/**/
Subscribe Twitter

Terapi Hidu Minyak Resdung


Pilih mana yang berkenan ya...


Dah nak habis hujung minggu. Yang sepatutnya di paparkan belum siap jadi aku tepek la citer ni dulu ya.

Tak da yang istimewa pun citer kali ni. Saja ja nak up produk sket. Bukan dibayar tapi telah cuba diguna pakai.


Terapi Resdung Herbanika
RM7




Aku beli online semata-mata support rakan bisnes. Beli 2 sekali, cadangnya nak letak kat rumah dan ofis. Akhirnya seperti yang dijangka benda ni ke mana, aku tak pakai sampai sudah. Dah tak tau mana letak.

Dalam botol plastik ni ada beberapa campuran herba Melayu. Kalau selsema, hidung tersumbat ja, bole la hidu bau dalam botol ni. Sedap jugak baunya sebab semua campuran rempah seperti cengkih, buah pala, bunga lawang dan banyak lagi.

Ada rasa berangin dan wangi bila aku hidu, tak tau apa plak diletaknya dalam tu. Yang pasti memang kalau hidung tengah tersumbat tu sekejap ja akan lapang dan boleh bernafas dengan selesa.

Produk buatan dari Langkawi. Dan bole tahan selama 2 tahun. Itu pun kalau benda-benda dalam tu korang tak makan. Huhuhu...



Ubat Hidu Resdung
RM5







Kali ni kakak aku bagi percuma masa dia pergi Langkawi hari tu. Tengok tulisan macam made in Thailand ja tapi tak pa la dah kata beli kat Langkawi ambil ja la. Free lagi mesti grab kan. Jangan banyak songel.

Yang ni botol kaca. Dalam tu macam herba Cina. Bila buka dan hidu ja mak ai memang kuat betol bau herba tu. Anak aku cukup bising kalau buka botol ni dalam kereta. Boleh pening kepala bila hidu bagi orang yang tak suka baunya dan tak da masalah hidung tersumbat.

Bagi aku walau pun bau dia tak menyenangkan tapi amat cepat hilangkan rasa tersumbat tu.




Kesimpulan kat sini, mana satu lagi bagus?

Botol plastik yang besar tapi ringan dan susah nak dibawa ke mana-mana.

Atau

Botol kaca yang kecil tapi berat dan senang nak letak dalam handbag dan sebagainya.

Kalau tanya aku, aku tak kan pilih mana-mana sebab aku malas guna kedua-duanya. Kih-kih...

Ok la ni ja pengenalan ubat untuk sekian kalinya. Jumpa lagi, daaa....!


Geli atau penakut gamaknya nih...
















Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak