/**/
Subscribe Twitter

Lembut Dan Enak Roti Paung Panas


Sedap tau roti nih...


Huhu...tak siap lagi citer sensasi sebab kekangan masa dan berjela mengarangnya. So kita proceed yang ni dulu la ya. Eh...eh...dah macam kat ofis plak ber proceed proceed bagai.

Korang pernah makan roti paung tak? Aku selalu dengar la tapi hari tu dapat jugak la merasa roti paung ni. Roti paung ni popular kat Terengganu.

Bukan main lagi beratur nak beli roti paung ni. Semakin terasa kat tekak ni nak makan roti paung ni.


Roti Paung Che Wan
89 T9, Kampung Banggol
21070 Kuala Terengganu
Terengganu

RM3

Tutup hari Jumaat

8.30pg sehingga roti habis





Roti ni terbagi pada 2. Roti paung mentega dan roti paung kacang. Dek kerana nak merasa makan semua tu aku beli ja dua-dua tu sekali.




Sementara menunggu aku dengar makcik pakcik tu berborak sesama diaorang. Sorang makcik tu beli 8 bungkus roti paung semata-mata untuk bagi anak dia bawak balik asrama katanya.

Makcik tu tanya aku dari mana sebab mungkin dia dengar loghat aku lain dari diaorang kot. Dengan ramahnya tanpa ditanya dia bagitau aku roti ni kalau nak makan masa panas-panas lagi baru sedap. Kalau dah sejuk tak sedap dah. Ok noted makcik. Hehe...

Aku pun terlebih ramah la terus tanya memang banyak ke kedai roti paung ni? Makcik tu bagitau kedai ni yang terbaik dan tersedap rotinya. Ada lagi satu kat Chendering katanya.




Sementara tunggu tu aku perhatikan lah proses buat roti paung ni. Staf memang dah sediakan siap-siap dari rumah. Sampai kedai tu tinggal letak je kat oven. Jadi kalau nak curi-curi tengok cara buat atau resepi roti paung ni, memang tak dapat la ye.







Dah masak diaorang keluarkan dan letak pulak kat atas dapur. Dalam beberapa minit diaorang akan tonggangkan roti tu untuk keluarkan minyak yang lebih dari roti tu. Ada la dalam 2 atau 3 kali proses macam tu berulang.

Dah kering minyak tu maksudnya roti tu dah masak dan garing. Tiba masa sorang lagi staf sapu mentega atas roti tu dan letak terus dalam plastik dan boleh la bagi pada pelanggan.





Bagi aku roti paung kacang lagi sedap dari roti paung mentega. Apa lagi bila dapat je terus ngap..ngap..dan ngap sampai separuh habis roti tu.

Roti paung mentega aku makan dalam 3 biji ja. Memang lembut rasa masuk terus dalam mulut. Comel je roti tu kecik senang masuk sekali dalam mulut.

Selain sedap dan lembut rasa roti paung ni, aku memang puji la sebab rasa dia tak berubah dan tekstur lembut tu masih ada walau pun roti tu dah sejuk. Dah 2 hari pun masih sama lagi keadaan dan rasa. Menyesal plak beli 2 je roti tu.




Ok la citer pasal roti perut aku pun dah keroncong nak mintak diisi. Apa lagi jom la kita zass pergi cari makan tengahari. Kui-kui...

Jumpa lagi next time. Babai...!


Lawak la si comel nih...

Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak