/**/
Subscribe Twitter

Makanan Unik Di Uptown Kontena, Terengganu


Waa nasi berapi !!

Ingat kat bandar je ada kedai makan hipster ni rupanya kat ceruk kampung pun ada. Zaman dah berubah katanya, macam-macam ada, semua bole jadi.


Uptown Kontena @ Dapo Pata
Pesisir Lagun, Kampung Pantai Tok Jembal
Gong Badak, Daerah Kuala Nerus
Terengganu

GPS : 5.398243,103.103205

5 petang - 2 pagi







Tak da plan atau tak tau pun tempat ni pada awalnya. Tapi dok dengar-dengar citer terus aku pergi cari.

Dalam perjalanan terfikir eh apa ni tak jumpa pun tempatnya? Mana taknya lalu kat tepi pantai, gelap dan rasa tak logik ada kedai macam tu.

Alhamdulilah bila dah salah masuk lorong sana masuk lorong sini, sampai lah aku ke destinasi yang dicari.

Kawasan parking memang luas tapi gelap. Tanah lembut plak tu silap-silap boleh termasuk dalam lecak yang dalam. Ada jugak kereta yang stuck kat pasir dalam tu.




Agak terkejut jugak la sebab tak sangka ada tempat makan hipster kat situ. Tak sabar nak tengok sekeliling tempat makan sekitar pantai.




Lebih dari 10 kedai makanan kat situ. Kebanyakan makanan western dan seangkatan dengannya, maklum la tokey-tokey kat situ semuanya budak-budak muda.

Macam berlumba-lumba masing-masing hias kedai biar jadi yang tercantik dan meletup. Memang terpukau la sekejap mata bila tengok tu.

Tambah lagi angin malam bertiup sejuk dan kawasan yang sangat mendamaikan sebab terletak di pesisiran pantai. Seronok sangat, dari tak lapar terus jadi lapar serta merta. Haha...































Pada mulanya nak naik makan kat tingkat atas tapi tak dibenarkan sebab dalam proses penambahbaikan. Kecewanya rasa. Kalau tak, mesti lagi best sebab boleh tengok suasana pantai puas-puas.




Selain macam-macam cara hiasan dibuat, pelbagai menu juga bole didapati kat sini.

Aku tertarik nak mencuba menu yang aku rasa lain dari yang lain yang belum aku jumpa kat mana-mana tempat makan. Menu tu adalah menu nasi goreng daging atau ayam bakar.







Seat kedai ni cantik, unik dan lain dari yang lain. Servis cepat dan staf pun peramah. Aku order nasi goreng daging bakar dan A&W float. Nak tengok apa tu nasi bakar? Meh scroll kat bawah ni.




Waktu staf hantar tu, bukan main besar lagi api tu menyala. Nak tiup pun tak padam-padam. Jadinya tunggu ja la sampai dia padam sendiri.







Bila tanya staf macam mana bole keluar api tu, dia tunjukkan la cara iaitu gunakan sejenis gam yang disapu kat atas kertas minyak tu dan terus cucuh dengan lighter. Hoho jakun sekejap.




Bila api dah terpadam, aku buka plastik minyak tu dan walla, tersembul nasi goreng daging bakar. Banyak giler wei nasi dia. Kenyang sangat perut ni. A&W Float tu pun sedap. Tak rugi dan tak sesia la sesat tadi meredah gelap malam nak datang sini.




Ramai jugak la aku rasa student kot yang dok melepak tengok cerita minion dari screen besar kat situ. Siap duduk kat atas pasir tu, ingat ni rumah korang ke? Huhu...







Berangan sekejap macam dinner kat pulau la plak. Selamat berhibur dalam kekenyangan di Uptown Kontena @ Dapo pata...datang jangan tak datang ya. Rekomen tak kan menyesal.

Rugi tau kalau tak singgah...! Gitew pesanan penaja. Bye..!

Tak dapat nak tolong la ya...



Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak