/**/
Subscribe Twitter

Teratai Layu Di Toba Village Inn, Medan, Indonesia


Villa Hotel...

Macam biasa tak review hotel tak sah untuk Pn. Blog. Kali ni nak kata hotel tak, nak kata motel tak, tapi lebih kepada chalet kot. Penginapan peranginan di kelilingi hutan kehijauan mata memandang, kebiruan danau berombak halus dan keunguan teratai di tasik madu. Gitew...


Toba Village Inn
Kampung Tuktuk Siadong, Kecamatan Simanindo
Kabupaten Samosir, Sumatera Utara 22395
Indonesia

Tel: +62 625 451346










Rugi rasa kali ni memang lupa betol aku nak snap gambar dalam bilik. Tak apa la korang bole tanya Pakcik Google eh.







Bilik aku tingkat dua. Memang best sangat la dapat tengok semua benda. Cuma yang tak best tak da strika, tak da hair dryer dan tak da hose jamban. Dah la pakai blaus tak bergosok. Benci...
















Turun ja pagi tu aku terus membaham breakfast yang disediakan. Nasi goreng sedap. Banyak plak tu. Habis aku telan sorang-sorang. Hehe..




Sempat aku snap foto kat area dalam dan luar restaurant tu.










Sebelum keluar aku sempat berposing sekeliling Villa. Cantik wooo pemandangan kat situ.




Swimming pool dan danau berdekatan. Mana satu lagi bagus nak berenang agak-agaknya kan?










Paling aku suka bunga teratai kat situ. Rasa nak capai dan bawak balik je. Jakun kah?.







Lepas tu melepak kat tepi danau pulak. Takutnya tengok air yang dah tinggi tu. Angin pun kuat. Risau plak terbang nanti. Haha...


Agak-agak aku sampai tak ke hujung tu?








Puas berfoto-foto aku beredar la nak merayap. Tak sabar wei nak ronda satu pulau.







Dari segi pemandangan dan makanan memang aku rekomen stay kat sini. Tapi dari segi kemudahan dan peralatan tempat tinggal memang kureeeeenggg la. Haaa...panjang kurang aku tu. Huhu...

Kalau nak meronda keliling kampung tu baik gerak siang hari sebab malam memang sangat gelap kat situ. Kena bawak lampu picit dan kayu untuk perambat anjing yang lalu lalang kat situ. Tapi jangan risau anjing tu tak kacau orang. Cuma kenyit-kenyit ja. Haha...

Bak kata Supir, kat situ zero crime. Zero la sangat. Huhu...

Jumpa lagi di lain keluaran. Babai...



Lagi cerita jalan-jalan di Medan :

Melayari Danau Toba
Menjelajah Pulau Samosir
Air Terjun Sampuran Efrata, Batu Kursi dan Muzium Batak
Puncak Retribusi Objek Wisata dan Istana Maimon
Review Hotel : Toba Village Inn




Empuknya katil baru nih...
Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak