/**/

Pages

Subscribe Twitter

Nasi Goreng Sedap Di Teh Tarik Place, Bangi Gateway


Korang tau kat mana ni tak?


Masa kursus Guerrilla Marketing hari tu para peserta makan kat Teh Tarik Place yang katanya sedap dan terkenal kat area Bangi ni.

Meh aku story sket tentang restaurant ni. Harap-harap dapat membantu yang kaki makan tu nak cari port baru. Kui-kui...



Teh Tarik Place Bangi Gateway
Unit 18 &19 Ground Floor
Bangi Gateway Shopping Complex
Seksyen 15
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor

+603-77272257

Setiap hari dari 10 pagi - 10 malam





Staf pulak semua lelaki, pakaian pun seragam dan kemas. Tapi kenapa ek kebanyakan restaurant, staf akan pakai baju berwarna hitam?. Tau la hitam tu tak senang nampak kotor tapi malap ja nampak kan?. Korang setuju tak dengan pendapat aku ni?




Ada sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam kat sini. Kawasan bersih dan teratur. Toilet pun wangi dan bersih tak macam toilet sesetengah kedai makan, bau jangan citer la kan.




Pelbagai menu ada dijual kat sini. Menu tradisional, western, semua ada. Pilih dan keluar duit ja la bayar lepas makan nanti ya.







Rata-rata peserta termasuk aku pilih menu paling mahal dan top kat situ. Maklum free orang sponsor, apa lagi, order jangan tak order. Ngeh-ngeh...

Yang tak bestnya kat sini, staf tak berapa nak alert pada tetamu yang datang. Kena berpanggil baru datang ambil order. Dah order lambat plak sampai pesanannya. Tapi tak pa, mungkin ramai orang masa tu.










Bila order sampai, salah plak menu apa yang kitaorang order. Air pun macam tu, bagi yang salah padahal dah siap tulis bagai. Adoyai...




Nasib baik la Nasi Goreng Ayam TTP RM11.70 dan Apple Jus RM6 tu sedap. Terubat sket rasa marah tu.




Ok la, ni ja yang boleh aku share kali ni. Sikit sangat kan maklumat, tapi memadai la yang penting-penting dah ada kan. Hehe...

Jumpa lagi di keluaran jalan-jalan cari makan Meed Mickey...Bye..!


Haha...speechless..



Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai