Masa dapat makan telur tu waaaa sedapnya masuk dalam tekak. Tapi makan budu sikit ja sebab rasa dia dah menghilangkan rasa makanan yang lain. Tak syok plak.
Apa pun semua makanan kat sini memang sedap dan boleh masuk la kat tekak aku ni. Singgang dia pun ummph...Ikan bakar dia pun bole layan.
Ok tu ja nak kongsi bab makan kat restoran ni. Lupa nak mintak resit kalau tak bole snap tunjuk kat sini berapa harga. Aku pun dah lupa harga makanan hari tu. Sori...
Jumpa lagi di bab yang lain pulak. Daaa....